Halaman

Khamis, 17 Oktober 2013

Tabarra Dan Tawalla

Dikirim oleh Muhammad Eshraq


Soalan 90: Tabarra Dan Tawalla,

Telah diriwayatkan daripada Ahlul Bayt (a.s):” Sesungguhnya, amalan yang paling baik adalah: Wilayah (menerima otoriti dan mengikuti Ahlul Bayt a.s) dan Baraa’ah (mengisytiharkan berlepas diri daripada musuh-musuh Ahlul Bayt a.s).” Maknanya, menyokong Aulia Allah dari kalangan nabi dan wasi sebagai berautoriti ke atas beliau, dan memusuhi musuh-musuh Allah kerana mereka adalah musuh-musuh para nabi dan wasi dan musuh-musuh Syiah (pengikut ) mereka. Jadi amalan mana satukah yang patut di dahulukan sebelum yang lain, Wilayah atau mengisytiharkan berlepas diri [dari musuh-musuh Allah]?

Jawapan Imam Ahmad Al Hasan (a.s):

Baraa’ah [berlepas diri dari musuh-musuh Allah] terkedahulu sebelum Wilayah, sebaliknya, Wilayah tidak dapat dicapai melainkan dengan Baraa’ah [berlepas diri dari musuh-musuh Allah]. Dia yang Maha Tinggi, berfirman: “Sesungguhnya telah nyata kebenaran (Islam) dari kesesatan (kufur). Oleh itu, sesiapa yang tidak percayakan Taghut dan dia pula beriman kepada Allah, maka sesungguhnya dia telah berpegang kepada simpulan (tali agama) yang teguh yang tidak akan putus dan (ingatlah), Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.”[Al Baqarah: 256] Jadi, Dia (swt) telah mendahulukan supaya mengingkari Taghut sebelum mengimani Allah, Maha Suci Dia. Mengingkari Taghut itu adalah: Berlepas diri dari musuh-musuh Allah. Dan beriman kepada Allah adalah: Mengambil Aulia Allah (swt) sebagai mempunyai autoriti ke atasnya.

Oleh itu, mempercayai Allah (swt) dan benar-benar mengambil Aulia Allah sebagai berautoriti tidak akan dicapai kecuali selepas seseorang berlepas diri dari musuh-musuh Allah dan [dari] musuh Aulia Allah. Di akhir Surah Al-Mujadalah, Dia (swt) menekankan maksud ini, kerana Dia yang Maha Tinggi berfirman yang membawa maksud: kamu tidak akan mendapati orang-orang yang beriman kepada Allah dan akhirat, mencintai orang-orang yang menentang Allah dan memusuhi Allah, RasulNya dan para Imam, walaupun penentang-penentang ini adalah yang paling dekat dengan mereka dalam persaudaraan. Dia yang Maha Tinggi, berfirman: Engkau tidak akan dapati sesuatu kaum yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, tergamak berkasih-mesra dengan orang-orang yang menentang (perintah) Allah dan RasulNya, sekalipun orang-orang yang menentang itu ialah bapa-bapa mereka, atau anak-anak mereka atau saudara-saudara mereka ataupun keluarga mereka. Mereka (yang setia) itu, Allah telah menetapkan iman dalam hati mereka dan telah menguatkan mereka dengan semangat pertolongan daripadaNya dan Dia akan memasukkan mereka ke dalam Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka tetap kekal di dalamnya. Allah reda akan mereka dan mereka reda (serta bersyukur) akan nikmat pemberianNya. Merekalah penyokong-penyokong (agama) Allah. Ketahuilah! Sesungguhnya penyokong-penyokong (agama) Allah itu ialah orang-orang yang berjaya. [Surah Al-Mujadilah 58:22]

Dan ini adalah jalan Aulia Allah itu sendiri, kerana mereka pertama mengisytiharkan diri mereka berlepas diri dari Taghut, supaya mereka boleh menunjukkan bahawa berlepas diri dari Taghut diletakkan lebih dahulu dan mendahului iman dan penyerahan kepada-Nya (swt). Jika tidak, bagaimana seseorang akan menjadi seorang Muslim (menyerahkan diri kepada Allah), jika dia memuji dan menyukai Taghut? Atau memuji dan mengasihi seseorang yang menentang Allah dan RasulNya? Walaupun penentang ini adalah dari kaum keluarganya.

Beginilah Yusuf (a.s) menekankan bahawa Baraa’ah [berlepas diri dari musuh-musuh Allah] didahulukan sebelum Wilayah {Dan jika bajunya koyak dari belakang, maka dustalah perempuan itu dan Yusuf adalah dari orang-orang yang benar". (27) Setelah suaminya melihat baju Yusuf koyak dari belakang, berkatalah ia: "Sesungguhnya ini adalah dari tipu daya kamu orang-orang perempuan; sesungguhnya tipu daya kamu amatlah besar pengaruhnya. [Surah 12:37-38 Yusuf]

Tiada ulasan:

Catat Ulasan