Halaman

Khamis, 17 Oktober 2013

Syuaib bin Soleh

Dikirim oleh Muhammad Eshraq 

Imam Ahmad as di dalam kitab Al 'Ijl, jilid 2, halaman 172 menjelaskan bahawa As Sufyani adalah agen Amerika Syarikat untuk menghapuskan 30 agen Amerika terdahulu di kawasan yang termasuk di dalamnya Iraq. Kemudian, apa yg tinggal daripada pembantu-pembantu dan tentera upahan asing oleh penguasa Iraq akan dihapuskan oleh kekuatan tentera Al Khurasani yang dipimpin oleh Syuaib bin Soleh, yang memasuki Iraq dengan tujuan untuk menyingkirkan kekuatan As Sufyani dan membersihkan Iraq daripada perbuatan keji dan keburukan Syaitan.


Kesimpulannya, Syuaib bin Soleh bukanlah al Yamani, tetapi adalah pemimpin tentera Al Khurasani. Ini bermakna, menurut fahaman saya Al Khurasani adalah orang lain, yang menghantar Syuaib bin Soleh untuk memimpin tenteranya menentang As Sufyani di Iraq dan akhirnya mati akibat perang, sebagaimana yang dikhabarkan di dalam hadis Imam Baqir as:

(...kemudian beliau berkata: Apabila bertelingkah bani fulan (yakni bani Abbas akhir zaman yg memerintah atas nama agama sepertimana bani Abbasiyah yg pertama) di kalangan mereka. Maka diketika itu nantikanlah kelapangan, dan tiadalah kelapangan itu melainkan dengan pertelingkahan bani fulan...hinggalah keluar kepada mereka Al Khurasani dan As Sufyani, yang ini dari timur (Al Khurasani) dan yang ini dari barat (As Sufyani). Kedua mereka berlumba-lumba ke Kufah seperti dua ekor kuda lumba...Tiada seorang pun yg tinggal daripada mereka).

Tiada ulasan:

Catat Ulasan