Halaman

Sabtu, 26 Oktober 2013

Soalan 18- Dari Kitab Mutasyabihat – "hati" dan "urat lehernya "


Kiriman oleh Hanizi Mohamad (Read Only, hanya untuk bacaan dan pembetulan)

Soalan 18: Allah swt berfirman,

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اسْتَجِيبُوا لِلَّهِ وَلِلرَّسُولِ إِذَا دَعَاكُمْ لِمَا يُحْيِيكُمْ ۖ وَاعْلَمُوا أَنَّ اللَّهَ يَحُولُ بَيْنَ الْمَرْءِ وَقَلْبِهِ وَأَنَّهُ إِلَيْهِ تُحْشَرُونَ

{Wahai orang yang beriman, sahut seruan Allah dan Rasul apabila menyeru kamu kepada suatu yang menghidupkan kamu, dan ketahuilah bahawa sesungguhnya Allah berkuasa mengubah antara manusia dan hatinya, dan sesungguhnya kepadaNyalah kamu akan dihimpunkan.} [Al Anfaal 8:24]

Dan Dia swt berfirman,

وَلَقَدْ خَلَقْنَا الْإِنْسَانَ وَنَعْلَمُ مَا تُوَسْوِسُ بِهِ نَفْسُهُ ۖ وَنَحْنُ أَقْرَبُ إِلَيْهِ مِنْ حَبْلِ الْوَرِيدِ

{Dan sesungguhnya Kami telah mencipta manusia dan Kami sedia mengetahui apa bisikan jiwanya kepadanya, dan Kami lebih dekat kepadanya daripada urat lehernya Surah Qaaf, 50:16.}

Apakah yang dimaksudkan dengan "hati" dan "urat lehernya " dalam dua ayat ?

Jawapan:

Seorang lelaki itu bermakna manusia yang beriman kepada Allah dan hujjah Allah di bumi -Nya. Dan hatinya bermakna tanda (hujjah) kepada penciptaan, oleh itu hati adalah Imam Maksum, dan diumpamakan kesempurnaan (kemaksuman) adalah pada hati, kerana hati Imam menguruskan hal-hal alam semesta, sepertimana cara hati menguruskan hal-hal badan manusia.

Urat Leher Imam Maksum, adalah tali Allah yang kukuh, [1] dan pintu di mana limpahan Ilahi diberikan kepada penciptaan. Oleh itu kemaksuman adalah ciptaan yang paling dekat kepada manusia yang beriman, dan orang yang beriman yang sangat-sangat berkehendakkan pertolongannya untuk memenuhi keperluan di sisi Allah swt.

Ayat-ayat ini menjelaskan kepada manusia bahawa Allah adalah lebih dekat kepada kamu daripada para Nabi, Rasul-Rasul, dan Imam-Imam as dan jika kamu beralih kepada mereka untuk memenuhi keperluan kamu, Allah akan campur tangan di antara kamu dan mereka. Dengan ini, kamu akan mengambil mereka sebagai tuhan-tuhan yang lain dari Allah, tetapi kamu perlu menjadikan mereka cara mendekati Allah, untuk memenuhi keperluan dan memberi syafaat di sisi Allah, kerana mereka as tiada syafaat, dan tidak boleh bercakap kecuali dengan izin Allah swt,

لَا يَسْبِقُونَهُ بِالْقَوْلِ وَهُمْ بِأَمْرِهِ يَعْمَلُونَ

{Mereka tidak mendahuluiNya dan mereka bekerja dengan perintah-Nya}. [Al Anbiyaa' 21:27]

Jadi, bagaimana Allah akan membenarkan mereka untuk memberi syafaat kepada seorang lelaki buta yang tidak melihat Allah,

"Buta adalah mata yang tidak melihat Kamu."

Dia swt berfirman,

مَنْ ذَا الَّذِي يَشْفَعُ عِنْدَهُ إِلَّا بِإِذْنِهِ

{Siapakah orangnya yang dapat memberi syafaat di sisiNya melainkan dengan izin-Nya}, [Al-Baqarah 2:255]

dan Dia swt berfirman,

لَا يَتَكَلَّمُونَ إِلَّا مَنْ أَذِنَ لَهُ الرَّحْمَٰنُ وَقَالَ صَوَابًا

{Tidak mereka berkata-kata melainkan yang telah diizinkan baginya oleh Al-Rahman, serta ia berkata benar.}. [S. An-Nabaa’ 78:38]


۞ ۞ ۞ ۞

-------------------------------
1. Abdullah bin Abbas berkata bahawa Rasulullah saw telah menyampaikan khutbah kepada mereka, dan baginda berkata pada akhir khutbah beliau, "Allah swt telah mengumpulkan sepuluh sifat-sifat bagi kami, bahawa Dia mengumpulkan untuk tidak ada selain kami, dan untuk yang lain daripada kami : kami mempunyai kebijaksanaan, kesabaran, pengetahuan, kenabian, kelembutan hati, keberanian , keadilan , kejujuran , kesucian dan kebaikan. Kami adalah perkataan taqwa, jalan untuk memberi petunjuk, contoh yang mulia, bukti yang paling besar, dan tali yang dipegang, tali yang kukuh. Kami adalah orang-orang yang Allah perintahkan terhadap kebaikan hati, jadi selepas bimbingan, tiada lain kecuali kesesatan? Bagaimana pula kamu boleh berpaling? " Bihar Al -Anwar , Vol. 26, halaman 244.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan