Binasalah
Para Pemalsu...
14
Oktober 2012
Baqiyat
Allah
Soalan 70: Apakah yang di
maksudkan dengan kata-kata yang Maha Berkuasa : { Binasalah para pemalsu, (Iaitu)
orang-orang yang tenggelam dalam kejahilan, serta lalaikan. Mereka bertanya:
"Bilakah hari kiamat itu? "} ? 1
قُتِلَ
الْخَرَّاصُونَ ﴿١٠﴾ الَّذِينَ هُمْ فِي غَمْرَةٍ سَاهُونَ ﴿١١﴾ يَسْأَلُونَ أَيَّانَ يَوْمُ الدِّينِ ﴿١٢﴾
Jawapan:
{ Binasalah para pemalsu }: maknanya, orang-orang yang memberikan penghakiman yang
menentang ketetapan / hukum Allah, dan sudah tentu setiap penghakiman yang
berbeza daripada ketetapan / hukum Allah adalah penghakiman palsu dab bohong.
Jadi mereka adalah orang-orang yang memberikan penghakiman yang menentang
ketetapan / hukum Allah. Orang-orang yang mendustakan / kafir dalam penghakiman
Allah dan perintah Allah. Dan mereka adalah orang-orang yang akan mendustakan /
kafir pada al-Qa'im (as),
dan yang tidak akan beriman kepadanya. Kerana sesungguhnya mereka suka kalaulah
dia datang
mengikut pertimbangan mereka, bukan mengikut apa yang Allah (swt) tetapkan / hakimi.
{Siapakah orang-orang yang tenggelam dalam
kejahilan}: makna, orang-orang yang tenggelam dalam dunia ini (keseronokan
duniawi), lalai dari akhirat dan yang ghaib, dan Kerajaan-kerajaan Langit,
sebab itulah mereka lalai daripada Qa'im (as ) di dunia ini, dan
tercungap-cungap lari menjauhinya. Dan tidak ada apa dalam fikiran mereka
kecuali dunia ini, dan mereka kini membelakangkan Qa'im (as) yang Berjihad (berjuang) di antara
tangan dan penderitaan dan keletihan beliau demi menegakkan kalam Allah. Mereka
adalah penduduk dunia yang diliputi / ditenggelami oleh banjir [kekeliruan] dan
kelalaian, dan agama dan Qa'im terperangkap
pada lidah mereka (bermaksud mereka bercakap tentang agama dan Qa'im banyak) 2
, mereka bercakap mengenai beliau dan berbicara dengan orang lain mengenai
beliau , bagaimanapun, mereka tidak bersedia untuk menyokong beliau , kerana
sesungguhnya dia menentang dunia mereka, menentang kehidupan mereka (gaya hidup
mereka), dan meletakkan kehidupan dan kepentingan mereka pada risiko .
{Mereka bertanya: "Bilakah
hari kiamat itu?"}: Ini adalah alasan yang berniat jahat yang mana mereka
memohon maaf, kerana mereka berkata [bahawa] Qa'im tidak akan bangkit sekarang,
masih ada banyak masa yang tinggal , agama dala keadaan baik baik, dan kerosakan
, ketidakadilan, dan penindasan tidak merebak di mana-mana lagi. 3
Jadi {"Bilakah hari kiamat
itu? "} , Mereka seolah-olah tidak melihat bagaimana bumi telah dipenuhi
dengan penindasan dan kezaliman kerana Amerika dan kuncu-kuncunya, dan bukan
kerana diri mereka sendiri, orang-orang inilah yang mendakwa mewakili agama lalu
mereka [menyebabkan] kerosakan sementara mereka berfikir mereka sedang
melakukan kerja-kerja yang baik 4, sehingga rosaknya mereka telah menjadikan
mereka mencapai tahap di mana mereka menentang Qa'im (as) dan menjadi
musuh-musuhnya , walaupun mereka hidup dengan keutamaan , dan di bawah
bayang-bayang namanya (as). Walau bagaimanapun, mereka tahu bahawa kezuhuran
beliau (as) akan bermakna berakhirnya agama
kepimpinan / kuasa mereka yang batil dan kesucian yang orang-orang jahil pegang
untuk mereka, dan dengan itu, mereka cuba untuk palingkan manusia dari
Qa'im (as), dan jauh dari menyokong beliau, jadi mereka adalah orang-orang yang
menyebut di dalam doa : "Sesungguhnya mereka anggap dia jauh." 5
mereka bertanya: " Bilakah hari kiamat itu " !
✡✡✡✡✡
-------------------------------------------------
1
- Al-Quran Surah Adh-Dhariyat 51:10 & 12
2
- Sama seperti Imam Al Hussein (as) berkata: "Manusia penyembah dunia, dan
agama terperangkap pada lidah mereka (bermaksud mereka bercakap banyak tentang
agama), mereka mengelilingi agama selagi kehidupan mereka adalah baik. Tetapi
apabila mereka diuji dengan kesusahan, orang-orang beragama menjadi sedikit."
3
- Terdapat komen yang sangat berguna mengenai perkara ini dari Ahmad Al Hassan
(as) di dalam bukunya 'Hakimiyyah Allah dan bukan Hakimiyyah Manusia’. Rujuk
kepada: bab [bertajuk]: 'Pembaru Dijangka, Mengapa' halaman 38.
4 - Yang Maha Kuasa berkata: {Katakanlah, "Mahukah
Kami khabarkan kepada kamu akan orang-orang yang paling rugi amal-amal
perbuatannya? ✡
(Iaitu) orang-orang yang telah sia-sia amal usahanya dalam
kehidupan dunia ini, sedang mereka menyangka bahawa mereka sentiasa betul dan
baik pada apa sahaja yang mereka lakukan".} Al-Quran Surah Al- Kahf 18:103
& 104
5 - Sebahagian dari Doa Al-Ahd
, Imam (as) berkata di dalamnya: "Ya Allah! Dedahkanlah kesedihan Umat ini
dengan kehadirannya. Dan Ya Allah Segerakanlah kemunculan beliau untuk kami.
Sesungguhnya mereka anggap dia jauh dan kami melihat dia hampir, dengan limpah
rahmatMu Wahai yang Maha Mengasihani dari segala yang mengasihani . "
Masbah Al Mutahajid : halaman 552.
- Lihat lebih lagi di:
Tiada ulasan:
Catat Ulasan