Halaman

Isnin, 14 Oktober 2013

10 Makrifah Wajib

10 Makrifah Wajib

Ilmu Makrifah Yang diwajibkan

 التمحيص: عن المفضل، عن أبي عبد الله عليه السلام قال: قال الله عز وجل افترضت على عبادي عشرة فرائض إذا عرفوها أسكنتهم ملكوتي، وأبحتهم جناني أولها معرفتي، والثانية معرفة رسولي إلى خلقي والاقرار به والتصديق له، والثالثة معرفة أوليائي وأنهم الحجج على خلقي، من والاهم فقد والاني ومن عاداهم فقد عاداني، وهم العلم فيما بيني وبين خلقي، ومن أنكرهم أصليته ناري، وضاعفت عليه عذابي، والرابعة معرفة الاشخاص الذين أقيموا من ضياء قدسي، وهم قوام قسطي، والخامسة معرفة القوام بفضلهم والتصديق لهم، والسادسة معرفة عدوي إبليس وما كان من ذاته وأعوانه، والسابعة قبول أمري والتصديق لرسلي، والثامنة كتمان سري وسر أوليائي، والتاسعة تعظيم أهل صفوتي والقبول عنهم، والرد إليهم فيما اختلفتم فيه، حتى يخرج الشرح منهم، والعاشرة أن يكون هو وأخوه في الدين والدنيا شرعا سواء، فإذا كانوا كذلك أدخلتهم ملكوتي، وآمنتهم من الفزع الأكبر وكانوا عندي في عليين


Dari Al-Mufadhdhal dari Abi Abdillah as beliau berkata: Allah Azza Wa Jalla berkata, Aku telah mewajibkan hamba-hambaKu dengan 10 perkara, jika mereka mengetahuinya aku akan membuat mereka tinggal di Malakut Ku (Kerajaan) dan dibenarkan masuk syurga Ku.

Pertama: mengenali Ku.

Kedua: mengenali Rasul Ku dalam penciptaan Ku dan menerimanya dan membenarkannya.

Ketiga: Mengenali AuliakKu dan bahawa mereka adalah bukti (Hujjah) kepada ciptaan Ku. Sesiapa yang mengikuti mereka telah mengikut Ku, dan sesiapa yang memusuhi mereka telah memusuhi Ku. Dan ilmu mereka antara Aku dan ciptaan Ku. Dan sesiapa yang menolak mereka akan menerima neraka Ku dan berlipat ganda kepadanya Azab Ku.

Keempat: Mengenali peribadi-peribadi khusus yang telah dilantik daripada pencahayaan Kebesaran Ku. Dan mereka adalah pendiri keadilan aku.

Kelima: Mengenali pendiri-pendiri dengan kelebihan mereka dan membenarkan mereka.

Keenam: Mengenali musuh Ku Iblis dan apa dirinya dan penyokongnya.

Ketujuh: Menerima urusan (perintah) Ku dan mempercayai Rasul Ku.

Kelapan: Untuk menjaga rahsia Ku dan rahsia orang-orang pilihan (auliak) Ku.

Kesembilan: Untuk meninggikan orang-orang Safwa ku (orang-orang yang aku telah pilih) dan menerima daripada mereka. Dan kembali kepada mereka dengan apa yang kamu perselisihkan, sehingga penjelasan itu datang daripada mereka.

Kesepuluh: Adalah dia menjadi saudaranya dalam agama dan dalam Dunia, bagi Syariah yang sama. Apabila mereka seperti itu, aku akan masukkan mereka ke Kerajaan (Malakut) Ku dan kamu akan selamat dari al Fazi’ (kejutan) Besar dan mereka bersama Ku di Iliyin (tempat tinggi).


Bihar Al-Anwar Jilid 66 halaman 13

Tiada ulasan:

Catat Ulasan