Halaman

Rabu, 23 Oktober 2013

Soalan 5 - Dari Kitab Mutasyabihat - Basmalah Al-Fatihah

- Basmalah Al-Fatihah
        
Soalan 5: Adakah Basmalah [1] Surah Al-Fatihah berbeza daripada Basmalah surah-surah lain dalam al-Quran? Dan adakah Basmalah itu sebahagian daripada surah?!

Jawapan:

Basmalah Al-Fatihh adalah yang asal [2] dan Basmalah pada semua surah-surah dalam al-Quran adalah gambaran sebahagian daripada Basmalah Al-Fatihah. Seluruh isi Quran adalah dalam Al-Fatihah dan Al-Fatihah ada di dalam Basmalah Al-Fatihah, jadi setiap Basmalah dalam Al-Quran ada di dalam Basmalah Al-Fatihah, dan Basmalah adalah salah satu dari ayat-ayat Al-Fatihah. Bagi Basmalah surah-surah yang lain, adalah sebahagian daripada surah tetapi ia bukan satu ayat dari ayat-ayat surah.

Ketiga-tiga nama (Allah, Al-Rahman dan Al-Rahim) [3] dalam Ketuhanan (Al-Lahut), atau zat ketuhanan iaitu (Al-Zat Al- Ilahiyah), Dia adalah tunggak (Arkaan) nama Teragung (Ismu Al=A3dzam) Lagi Teragung Lagi Maha Teragung (Dia -Hua). Dan tiga nama bagi Kota Kesempurnaan Ketuhanan (Madinat Al-Kamaalaat Al-Ilahiyyah) Allah, dan pintu zahir dan batinnya adalah Al-Rahman Al-Rahim.

Dan ketiga-tiga nama dalam penciptaan adalah Muhammad, Ali dan Fatimah, atau kota ilmu, Muhammad. dan pintunya yang zahir dan batin adalah Ali dan Fatimah. 

Dan ketiga-tiga nama ini adalah: tunggak Teragung, Maha Teragung Lagi Maha Teragung (Allah, Al-Rahman, Al-Rahim):


﴿قُلِ ادْعُوا اللَّـهَ أَوِ ادْعُوا الرَّحْمَـٰنَ ۖ أَيًّا مَّا تَدْعُوا فَلَهُ الْأَسْمَاءُ الْحُسْنَىٰ

{Katakanlah: "Serulah nama Allah  atau nama "Al-Rahman", yang mana sahaja kamu serukan itu adalah bagiNya adalah nama-nama yang terbaik."} [Al-Israa’ 17:110] 
                                                                        
Dan ketiga-tiga nama ini (Muhammad, Ali dan Fatimah) adalah nama Teragung. Maka Muhammad adalah dari Allah, dan dia adalah kitab Allah, bahkan, dia adalah Allah pada penciptaan. Dan Ali dan Fatimah adalah dari rahmat Allah, maka mereka adalah Al-Rahman dan Al-Rahim.


﴿وَوَهَبْنَا لَهُم مِّن رَّحْمَتِنَا وَجَعَلْنَا لَهُمْ لِسَانَ صِدْقٍ عَلِيًّا

{Dan Kami berikan kepada mereka dari rahmat Kami dan Kami jadikan bagi mereka lidah kebenaran, Ali.} [4]

Basmalah Al-Fatihah adalah hakikat, dan Basmalah dalam setiap surah lain tidaklah selengkap gambaran pada Basmalah Al-Fatihah, sebaliknya, ia hanya menggambarkan hanya satu sudut dari sudut-sudut nya. Ia adalah seolah-olah Basmalah Al-Fatihah adalah pusat yang dikelilingi oleh cermin-cermin di mana setiap satu daripada cermin-cermin ini 
menggambarkan imej dari sisi yang berbeza dari cermin lain, dan pada masa yang sama semua surah ada persamaan ia menggambarkan satu Kebenaran dan surah-surah ini adalah surah setara dengan kebenaran juga kerana ia menggambarkannya dari sudut tertentu.

Jadi jika saya berikan anda contoh al-Quran, anda akan mendapati bahawa Basmalah Al-Fatihah adalah tempat berkisar (rujukan) semua surah-surah yang lain, bahkan, Taurat, Injil dan segala yang dibawa oleh para nabi dan rasul (as). Basmalah Al-Fatihah adalah Al-Risalah (mesej), Al=Wilayah (kekuasaan(, permulaan, dan penamat.




۞۞۞۞۞


--------------------
[1] Basmalah adalah بسم االله الرحمن الرحيم  (Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, gigih Penyayang).
[2] Dari Penghulu orang-orang Tauhid - Ali )as)  telah berkata, "Pengetahuan tentang apa yang telah dan apa yang akan terjadi semuanya ada dalam Al-Quran. Dan pengetahuan Al-Quran ada dalam Surah Al-Fatihah, dan pengetahuan tentang Al-Fatihah ada dalam Bism Allah Al-Rahman Al-Rahim. " Nur Al-Barahain oleh Syed Nimatu Allah Al-Jazairi Jilid. 1 hal. 315.
[3]. Syed Ahmad memberikan gambaran yang jelas tentang tiga nama: (Allah, Al-Rahman dan Al-Rahim) tunggak nama (Teragung (Al-A3dzam), Maha Teragung Lagi Maha Teragung) dalam Tafsir Surah Al-Fatihah, Sila rujuk.
[4]. (Abu Basir meriwayatkan bahawa Imam Al-Shadiq (as) berkata tentang ayat ini {Dan Kami berikan kepada mereka dari rahmat Kami dan Kami jadikan bagi mereka lidah kebenaran, Aliyan.} Beliau (a) berkata, " Aliyan bermaksud Amirul Mukminin, Ali (as)." Bihar Al-Anwar Jilid. 36 hal 59. -Pent.)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan