Halaman

Selasa, 22 Oktober 2013

Soalan 3 - Dari Kitab Mutasyabihat - Adam dan Pohon Terlarang

Soalan 3 - Dari Kitab Mutasyabihat - Adam dan Pohon Terlarang
     
Soalan 3:

A)  Adalah diketahui bahawa Iblis telah diharamkan dari syurga kerana keengganannya sujud kepada Adam (as). Jadi bagaimana dia dapat masuk ke Syurga, dan berbisik kepada Adam, dan membuat Adam makan dari pohon yang dilarang ? Kata-kata iblis kepada Adam menunjukkan bahawa dia ada bersama dengan Adam di syurga, kerana dia menunjukkan pokok dengan menggunakan ganti nama "ini," Suara hati pembicara yang menunjukkan berkata-kata secara langsung kepada pembicara yang ada (hadir).?!

B ) Apakah pokok yang Adam (as) makan?

C) Adakah aurat Adam dan Hawa itu kelihatan tanpa pakaian dan setelah apabila mereka memakan (buah) dari pohon itu yang menjadikan mereka sedar aurat mereka lalu mereka menutupinya dengan daun Syurga? Dan apakah daun yang mereka gunakan untuk menutupinya?


Untuk menjawab soalan-soalan ini beberapa pengenalan diperlukan iaitu:


Jika Adam (as) diciptakan daripada tanah, maknanya dari muka bumi ini. Walau bagaimanapun beliau tidak tinggal hanya di bumi ini, malahan dia naik sehingga ke langit rendah (Al-Sama’ Al-Dunya) iaitu dia naik ke langit pertama atau di pintu Langit Kedua di Syurga Kerajaan (Al-Jannah Al-Malakutiyah) atau seperti yang dinyatakan dalam riwayat Ahlul Bayt (as),

"Dia diletakkan di Pintu Syurga (iaitu Kerajaan Syurga) dibawa malaikat. " [38]

Dan kenaikan tanah Adam ini memerlukan tanah beliau disinar oleh cahaya Tuhan dan yang akan menyenangkannya. Oleh itu, apabila Allah meniupkan roh pada Adam buat kali pertama tubuhnya merasa senang, menikmati Syurga Kebendaan Jasmani, dan tidak ada kegelapan di syurga ini yang memerlukan pelepasan kekotoran dari tubuh Adam (as).



(Ulasan Penterjemah)

Allah mencipta manusia dari tanah di bumiNya di Langit Jasmani di Al-Sama’ Al-Dunya (Langit Dunia).
Langit Dunia terdiri dari Langit Jasmani (Alam Syahadah) dan  Langit Pertama.
Di Langit Pertama terdapat Syurga Kerajaan   Dunia (Al-Jannah Al-Mulkiyah)
di Langit Kedua terdapat Syurga Kerajaan Langit (Al-Jannah AL-Malakutiyah), atau Syurga-syurga Kerajaan Langit

Manusia yang hidup di Bumi shurah (imej) jasadnya adalah tajalliat (tajalli-tajali) atau perwujudan-perwujudan atau manifestasi-manifestasi yang berhubungan di pangkal (sumber) nafsnya (diri rohaninya) di Malakut (langit 1,2 3 -7) mengikut martabat. Turus (seperti tiang cahaya) Tajalliat ini tak terhingga banyaknya (∞ infiniti) ia terpisah terlalu nipis. (perkiraan infiniti telah diterangkan di dalam pengangkat Istana Balqis)

Tajalliat A: Manusia biasa pangkal (sumber) nafsnya di Langit Pertama.
Tajalliat B: Tajalliat Adam sebelum Turun ke bumi, Turus Tajalliatnya di angkat sedikit   sehingga jika ada makhluk di bumi wujud tidak dapat melihatnya. Hakikatnya Adam tetap berada di bumi.

Tajalliat C: Turus Tajalliat Anbiak, Aushiak, Auliak dsb. Turus Tajalliatnya menjulang ke   Malakutiyah dan mungkin di Langit Ke 7 – mengikut Martabat.

Bagi roh Adam (as), ia telah menikmati Syurga Kerajaan Langit (Al-Jannah AL-Malakutiyah), [39] atau Syurga-syurga Kerajaan Langit, kerana ia banyak:

﴿جَنَّاتٍ تَجْرِي مِن تَحْتِهَا الأَنْهَارُ﴾

{Syurga-syurga, yang mengalir sungai-sungai di bawah} [40]


Dan Syurga Jasmani dan Kerajaan Syurga adalah dua yang disebut dalam Surah Al- Rahman :

﴿وَلِمَنْ خَافَ مَقَامَ رَبِّهِ جَنَّتَانِ ... ذَوَاتَا أَفْنَانٍ﴾

{Tetapi orang yang takut Kedudukan Tuhannya hendaklah disediakan baginya dua syurga... yang berjenis-jenis (pohon dan buah-buahan)} [41]
                                    
dan ia juga,

﴿وَمِن دُونِهِمَا جَنَّتَانِ ... مُدْهَامَّتَانِ﴾

{Dan selain dari dua Syurga itu, dua Syurga lagi ... kedua-dua hijau gelap (subur tanamannya)} [42]
.
Dan kenaikan ini merupakan kenaikan tajalli (perwujudan) kezahiran dan bukan kenaikan kasar (tempat - lokasi). [43]

Oleh itu Adam bukanlah tidak wujud di bumi jasmani (jisim-jisim) yang kita hidup di dalamnya, sebaliknya dia wujud di dalamnya , dan jika dia tidak wujud di dalamnya [bumi fizikal], dia telah mati.

Oleh itu , Adam (as) hidup di dunia ini dengan badan yang menyenangkan (Jisim Lathif – jisim halus) pada mulanya, tetapi dia kemudian kembali ke bumi yang padat setelah sebelumnye dia dinaikkan apabila dia mengingkari Tuhannya SWT.


B) Pokok yang Adam (as) makan darinya adalah gandum, epal, kurma, buah tin, dsb.dan ia adalah Pohon Pengetahuan Aali Muhammad (as). [44]

Oleh itu, ini buah-buahan di alam-alam yang lebih tinggi yang melambangkan (ilmu) Pengetahuan. Dan pokok yang mulia ini yang disebutkan dalam al-Quran yang membawa Pengetahuan tertentu untuk Muhammad (S) dan (Aali) keluarga Muhammad (as).

C) Allah swt berfirman,

﴿وَلِبَاسُ التَّقْوَى ذَلِكَ خَيْر﴾

{dan pakaian yang berupa taqwa itulah yang sebaik-baiknya}[45]
.             
Pakaian yang telah tertanggal dari Adam dan Hawa adalah Pakaian Taqwa. Jadi, dalam alam-alam yang lebih tinggi yang mereka gunakan untuk kehidupan di dalamnya, aurat dilindungi dengan taqwa. Ini adalah kerana ketakwaan menjadi pakaian yang meliputi tubuh manusia di alam-alamnya).

Oleh itu, apabila Adam (as) dan Hawa (as) menderhaka dengan memakan dari pokok yang diberkati - Pohon Pengetahuan Aali Muhammad (as) yang menjadi sumpahan bagi sesiapa yang makan darinya tanpa izin Allah SWT - mereka kehilangan pakaian takwa dan aurat kedua mereka menjadi jelas.

Bagi daun syurga yang melindungi diri mereka, adalah agama mereka, di mana daun hijau di dalam alam-alam yang lebih tinggi mewakili agama. Dan daun-daun yang Adam (as) dan Hawa (as) gunakan sebagai penutup adalah dengan beristighfar dan meminta ampun kepada Allah dengan hak Ahl Al Kisa’ (as). (Ahli di bawah Jubah Rasulullah iaitu ahli Bait) itu, yang nama-namanya telah dibaca oleh Adam (as) seperti yang ditulis di tiang Arasy.[46]

A) Syurga yang telah diharamkan pada Iblis (laknahu Allah) adalah Syurga Kerajaan Langit (Al Jannah Al Malakutiyah) dan juga Syurga Kerajaan Dunia (Al-Jannah Al-Mulkiyah (Al-Duniwiyah)), namun Adam (as) wujud di seluruh Alam-alam Kerajaan Duniawi (Al- ‘Awalam Al-Mulkiyah). Oleh itu, bisikan Iblis (laknahu Allah) adalah ke arah Adam ketika hadir di alam-alam duniawi yang di bawah Syurga Kerajaan Langit Dunia ini. .[47]


Dengan menunjuk ke arah pokok itu seolah-olah ia Iblis (laknahu Allah) ada, ia adalah buah-buahan bagi pohon-pohon yang ada di bumi ini tetapi hanya penampilan dan tajalli bagi  Pengetahuan Aali (Keluarga) Muhammad (as) sahaja. Ia adalah seperti  epal, gandum dan buah tin, dan lain-lain adalah berkat Ilmu Aali Muhammad (as). Seperti yang dinyatakan dalam wirid pada doa, "Dengan mereka kamu diberi rezeki." dalam riwayat dari mereka (as) .[48]




✡✡✡✡✡


-----------------------------------------------
[38]. Kisah-kisah para Nabi oleh Sayed Nimatullah halaman Al- Jazairy 55.
[39]. Ini tidak menghairankan keran badan Ali bin Abi Talib (as) hampir dengan orang ramai dan di dunia jasmani ini, manakala rohnya di Kerajaan Syurga dan ini adalah jelas dari ucapannya sebelum syahidnya (as): "Sesungguhnya, aku hampir dengan kamu dalam badanku selama beberapa hari , dan selepas kematianku, kamu akan ada badan yang mati, kaku tidak bergerak, dan diam tidak berkata-kata. " Nahjul Balaghah :. Jilid. 2, muka surat 34.
[40]. Al-Quran Al-Baqarah 2:25
[42]. Al-Quran 55: 46,48
[43].. Al-Quran 55: 62,64
[44].. Kenaikan jasmani (fizikal) merupakan pergerakan benda dari tempat selepas kewujudannya di dalamnya. Dan manifestasi adalah kemunculan kebenaran sementara cerminan kebenaran itu tidak berubah dalam cerminannya dan ia tetap sama dan ia muncul sebagai asalnya. Ini seterusnya akan dijelaskan kemudian pada Jawapan 4. Imam Al-Hassan Al-Askari (as) berkata dalam tafsirannya terhadap {Dan janganlah kamu hampiri pokok ini}, "Ia adalah Pohon Ilmu dan ia adalah dikhususkan kepada Muhammad dan keturunannya dan tiada kepada yang lain. Dengan perintah Allah, tiada siapa yang boleh mengambil daripadanya kecuali mereka (as). Sesungguhnya, dari [pokok] inilah apa yang Nabi saw, Ali, Fatima, Al-Hassan dan Al Hussein (as) makan (selepas mereka beri makan orang-orang miskin, anak-anak yatim, dan para banduan) sehingga mereka tidak lagi merasakan kelaparan, dahaga, lemah atau keletihan. Dan ia adalah sejenis pokok yang berbeza dari semua pokok-pokok lain di syurga. Setiap pokok di syurga telah mengeluarkan sejenis buah-buahan, manakala pokok ini dan kumpulannya yang menghasilkan anggur, zaitun, kurma, dan semua jenis buah-buahan ... " BiharAl -Anwar : Vol. 11, halaman 189.
[45]. Al Quran, Al A’raf 7:26.
[46]. Mufaddal bin Omar berkata, Abu Abdullah (as) berkata, "... Oleh itu, apabila Allah swt menjadikan Adam dan isterinya tinggal di Syurga, Allah swt berkata kepada mereka , {dan makan dengan sesuka hati dari makanan di mana-mana kamu mahu dan jangan dekati pokok ini }, bermakna pokok gandum, {nanti kamu akan menjadi orang yang zalim}. Jadi mereka [Adam dan Hawa] melihat pangkat Muhammad, Ali, Fatima, Al-Hassan, Al-Hussein dan para Imam selepas mereka (as) dan mereka dapati ia adalah pangkat yang paling mulia di syurga, lalu mereka berkata , “Wahai Tuhan, pangkat siapa ini?”  maka Allah swt berfirman, "Angkat kepala kamu ke arah tiang Arasy, 'maka mereka mengangkat kepala mereka dan mendapati nama-nama Muhammad, Ali, Fatima, Al-Hassan, Al-Hussein dan para Imam (as) tertulis di tiang Arasy dengan cahaya Allah swt ... Jadi apabila Allah swt menerima taubat mereka , Jibril (as) datang kepada mereka dan dia berkata kepada mereka, '”Kamu berdua telah menganiaya diri kamu sendiri dengan menginginkan pangkat mereka yang lebih disukai melebihi kamu, maka hukumannya adalah kamu turun [ke bawah] dari mendekatkan diri kepada Allah swt ke bumi-Nya. Jadi mintalah kepada Tuhan kamu, dengan hak nama-nama tersebut [dengan nama-nama] yang kamu telah lihat di tiang Arasy, supaya diterima taubat kamu.” Jadi mereka berdua (as) berkata, “Ya Allah, kami bermohon kepadaMu dengan hak mereka yang kamu kasihi, [iaitu] Muhammad, Ali, Fatimah, Al-Hassan, Al-Hussein dan para Imam (as), terimalah taubat kami kepadaMU dan berilah kami rahmatMu.” Lalu Allah swt menerima taubat mereka . Sesungguhnya Dia adalah Maha Penerima Taubat, lagi Maha Penyayang ... "
Maani Al- Akhbar , oleh Sheikh Al- Sadooq : halaman 108 , Hadith 1.
[47]. Di sini, Sayyed Ahmad Al-Hasan (as) membezakan dengan jelas antara alam duniawi dan alam Syurga (Langit), atau Kerajaan-kerajaan Syurga . Oleh itu Iblis, yang dihalang dari pintu Syurga (Langit), berbisik kepada Adam (as) di alam dunia, bukan di dalam Syurga (Langit) yang paling rendah, atau disebut Langit Pertama.
[48]. Sebahagian dari Doa Imam Al-Baqir (as) adalah yang diriwayatkan oleh Al- Kulainy dalam buku Al- Kafi : Vol. 2, muka surat 244 dan Abu Abdullah (as) berkata, "Allah telah mencipta kita dalam bentuk yang terbaik dan Dia menjadikan kita mata-Nya pada hamba-hambaNya, lidah FirmanNya pada makhluk ciptaan-Nya, tangan Pengasih dan Penyayang -Nya pada hamba-hambaNya, Wajah -Nya yang dengannya Dia dipandang, pintu-Nya yang memberi petunjuk kepada-Nya, perbendaharan-Nya di langit dan bumi-Nya. Ia adalah melalui kami [Ahlul Bayt] bahawa pokok-pokok berbuah, buah-buahan yang masak ranum, dan sungai-sungai mengalir. Melalui kamilah hujan turun dari langit dan rumput-rumput tumbuh. Allah disembah melalui penyembahan kami. Dan jika ia bukan kerana kami, Allah tidak akan disembah "Al- Kafi :. Vol. 1, halaman 144.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan