Dikirim oleh Muhammad Eshraq
S: Bilakah diwajibkah
kedua sujud sahwi?
J: Keduanya diwajibkan ke atas orang yang bersalat dengan sebab:
1. Barangsiapa yang bercakap secara terlupa.
2. Barangsiapa yang memberi salam bukan pada tempatnya.
3. Barangsiapa yang ragu2 antra melakukan 4 atau 5 rakaat.
4. Barangsiapa yang syak bilangan rakaat solat ruba'ie (4 rakaat) ketikamana dia yakin akan 2 rakaat yang pertama, maka hendaklah dia mendirikan atas yang paling minima (iaitu tambahan 1 rakaat lagi untuk dicukupkan 4 rakaat) dan melakukan kedua sujud sahwi selepas itu.
5. Barangsiapa yang meninggalkan sujud atau tasyahud dan tidak mengingatinya sehingga ruku' seterusnya, maka hendaklah dia mengqadhakan keduanya selepas solat dan melakukan kedua sujud sahwi selepas itu.
6. Barangsiapa mengetahui bahawa dia meninggalkan 2 sujud daripada 2 rakaat dan tidak mengetahui yang mana satu antara keduanya, maka hendaklah dia mengqadhakan dua sujud tersebut selepas solat dan melakukan kedua sujud sahwi selepas itu.
7. Barangsiapa yang ragu2 bilangan ruku' solat ayaat, maka hendaklah baginya membuat yang paling minima (iaitu 1 ruku') dan melakukan kedua sujud sahwi selepas itu.
S: Sekiranya di wajibkan
keatasnya sujud sahwi dan dia adalah imam jamaah solat, adakah wajib ke atas
makmum sujud sahwi bersamanya?
J: Wajib makmum sujud bersama imam apabila imam mempamerkan sebab bagi sujud sahwi itu.
J: Wajib makmum sujud bersama imam apabila imam mempamerkan sebab bagi sujud sahwi itu.
S: Jika keduanya melakukan
sujud sahwi secara terpisah tanpa yang satu lagi, maka apakah hukumnya?
J: Baginya melaksanakan hukum tersebut dengan sendiri, iaitu pada apa yang ditertibkan dia sujud sahwi adalah khusus buatnya.
J: Baginya melaksanakan hukum tersebut dengan sendiri, iaitu pada apa yang ditertibkan dia sujud sahwi adalah khusus buatnya.
S: Di manakah kedudukan kedua
sujud sahwi?
J: Kedudukan bagi keduanya adalah selepas Taslim bagi yang terlebih atau terkurang.
J: Kedudukan bagi keduanya adalah selepas Taslim bagi yang terlebih atau terkurang.
S: Bagaimanakah gambaran atau
perlakuan kedua sujud tersebut?
J: niat, kemudian disunatkan takbir dan seterusnya sujud, kemudian mengangkatkan kepalanya dan seterusnya sujud, kemudian mengangkatkan kepalanya dan bertasyahud dengan tasyahud khafif (ringan), kemudian taslim.

S: Apakah yang dimaksudkan
dengan tasyahud khafif (ringan)?
J: Maksudnya adalah: "Asyhadu an la ilaha illalLah, wa asyhadu anna Muhammadan 'abduhu wa rasuluh, Allahumma solli 'ala Muhammad wa Aali Muhammad."
J: Maksudnya adalah: "Asyhadu an la ilaha illalLah, wa asyhadu anna Muhammadan 'abduhu wa rasuluh, Allahumma solli 'ala Muhammad wa Aali Muhammad."
S: Adakah diwajibkan pada
keduanya zikir?
J: Tidak diwajibkan, bahkan mustahab (disunatkan).
S: jika diabaikan keduanya secara sengaja, maka adakah terbatal solat?
J: Tidak terbatal solat, dan diwajibkan ke atasnya untuk melaksanakan keduanya walaupun berlalu tempoh masa yang lama.

Diterjemah dari kitab Ahkam As
Syariah yg dikarang oleh Syeikh 'Ala' Salim Al Ansari.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan