Halaman

Ahad, 20 Oktober 2013

Soalan 100: Bagaimana Mendekatkan Diri Kepada Allah?

 Soalan 100: Apakah maksudnya dalam suatu hadits Qudsi berikut:

لا يزال العبد يتقرب لي بالنوافل حـتى أحبه فإذا أحببته كنت يده التي يبطش بها وعينه التي يرى بها...

Seorang hamba akan sentiasa mendekatiKu dengan ibadah nawafil, sehingga Aku mengasihinya. Sekiranya Aku mengasihinya, Aku akan menjadi tangannya yang dengannya dia menyerang dan menjadi matanya yang dengannya dia melihat

 

Dan dalam hadits yang lain, apakah pula maksudnya:

لا يزال العبد يتقرب لي بالفرائض ... حتى يكون يدي وعـيني وسمعي...

Seorang hamba akan sentiasa mendekatiKu dengan ibadah-ibadah fardhu ... sehingga Aku akan menjadi tangannya, matanya dan pendengarannya ... [1]

 

Dan adalah diketahui bahawa ibadah nawafil adalah solat mustahab, dan solat fardhu adalah solat wajib, dan seseorang biasanya tidak melakukan solat mustahab sehingga setelah dia menunaikan yang wajib, maka bagaimana untuk mendekati (Allah) dengan ibadah-ibadah wajib sahaja itu lebih baik dari mendekati (Allah) dengan ibadah-ibadah wajib dan mustahab, kerana hasilnya dalam hadis kedua lebih besar, iaitu, jadilah seseorang itu matanya mata Allah dan tangannya tangan Allah?!


Jawapan: Amalan nawafil di dalam hadis Qudsi bukanlah solat-solat mustahab (yang disunatkan) sahaja, tetapi ianya meliputi keseluruhan apa yang difardhukan Allah SWT dan ia menunjukkan kepada solat, puasa, zakat, haji dan lain-lain (ibadah fardhu). Maka kesemua solat zuhur, asar, maghrib, isyak dan fajar menurut hadis Qudsi ini adalah nawafil atau tambahan atau sampingan kepada amalan lain yang lebih asasi, lebih penting dan dituntut sebenarnya, kerana amalan-amalan lainnya menjadi tidak bermanfaat tanpa amalan asasi itu. Amalan ini adalah Wilayah (menerima otoriti atau kekuasaan) Wali Allah dan khalifahNya (as) di muka bumiNya ini.

 

Jika sekiranya datang seorang penganut Kristian yang melakukan segala ibadah-ibadah Islam tanpa Wilayah Muhammad, maka ianya tidak memberi sebarang manfaat. Dan sekiranya datang seorang muslim dengan melakukan segala ibadah Islam tanpa Wilayah Ali, maka ianya tidak juga memberi apa-apa manfaat. Dan sekiranya datang seorang Syiah dengan segala ibadah Islam dan wilayah Ali serta para Imam (as) tanpa berwilayahkan Imam Mahdi (as), maka ianya tidak bermanfaat jua. Melainkan dia memanfaatkannya (wilayah khalifah Allah) di dalam kehidupan di dunia ini, serta menjadikannya sebagai wasilah (jalan) bagi mengenal Hakikat dan mengenal wali Allah.

Bahkan orang yang mendekatkan diri kepada Allah dengan amalan-amalan nawafil walaupun dia berwilayahkan wali Allah, maka dia tetap tidak memperolehi dan tidak dapat meninggikan darjatnya melainkan dengan kadar wilayah yang dikandung dalam dadanya.


Adapun kefardhuan itu adalah wilayah kepada wali Allah. Wilayah itu adalah solat yang wajib, haji yang wajib, zakat yang wajib dan puasa yang wajib. Solat adalah menghadapkan wajah ke kiblat dengan penuh kerendahan dan pengharapan (doa), sebaik-baik kiblat yang dihadapkan wajahnya oleh manusia adalah wali Allah pada zamannya dan Hujjah Allah ke atas hamba-hambaNya. Sebaik-baik kerendahan diri dan memanjatkan pengharapan (doa) kepada Allah adalah dengan mencintai wali Allah dan HujjahNya ke atas hamba-hambaNya, sepertimana di dalam hadis: 

 

(حبّ علي حسنة لا تضر معها سيئة)

Bermaksud: Kecintaan Ali adalah kebaikan yang kejahatan sesekali tidak memudharatkannya. [2]

 

Haji itu adalah perjalanan ke tempat tertentu dan sebaik-baik perjalanan itu adalah perjalanan kepada Allah dengan maksud tujuan wali Allah dan Hujjah Allah ke atas hamba-hambaNya, kerana dia adalah kiblat yang dengannya Allah dikenali. (Dengan kamu Allah dikenali.)

 

عن يزيد العجلي, قال: سمعت أبا جعفر يقول: بنا عبد الله, وبنا عرف الله, وبنا وحد الله تبارك وتعالى,ومحمد حجاب الله تبارك وتعالى

                                               

Bermaksud: Daripada Yazid Al 'Ijli, telah berkata: Aku telah mendengar Aba Ja'afar berkata: Dengan kami Allah disembah, dengan kami Allah dikenali, dengan kami ditauhidkan Allah Tabaraka wa Taala, dan Muhammad adalah Hijab Allah Tabaraka wa Taala.[3]

 

قال رسول الله : ابن آدم إفعل الخير ودع الشر فإذا أنت جواد قاصد

 

Telah bersabda Rasulullah: Berbuat baiklah anak Adam dan tinggalkanlah kejahatan, sedang kamu seorang yang dermawan lagi dekat. [4]

 

Perbuatan baik adalah Wilayah Wali Allah dan meninggalkan kejahatan adalah mengingkari taghut. Ditetapkan bahawa wilayah Wali Allah adalah mengikut martabat-martabat. Maka barangsiapa yang mengutamakan keseragaman dalam setiap gerak serta diam, dan bukan orang yang mengikutinya dengan lisan tetapi tidak mengikutinya dengan perbuatannya. Setiap kali dia lebih kuat mendampingi Wali Allah, maka setiap kali itulah keterdekatan dirinya kepada Allah menjadi lebih kuat. Beginilah halnya sehinggalah hamba yang sentiasa mendampingi Wali Allah ini menjadi imej atau gambaran lain kepada Wali Allah atau HujjahNya ke atas hamba-hambaNya. Beginilah seseorang hamba itu menjadi mata dan tangan Allah, sepertimana Wali Allah itu adalah mata dan tangan Allah. 

 

حدثنا عبد الله بن محمد عن محمد بن إسماعيل النيشابوري عن أحمد بن الحسن الكوفي عن إسماعيل بن نصر وعلي بن عبد الله الهاشمي عن عبد المزاحم بن كثير عن أبي عبد الله عليه السلام

قال كان أمير المؤمنين عليه السلام يقول

انا علم الله وانا قلب الله الواعي ولسان الله الناطق وعين الله الناظر وانا جنب الله وانا يد الله

 

Daripada Abi Abdillah, telah berkata: Amirul Mukminin berkata: Aku adalah ilmu Allah, dan aku adalah hati Allah yang sedar, dan lisan Allah yang berkata-kata, dan mata Allah yang melihat, aku adalah rusuk Allah dan aku adalah tangan Allah. [5]

 

 

Imam Ahmad Al Hassan 

______________
[1] Dari Abi Ja`far (as), dia berkata: (Ketika aku membuat perjalanan dengan Nabi (S), Baginda bersabda: Ya Tuhan, bagaimana keadaan orang yang beriman dengan Engkau? Tuhan berfirman: ... Dan tidak ada yang mendekatkanKu kepada hamba daripada hamba-hambaKu dengan sesuatu aku suka dengan apa yang ku fardhukan ke atasnya, dan bahawa dia mendekatiKu dengan ibadah nafilah sehingga aku mengasihinya. Sekiranya Aku mengasihinya, Aku akan menjadi pendengarannya yang dengannya dia mendengar dan menjadi penglihatannya yang dengannya dia melihat, Aku akan menjadi lidahnya yang dengannya dia berbicara dan tangannya yang dengannya dia memukul, jika dia berdoa kepadaKu, Aku akan mengabulkannya, dan jika dia meminta kepadaKu, Aku akan memberikannya) Al-Kafi : J 2, hlm. 352-353, bab mengenai orang-orang yang menyakiti dan menghina umat Islam, J. 7 dan 8. Dan juga lihat Sahih Al-Bukhari: J 7, hlm 190, Kitab Mempunyai rasa simpati. Dari Nabi (S) dari Jibrail dari Allah AWJ, Baginda bersabda: (Allah TWT, berfirman: ... Hamba-Ku tidak mendekatiKu dengan cara melaksanakan apa yang difardhukan, dan hambaku sentiasa melakukan ibadah nafilah padaKu sehingga Aku mencintainya. Dan apabila aku mencintainya Aku akan menjadi pendengaran, penglihatan, menolong dan menyokongnya. Sekiranya dia berdoa kepadaKu, Aku akan mengabulkannya, dan jika dia meminta kepadaKu, Aku akan memberikannya...) Al-Tauhid oleh Syeikh Al-Saduq: hlm 398 -400, Bab 62, J.1.
[2] 'Awali Al Liali, jid 4, ms 86 dan Yanabi' Al Mawaddah, jild 1, ms 375
[3] Al-Kafi: J 1, 145, hlm.10

[4] Nahjul Balaghah, ms 95, khutbah 176

[5] . [Bashair Al Darajat, ms 84. At Tauhid li As Sadooq, ms 164, bab 22, hadis 1. Al Ikhtisas oleh Al Mufid, ms 248]

 

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan