Halaman

Jumaat, 18 Oktober 2013

Doa Iftitah - & Takbir # Iftitah

Doa Iftitah
       
Di dalam Kitab “Ahkam Asy-Syari’ah Baina s-Sa’il wa l-Mujib’ oleh Asy-Syeikh Alaa' As-Salim, Juzuk 2, (Ash-Sholah), muka surat 78 Bhg Dua: Mustahab Ash-Sholah, No 1: Bacaan doa antara selepas setiap dua takbir pada enam takbiraat, doa dari At-Tahirin (as):

Caranya:                   
Ketika memulakan solah (sesudah berniat) adalah mustahab (disunatkan):
·        Bertakbir 3 X dan membaca doa Iftitah 1
·        Bertakbir 2 X dan membaca doa Iftitah 2
·        Bertakbir 2 X dan membaca doa Iftitah 3 (7 X Takbir)


عَلِيُّ بْنُ إِبْرَاهِيمَ بْنِ هَاشِمٍ عَنْ أَبِيهِ عَنِ ابْنِ أَبِي عُمَيْرٍ عَنْ حَمَّادِ بْنِ عُثْمَانَ عَنِ الْحَلَبِيِّ عَنْ أَبِي عَبْدِ اللَّهِ ( عليه السلام ) قَالَ إِذَا افْتَتَحْتَ الصَّلَاةَ فَارْفَعْ كَفَّيْكَ ثُمَّ ابْسُطْهُمَا بَسْطاً ثُمَّ كَبِّرْ ثَلَاثَ تَكْبِيرَاتٍ ثُمَّ قُلِ

…. Dari Abi Abdillah (as) katanya,”Ketika memulakan solat, maka angkatlah kedua tangan ke pertengahan (paras telinga) kemudian takbir (Allahu akbar) tiga kali dan kemudian bacalah:
1. [Allahumma anta al-Maliku l-Haqqu la ilaha illa anta, subhanaka inni dzalamtu nafsi, faghfir li zambi, innahu la yaghfiru zzunuba illa ant(a)]

 اللَّهُمَّ أَنْتَ الْمَلِكُ الْحَقُّ لَا إِلَهَ إِلَّا أَنْتَ سُبْحَانَكَ إِنِّي ظَلَمْتُ نَفْسِي فَاغْفِرْ لِي ذَنْبِي إِنَّهُ لَا يَغْفِرُ الذُّنُوبَ إِلَّا أَنْتَ

Ya Allah, Engkaulah Malik ul-Haq (Raja Sebenar) Tiada Tuhan selain Engkau, Maha Suci Engkau, sungguh aku telah menganiaya diri sendiri, oleh itu ampunkanlah aku, dosaku, bahawa tiada yang mengampuni dosa-dosa selain Engkau.

 ثُمَّ تُكَبِّرُ تَكْبِيرَتَيْنِ ثُمَّ قُلْ
Kemudian takbir (الله اكبر - Allahu akbar) dua kali dan kemudian bacalah: 
2. [Labaika wa sa’daika wa lkhairu fi yadaika, wa sy-syarru laisa ilaika, wa l-mahdiyu man hadaita, la malja’a minka illa ilaika, subhanaka wa hananaika tabaarakta wa ta’alaita, subhanaka rabba l-bait(i)]

لَبَّيْكَ وَ سَعْدَيْكَ وَ الْخَيْرُ فِي يَدَيْكَ وَ الشَّرُّ لَيْسَ إِلَيْكَ وَ الْمَهْدِيُّ مَنْ هَدَيْتَ لَا مَلْجَأَ مِنْكَ إِلَّا إِلَيْكَ سُبْحَانَكَ وَحَنَانَيْكَ تَبَارَكْتَ وَ تَعَالَيْتَ سُبْحَانَكَ رَبَّ الْبَيْتِ
Ya (Atas layananMu), Tuhanku! ”, dan kebaikan itu di tangan Mu, Kejahatan bukan dariMu, dan Memberi hidayah ssiapa yang Kau hidayahkan, tidak ada tempat lari dari (siksa) Mu, melainkan kepada-Mu saja. Kesucian Mu, Kelembutan Mu Keberakatan Mu dan Ketinggian Mu, Kesucian Mu Tuhan al-Bait.

 ثُمَّ تُكَبِّرُ تَكْبِيرَتَيْنِ ثُمَّ تَقُولُ
Kemudian takbir (Allahu akbar) dua kali lagi dan kemudian bacalah: 

3. [Wajjahtu wajhiya lillazi faTara as-samaawaati wa l-ardhi, ‘aalimu l-ghaibi wa sy-syahadati(h), hanifan(m) muslimaa(n) wa ma ana mina l-musyrikin(a), Inna shsholati wa nusuki wa mahyaya wa mamati Lillahi rabbi l-‘aalamin(a), la syariikalahu wa bizaalika ‘umirtu wa ana mina l-muslimin(a)]

 وَجَّهْتُ وَجْهِيَ لِلَّذِي فَطَرَ السَّمَاوَاتِ وَ الْأَرْضَ عَالِمِ الْغَيْبِ وَ الشَّهَادَةِ حَنِيفاً مُسْلِماً وَ مَا أَنَا مِنَ الْمُشْرِكِينَ إِنَّ صَلَاتِي وَ نُسُكِي وَ مَحْيَايَ وَ مَمَاتِي لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ لَا شَرِيكَ لَهُ وَ بِذَلِكَ أُمِرْتُ وَ أَنَا مِنَ الْمُسْلِمِينَ

aku menghadapkan diriku kepada Rabb yang menciptakan langit dan bumi, alam Ghaib dan Syahadah (yang disaksikan) dengan menyerah kepada agama Islam, dan aku bukanlah termasuk orang-orang yang mempersekutukan Tuhan. sesungguhnya sembahyangku, ibadatku, hidupku dan matiku hanyalah untuk Allah, Tuhan semesta alam. Tiada sekutu bagi-Nya; dan demikian itulah yang diperintahkan kepadaku dan aku adalah orang yang pertama-tama menyerahkan diri (Islam)".

ثُمَّ تَعَوَّذْ مِنَ الشَّيْطَانِ الرَّجِيمِ ثُمَّ اقْرَأْ فَاتِحَةَ الْكِتَاب .

Kemudian bacalah ta’uz: [a’uzubi Llahi mina sy-syaiTani r-rajim] Kemudian bacalah [Fatihatu l-Kitaab (Surah al-Fatehah)] - Al Kafi



Tiada ulasan:

Catat Ulasan