ISU PEMAKAIAN NIQAB
Dikirim oleh Izzah Nabilah
Soalan: Apakah hukum mendedahkan wajah wanita di negara yang mana majoriti wanita menutup muka mereka, adakah lebih baik untuk mendendahkan atau menutupnya? Adakah Az Zahra s.a juga menutupi mukanya?
Jawaban:
Dengan nama Allah yang Maha Pengasih Lagi Maha Pengasihani, dan segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam.
Solawat Allah ke atas Muhammad dan keluarganya, para Imam dan Mahdi.
Adalah dibenarkan untuk wanita mendedahkan mukanya, dan Zahra s.a tidak menutupi mukanya, dan tidak pula diperintahkan oleh Nabi s.a.w.a untuk para isteri baginda berbuat demikian. Benar, wanita di semenanjung Arab biasa menutupi wajah mereka dalam keadaan musafir, ia bukanlah atas sebab yang sah, namun ia adalah kerana cuaca panas matahari.
Berkenaan negara atau masyarakat yang mana menutupi wajah adalah satu kebiasaan, adalah lebih baik untuk menutupi wajah sebagai menuruti adat yang diamalkan, namun IA BUKAN WAJIB. Tidakkah kamu melihat kaum wanita memperlihatkan wajah mereka ketika haji? Jika ia adalah wajib atau mustahab, maka sepatutnya ia lebih diperketatkan dan digalakkan ketika Haji, di mana wanita itu dikelilingi oleh suasana ibadah dan para jemaah lelaki. Islam menyokong memberikan wanita melaksanakan peranannnya secara sempurna, dan menutupi wajah adalah satu halangan kepada betapa banyak sekali pekerjaan yang dapat dilakukan oleh wanita dan kreativiti mereka dan melaluinya dapat mereka memberi sumbangan besar kepada masyarakat.
Ahmed Alhasan
Shawwal 1434 H

Tiada ulasan:
Catat Ulasan