Halaman

Selasa, 15 Oktober 2013

KENYATAAN IMAM AHMAD ALHASSAN A.S BERHUBUNG Kedudukan Makam Bonda Fatimah a.s:

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Segala pujian bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Yang mengerakkan bahtera, Yang menundukkan angin, Yang membelah waktu subuh, Yang mengatur agama, Tuhan sekalian alam. Segala puji bagi Allah, yang ketakutan kepadanya menggemuruhkan langit dan penghuninya, yang menggegarkan bumi dan memakmurkannya, yang menggelombangkan ombak lautan dan segala yang berenang di dalamnya.

Ya Allah, sejahterakanlah Muhammad dan keluarga Muhammad, bahtera yang bergerak mengharungi lautan dalam, keselamatanlah buat mereka yang menaikinya dan tenggelamlah buat mereka yang meninggalkannya, mendahului mereka adalah orang yang keluar dari agama dan terkemudian daripada mereka adalah orang yang binasa, dan melazimi mereka adalah pengikut.

Ini ialah satu "surah" yang Kami turunkan dan Kami wajibkan hukum-hukumnya, serta Kami turunkan padanya ayat-ayat keterangan yang nyata supaya kamu beringat. (Surah An Noor: 1)

Saya telah meminta kepada mereka yang memimpin kelompok Syiah untuk tampil ke hadapan agar meminta mukjizat berdasarkan lafaz yang saya nyatakan di dalam suratkhabar yang dikeluarkan oleh ansar Imam Mahdi a.s. Namun tiada seorang pun dari kalangan meminta yang tampil meminta sesuatu (mukjizat), disebabkan ini bapa saya Imam Mahdi Muhammad bin Al Hasan al-Askari a.s telah mengarahkan saya untuk menjelaskan sesuatu daripadanya tentang kedudukanku, iaitu sesungguhnya saya adalah wasinya dan yang pertama memerintah dari kalangan anak keturunannya, dan saya adalah taman daripada taman-taman syurgawi yang dikhabarkan oleh Rasulullah s.a.w.a.s.

Mukjizat pertama yang dizahirkan kepada umat Islam dan semua manusia adalah bahawasanya saya mengetahui kedudukan makam Fatimah a.s, darah daging Muhammad s.a.w.a.s. Umat Islam keseluruhannya sebulat suara mengatakan bahawa makam Fatimah a.s hilang dan tiada siapa tahu kedudukan makamnya melainkan Imam Mahdi a.s. Beliau memberitahu saya bahawa kedudukan makam Fatimah ibu saya Fatimah a.s adalah bersebelahan makam Imam Hassan a.s dan berada disampingnya, seolah-olah Imam Hassan Mujtaba a.s dikebumikan di pangkuan Fatimah a.s. Saya bersedia untuk bersumpah atas apa yang saya katakan demi Allah, Rasul-Nya Muhammad s.a.w.a.s dan Ali a.s yang telah mengebumikan Fatimah a.s adalah sebagai saksi. Segala pujian semata-mata bagi Allah...

Setiap orang yang mendakwa berhubung dengan Imam Mahdi a.s dalam perkara besar atau kecil tanpa merujuk kepada saya adalah pendusta besar ke atas Allah dan Rasul-Nya. Tiada daya dan kekuatan melainkan dengan Allah swt. Segala pujian semata-mata bagi Allah...

Dan sesungguhnya mereka hampir-hampir berjaya mengganggumu daripada tinggal aman di bumi dengan tujuan mereka dapat mengusirmu dari negeri itu; dan jika berlaku demikian, maka mereka tidak akan tinggal di situ sesudahmu melainkan sedikit masa sahaja. (Demikianlah) peraturan (Kami yang tetap mengenai) orang-orang yang telah Kami utuskan sebelummu dari Rasul-rasul Kami dan engkau tidak akan dapati sebarang perubahan bagi peraturan Kami yang tetap itu. (Surah Al Isra 76-77)

Nota: - kepada setiap orang Islam yang membaca warkah ini, hendaklah membuat dua belas salinan dan mengedarkannya. Buat yang berkebolehan menterjemahkannya, hendaklah menterjemahkannya ke dalam bahasa yang mampu diterjemahkannya.

Tinggalan Keluarga Muhammad a.s, tonggak kukuh Ahmad Al Hassan,wasi dan utusan Imam Mahdi a.s kepada seluruh umat manusia.Dibantu oleh Jibrail, diluruskan oleh Mikail dan dimenangkan oleh Israfil.Satu keturunan (zuriat) yang setengahnya berasal dari setengahnya yang lain.

1 Syawal 1424 Hijri.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan