Dikirim oleh Muhammad Eshraq
Siapakah anak kelima dari anak
ketujuh Amirul Mukminin (as)?
Disebutkan di dalam kitab Kifayatul Athar oleh Al Khazaz Al Qummi:
قال حدثنا محمد بن الحنفية قال أمير المؤمنين عليه السلام: سمعت رسول الله صلى الله عليه وآله وسلم يقول:
وسيكون بعدي فتنة صماء صيلم يسقط فيها كل وليجة وبطانة، وذلك عند فقدان شيعتك الخامس من السابع من ولدك
Daripada Muhammad bin Al Hanafiah telah berkata: Telah berkata Amirul Mukminin as: Aku telah mendengar Rasulullah (sawas) bersabda, di dalam satu hadis yg panjang pada menceritakan kelebihan Ahlulbayt (as): Akan terjadi fitnah bencana mencemaskan yang amat dahsyat selepasku, yang menggugurkan setiap sekutu dan hati, dan yang demikian itu adalah ketikamana syiah kamu kehilangan yang kelima daripada anak kamu yang ketujuh. (kifayatul Athar, ms 158)
Di dalam hadis ini Rasul (sawas) menceritakan kepada Amirul Mukminin (as) berkenaan fitnah yang berlaku ketika kehilangan yang kelima dan anak yang ketujuh daripada anak Amirul Mukminin (as), di mana baginda berkata kepada Ali as: dari anak-anak mu (min wuldika).
Mari kita lihat siapakah anak ini dari kalangan anak keturunan Imam Ali (as):
1. Imam Al Hassan as 2. Imam Al Hussain as 3. Imam As Sajjad as 4. Imam Al Baqir as 5. Imam As Sadiq as 6. Imam Al Kazhim as 7. Imam Al Ridha as (anak yang ketujuh)
Sekarang kita akan ketahui siapakah dia anak yang kelima daripada anak ketujuh Amirul Mukminin (as):
1. Imam Al Jawwad as 2. Imam Al Hadi as 3. Imam Al Askari as 4. Imam Al Mahdi as 5. Imam Ahmad yang disebutkan di dalam wasiat Rasulullah (sawas).
Oleh itu, yang dimaksudkan di dalam hadis ini adalah Ahmad anak kepada Imam Al Mahdi (as), dia adalah yang kelima daripada anak ketujuh Amirul Mukminin as. Dialah yang dimaksudkan dengan fitnah mencemaskan yang amat dahsyat ketika kehilangannya, atau dengan kata lain ujian yang menggugurkan setiap sekutu dan hati.
Di dalam kitab Al Kafi oleh Syeikh Al Kulayni disebutkan:
علي بن محمد، عن الحسن بن عيسى بن محمد بن علي بن جعفر، عن أبيه عن جده، عن علي بن جعفر، عن أخيه موسى بن جعفر عليه السلام قال: إذا فقد الخامس من ولد السابع فالله الله في أديانكم لا يزيلكم عنها أحد، يا بني إنه لا بد لصاحب هذا الامر من غيبة حتى يرجع عن هذا الامر من كان يقول به، إنما هو محنة من الله عز وجل امتحن بها خلقه، لو علم آباؤكم وأجدادكم دينا أصح من هذا لاتبعوه قال: فقلت: يا سيدي من الخامس من ولد السابع؟ فقال: يا بني! عقولكم تصغر عن هذا، وأحلامكم تضيق عن حمله، ولكن إن تعيشوا فسوف تدركونه
Sesungguhnya Imam Al Kazhim as telah berkata kepada anak-anaknya dan keluarga terdekatnya: Apabila hilangnya yang kelima daripada anak ketujuh maka Allah Allah pada agama kamu, janganlah seorang pun dari kamu memisahkan diri daripadanya. Wahai anakku, pemilik urusan ini mesti melalui keghaibahan sehinggalah kembali urusan ini kepada orang yang berkata-kata tentangnya?! sesungguhnya ia adalah ujian (mehnah) daripada Allah yang dengannya diuji makhluknya, sekiranya bapa-bapa dan datuk-datuk kamu mengetahui agama yang lebih benar daripada ini, nescaya diikutinya. Berkata perawi: Lalu aku bertanya: Wahai Sayyidi, siapakah yang kelima daripada anak ketujuh. Lalu menjawab: Wahai anakku, akal-akal kamu adalah terlalu kecil bagi memikirkan berkenaan perkara ini, dan kesabaran kamu adalah terlalu sempit untuk menanggungnya, tetapi sekiranya kamu hidup (pada masa itu) maka kamu akan mengetahuinya. (Al Kafi, Jilid 1, ms 336)
Imam Al Kazhim as bercerita kepada anak-anak dan keluarga terdekatnya berkenaan pemilik urusan ini iaitu Al Qoim as, serta mengingatkan mereka akan ujian yang bakal berlaku tentang kehilangan anak kelima daripada anak ketujuh. Tetapi hadis ini tidak mengatakan bahawa yang kelima daripada anak ketujuh adalah daripada anak keturunan Amirul Mukminin as, oleh itu, adakah yang dimaksudkan daripada hadis ini adalah Imam Al Mahdi Muhammad bin Al Hassan (as)?
Oleh itu, hendaklah kita bertanya sekarang berkenaan sesuatu yang menyempitkan akal pemikiran dan kesabaran anak-anak Imam Al Kazhim as dan keluarga terdekatnya?
Mereka bertanya tentang yang kelima daripada anak ketujuh, oleh itu, adakah pengetahuan tentang nama Imam Mahdi Muhammad bin Al Hassan as yang diketahui oleh setiap penguasa dan rakyat jelata, disebutkan namanya dalam banyak riwayat, serta berpuluh-puluh riwayat yang menceritakan hal keghaibannya yang menjadi persoalannya? Adakah ini yang menyempitkan akal fikiran dan kesabaran anak-anak Imam Al Kazhim as serta keluarga terdekatnya untuk menanggungnya??
Tiada keraguan lagi bahawa dengan penuh keyakinan kita dapat mengatakan urusan ini adalah terkait dengan individu lain yang Allah simpankan dia untuk menguji manusia dan natijah daripada ujian ini adalah kembalinya mereka yang berkata-kata tentang urusan mereka yakni keluar daripada wilayahnya (as).
Mari kita baca riwayat seterusnya:
في حديث طويل قال فيه بعد أن عدد الأئمة من أهل بيته ثم يغيب عنهم إمامهم ما شاء الله، ويكون له غيبتان إحداهما أطول من الأخرى. ثم التفت إلينا رسول الله صلى الله عليه وآله فقال رافعا صوته: الحذر إذا فقد الخامس من ولد السابع من ولدي، قال علي: فقلت: يا رسول الله فما تكون هذه الغيبة؟ قال: أصبت (الصمت) حتى يأذن الله له بالخروج
Daripada Abdul Rahman bin Abi Layla, telah berkata Ali (as): Aku berada di sisi Nabi (sawas) di dalam rumah Ummu Salamah...sehinggalah kepada sabda Nabi (awas): Kemudian Rasulullah (sawas) berpaling kepada kami lalu berkata dengan suara yang nyaring: Berwaspadalah! apabila hilang yang kelima daripada anak ketujuhku. Lalu Ali (as) berkata: Aku bertanya: Wahai Rasulullah, maka bagaimanakah berlakunya ghaybah ini? Lalu menjawab: Berdiam diri sehinggalah Allah mengizinkan dia keluar. (Mu'jam Ahadith Al Imam Al Mahdi as, jilid 1, ms 296)
Oleh itu, yang kelima dari anak ketujuh Amirul Mukminin as adalah Ahmad sepertimana yang dikatakan sebelum ini. Fitnah atau ujian yang bukanlah pada dua Keghaibahan sebagaimana Imam Mahdi (as) , tetapi pada berdiam diri (as Shamth) atau Sabar sebagaimana dalam riwayat yang lain sehinggalah Allah mengizinkan dia keluar. Ahmad adalah Shohibul Amr (pemilik urusan) yang disebutkan oleh Imam Al Kazhim as.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan