Isnin, 6 November 2017

Bab I: Paksi Pertama: Nama Dan Gelaran.


Binatang Bumi dan Yang Muncul Di Timur

Bab I: Paksi Pertama: Nama Dan Gelaran.


Terdapat banyak riwayat-riwayat menyebut nama Imam Mahdi (as) dan ini sebahagian daripadanya:

عَنْ أَبِي عَبْدِ اللَّهِ (ع) قَالَ: ( صَاحِبُ هَذَا الْأَمْرِ لَا يُسَمِّيهِ بِاسْمِهِ إِلَّا كَافِرٌ )


Dari Abi Abdillah (as) berkata: (Tidaklah yang memberitahu nama Pemilik urusan ini, dengan namanya melainkan ia kafir) [5]


Daud bin Qasim al-Jaafari berkata: Aku mendengar Abu Al-Hasan Al-Askari (as) berkata:

(الْخَلَفُ مِنْ بَعْدِي الْحَسَنُ فَكَيْفَ لَكُمْ بِالْخَلَفِ مِنْ بَعْدِ الْخَلَفِ. قُلْتُ، وَلِمَ جَعَلَنِيَ اللَّهُ فِدَاكَ قَالَ: لِأَنَّكُمْ لَا تَرَوْنَ شَخْصَهُ وَ لَا يَحِلُّ لَكُمْ ذِكْرُهُ بِاسْمِهِ. قُلْتُ كَيْفَ نَذْكُرُهُ؟ قَالَ: قُولُوا الْحُجَّةُ مِنْ آلِ مُحَمَّدٍ).

(Pengganti selepasku adalah Al-Hassan, bagaimana kamu dengan pengganti selepas pengganti. Aku berkata, Bagi apa yang dijadikan Allah sebagai tebusanmu. Beliau berkata: Oleh kerana kamu tidak melihat peribadi itu dan tidak dihalalkan kamu menyebut namanya. Aku katakan: Bagaimana kami menyebutnya?: Beliau berkata: Katakanlah Al-Hujjah dari Aali Muhammad. [6]

Dan dari Ali bin Muhammad dari Abu Abdillah Al-Shalihi berkata,

Aku bertanya Pemilik kami selepas Abi Muhammad (as) Bahawa aku bertanya tentang nama dan tempatnya, Maka keluarlah jawapan: (jika ditunjukkan nama mereka akan menyebarkannya, dan jika mereka tahu tempat mereka akan menunjuknya). [7]

Daru Abdullah bin Ja’far Al-Humairi, dari Muhammad bin ‘Utsman Al-‘Umri, dalam satu percakapan sedungguhnys beliau berkata kepadanya: Engkau melihat Pengganti? Dia menjawab: Ya demi Allah. Hingga dia berkata: Aku bertanya, Apa namanya? Beliau berkata: diharamkan kepada kamu untuk bertanya mengenainya, Aku sendiri tidak mengatakannya, ia tidak dihalal atau diharamkan kepadaku tetapi hanya mengenainya (as) maka jika urusan kekuasaan Aba Muhammad berlalu, ia tidak digantikan anaknya, Hingga dia berkata, dan jika dinyatakan nama akan ada yang menuntut. Bertaqwalah kepada Allah dan berpegang kepada hal itu). [8]

Diriwayatkan daripada Al-Shadeq (as) bahawa ketika dikatakan kepadanya: Siapa Al-Mahdi dari anakmu yang mana? Dia berkata: (yang kelima dari anak ketujuh, dihilangkan orangnya dari kamu dan kamu tidak boleh menamakannya) [9]

Dari Al-Mudzafar bin Ja’far Al-‘Uluwi dari Ja’far bin Muhammad bin Mas’ud dan Haidar bin Muhammad dari Muhammad bin Mas’ud, dari Adam bin Mohammad Al-Balkhi, dari Ali Bin Al-Hussein Al-Daqqaq dan Ibrahim bin Muhammad, katanya: kami mendengar Ali bin ‘Ashim Al-Kufi berkata, keluar pada perakuan Shohib Al-Zaman (as): (Terkutuklah Terkutuklah orang yang memanggilku dalam perhimpunan manusia)) [10]

Dan dari Muhammad bin Ahmad Al Sinani, dari Muhammad bin Abi Abdillah dari Sahl bin Ziyad, dari Abdul ‘Azim Al-Hasani, dari Muhammad bin Ali bin Musa (as) dalam menyebut Al- Qaim (as), beliau berkata: (Tersembunyi kepada manusia kelahirannya, dan dihilangkan dari mereka peribadinya, Dan dilarang atas mereka memanggil namanya, ia adalah nama Rasulullah (S) dan nama panggilan baginda ... A;-Hadits) [11]

----------------------------
[5] Kamal Al-Din Wa Tamam Al-Ni3mah: hal 648.
[6] Al-Kafi: J 1 hal 328 h 12
[7] Al-Kafi: J 1 hal 328 h 2
[8] Al-Kafi: J 1 hal 328 h 1
[9] Wasail Al-Syi'ah J 16 hal 242.
[10] Wasail Al-Syi'ah J 16 hal 243.
[11] Wasail Al-Syi'ah J 16 hal 243.


Riwayat-riwayat tersebut mengharamkan dan melarang dengan jelas dari menamakan Imam Mahdi (as), namun terdapat banyak riwayat-riwayat dan doa-doa yang lain yang menyebut nama Imam Mahdi Muhammad bin Al-Hassan (as) pada banyak tempat, dan cukuplah disebutkan menyebut namanya dalam Wasiat Rasulullah (S) .

Daripada Abi Abdillah (as), daripada bapa-bapanya, daripada Amirul Mukminin Ali (as),

قال رسول الله (ص). في الليلة التي كانت فيها وفاته لعلي (ع): (يا أبا الحسن أحضر صحيفة ودواة، فأملى رسول الله (ص) وصيته حتى انتهى إلى هذا الموضع ،فقال: يا علي إنه سيكون من بعدي إثنا عشر إماما ومن بعدهم إثنا عشر مهديا فأنت يا علي أول الإثني عشر إمام،  وساق الحديث إلى أن قال: وليسلمها الحسن إلى أبنه محمد المستحفظ من آل محمد (ص) ....)

Telah berkata: Rasulullah (S) telah bersabda kepada Ali di malam sebelum kewafatannya; (Wahai Aba Al-Hassan bawakan lembaran tulis dan dakwat, maka Rasulullah (S) memenuhi wasiatnya sehinggalah ia sampai ke butiran berikut, dan bersabda; Wahai Ali sesungguhnya akan ada selepasku duabelas orang Imam dan selepas mereka duabelas orang Mahdi. Engkau wahai Ali adalah yang pertama dari duabelas imam tersebut. Dan hadis tersebut berterusan sehingga sampai kepada sabda, dan hendaklah Al-Hassan menyerahkan kepada anaknya Muhammad Al Mustahfiz dari Aali Muhammad (S)....) [12]

Disebut nama Imam Mahdi, (as) dalam beberapa doa-doa dan ziarah-ziarah, dalam kitab Mafatih Al-Jinan hal 795. Apa yang dibuat oleh Al-3alamah Al-Majlisi (rahimahu Allah), (doa) kelapan dari himpunan (doa) ziarah-ziarah dalam kitabnya (Tuhfah Al-Zair), katanya ziarah ini telah diriwayatkan oleh Al-Syed Ibn Al-Thusi semasa doa ‘Arafah, dari Al-Shadiq (Shalawatu Allah 3alaihi) dan ziarah mereka semua terutamanya di Arafah, berikut adalah (doa) ziarahnya:

((السلام عليك يا رسول الله، السلام عليك يا نبي الله ... السلام عليك يا مولاي يا أمير المؤمنين، ... السلام عليك يا فاطمة البتول، ... ( ثم يذكر السلام على الأئمة جميعهم حتى يصل إلى .. السلام عليك يا أبا محمد الحسن بن علي، السلام عليك يا مولاي يا أبا القاسم محمد بن الحسن صاحب الزمان صلى الله عليك وعلى عترتك الطاهرين الطيبين ... ).

((Salam atasmu, Wahai Rasulullah! Salam atasmu wahai Nabi Allah ... Salam atasmu, Ya Maulai, ya Amir Al-Mukminin, ... Salam atasmu, wahai Fatimah Al-Batul. .. (kemudian itu menyebut mengucapkan salam kepada semua imam sehingga ia sampai pada .. Salam atasmu, Wahai Aba Muhammad Al-Hassan bin Ali, Salam atasmu, Ya Maulai, ya Aba Al-Qasim Muhammad bin Al-Hassan, Shohib AL-Zaman, Selawat Allah atasmu dan atas ‘Itrah yang disucikan lagi yang terbaik ...).

Al-Syeikh Majid Al-Zubaidi telah menyebut dalam Kitab::. 500 Soal Jawab Haula Al-Mahdi (as), hal 14, dalam jawapan yang ditunjukkan kepada soalan mengenai nama-nama, ungkapan-ungkapannya dan gelarannya (as) beliau berkata: ((nama-nama dan ungkapannya (as) ada banyak, ia telah disebut oleh Al-Syeikh Al-Marhum Tsiqah Al-Islam Al-Nuri (rahimahu Allah) dalam Al-Najm Al-Tsaqib sebanyak seratus delapan puluh dua nama-nama baginya (as) dan disebut sebahagian daripadanya: Baqiah Allah, Al-Hujjah, Al-Khalaf, Al-Khalaf Al-Shalih, Al-Syarid, Al-Gharim, Al-Qaim, M H M D (م ح م د), Al-Mahdi, Al-Muntadzar, Maa’ Al-3ain, ...... .)).


Dan dari Al-Fadhil, dari Abi Abdillah (as): (...karena sesungguhnya yang menriwayat-riwayatkan dan menunjukkannya kepada kami dan menasabkan, memanggil dan menggelarkan kami dan memberi nama kepada kami adalah oleh datuknya Rasulullah (S) dan nama panggilannya, supaya orang-orang mengatakan apa yang kami kenalkan bagi namanya dan bukan nama gelarannya dan bukan nama nasabnya:, Dan Allah membenarkan penjelasannya pada namanya dan nama gelarannya dengan lidah-lidah mereka sehingga sebahagian mereka atas sebahagian yang lain memanggilnya yang semuanya itu untuk memperbesarkan Al-Hujjah kepada mereka dan kemudian Allah memenangkannya seperti yang dijanjikan oleh datuknya (S)...) [13] -
    
Dan dari Muhammad bin Musa bin Al-Mutawakkil, dari Abdullah bin Ja’far Al-Himyari, dari Muhammad bin Ibrahim Al-Kufi Bahawa Aba Muhammad Al-Hasan bin Ali Al-‘Askari (as) telah menghantar sebahagian (daging) domba betina yang disembelih untuk menamakannya dan berkata: (Ini dari aqiqah anakku Muhammad). [14]

Dan darinya, dari Al-Himyari dari Muhammad bin Ahmad Al-‘Alawi, dari Abi Ghanim Al-Khadim, katanya Anak kepada Abi Muhammad (as) dilahirkan lalu dinamakan Muhammad dan mengizinkan sahabat-sahabatnya pada hari ketiga dan berkata: (Ini adalah Pemilik kamu selepasku dan penggantiku kepada kamu dan dia adalah Al-Qaim.) [15]


Dan dari Muhammad bin Muhammad bin 3ishnam, dari Muhammad bin Ya’kub Al-Kulaini, dari 3allan Al-Razi, dari sebahagian sahabat-sahabat kami, Sesungguhnya apabila hamil jariah Abi Muhammad (as), beliau berkata: (Akan berbadan dua (hamil) seorang anak lelaki dan namanya adalah Muhammad dan dia adalah Al-Qaim selepasku). [16]

Dari Abi Nadhrah, dari Abi Ja’far (as) dari Jabir bin Abdullah dari Fatimah (as) bahawa terdapat bersamanya lembaran dari mutiara di dalamnya terdapat nama-nama para Imam dari anak-anaknya lalu dia membacanya hingga kepada kata: (Abu Al-Qasim Muhammad bin Al-Hasan Hujjah Allah atas penciptaanNya, ibunya jariah yang bernama Narjis.) [17]

Dari Jabir, dari Abi Ja’far (as) dari Jabir bin Abdullah (Sesungguhnya dilihat di hadapan Fatimah (as) papan (Lauh) yang hampir cahayanya menutup mata padanya terdapat dua belas nama, dia berkata, lalu aku bertanya, nama-nama siapakah mereka itu? Baginda menjawab: nama-nama para washi: pertama dari mereka anak bapa saudaraku dan sebelas orang dari anak-anakku dan yang terakhir dari mereka adalah Al-Qaim. Jabir berkata: Aku melihat Muhammad Muhammad Muhammad pada tiga tempat dan Ali, Ali, Ali, Ali, pada empat tempat). [18]

--------------------------------
[12] Ghaibah Al Thusi hal 107
[13] Bihar Al-Anwar: J 53 hal 3.
[14] Wasail Al-Syi'ah J 16 hal 243. H 15.
[15] Wasail Al-Syi'ah J 16 hal 243. H 16.
[16] Wasail Al-Syi'ah J 16 hal 243. H 17.
[17] Wasail Al-Syi'ah J 16 hal 243. H 18.
[18] Wasail Al-Syi'ah J 16 hal 243. Dan diriwayatkan juga di dalam 3uyun Al-Akhbar.



Dari Al-Mufadhdhal bin ‘Umar, dia berkata: Aku masuk bertemu Al-Shadiq (as), lalu aku berkata: Kalaulah diamanahkan kepada kami Pengganti selepas tuan. Beliau berkata: (Imam selepasku anakku Musa dan Pengganti yang diharapkan lagi ditunggu adalah Muhammad bin Al-Hasan bin Ali bin Muhammad bin Ali bin Musa) [19]

Dan diriwayatkan dari Ibn Babawaih, dari Muhammad bin Ibrahim bin Ishaq Al-Thalaqani, dari Abi Ali Muhammad bin Hammam dari Muhammad bin ‘Utsman Al-‘Amri daripada bapanya, dari Abi Muhammad Al-Hasan bin Ali (as) dalam khabar yang diriwayatkan dari bapa-bapanya (as) (bahawa bumi tidak akan kosong tanpa Hujjah bagi Allah terhadap makhluk ciptaanNya dan bahawa sesiapa yang mati dan tidak mengenal Imam Zamannya matinya adalah mati jahiliyah, lalu beliau berkata: ini adalah hak dan haknya terang seperti siang hari, Lalu ada yang bertanya: Wahai anak Rasulullah! Siapakah Al-Hujjah dan Imam selepas engkau? Beliau berkata: Anakku Muhammad adalah imam dan Al-Hujjah selepasku, sesiapa yang mati dan tidak mengenalnya matinya adalah mati jahiliyah)) [20]

Riwayat-riwayat ini dan riwayat-riwayat lain menjelaskan nama Imam Mahdi (as) Muhammad bin Al-Hasan. Ia menimbulkan tanda tanya tentang sebab di sebalik kenyataan itu dilarang di tempat lain. kita katakan bahawa larangan itu dijelaskan adalah untuk melindungi Al-Imam daripada taghut penzalim daripada Bani Al-Abbas dan lain-lain, dan dia adalah terhad kepada tempoh tertentu sehingga apabila cukup masa untuk melupakan tokoh imam atau menghilangkannya dari ingatan,

Dan dengan itu berakhirlah usaha yang dikuatkuasakan oleh taghut penzalim.. kita perlu untuk memperakui penolakan riwayat-riwayat ini menghilangkan larangan (yang disahkan oleh banyak riwayat-riwayat) pada menyatakan nama bagi Imam Mahdi (as),
Dan jika riwayat-riwayat yang membatalkan larangan itu banyak dari riwayat-riwayat yang menjelaskan, apakah makna riwayat-riwayat yang menentukan tempoh larangan sehingga kezuhuran dan tidak membenarkan dijelaskan (nama) semasa tempoh keghaiban. dan dengan itu kita tepu (dipenuhi) dengan pengumuman yang bercanggahan dengan nama di sepanjang tempoh keghaiban yang tiada siapa boleh menafikannya.

Riwayat-riwayat berikut ini menghadkan penjelasan (nama) hanya pada masa kezuhuran sahaja:

Dari Abi Ja’far (as): (Umar Bin Al-Khathab bertanya Amirul Mukminin (as), beliau berkata: Khabarkan padaku mengenai Al-Mahdi apa namanya Ia (as) berkata:

أما إسمه فإن حبيبي عهد إلي أن لا أحدث به حتى يبعثه الله)

Adapun mengenai namanya, kekasihku amanahkan padaku supaya aku tidak menyebutnya sehingga Allah mengutusnya) [21]

Ia bermaksud bahawa Namanya akan muncul dan boleh diucapkan selepas dia diutus, dan tidak dibenarkan sebelum diutus untuk mengumumkan mengenai dirinya.

-------------------------------------
[19] Wasail Al-Syi'ah J 16 hal 246. H 22.
[20] Wasail Al-Syi'ah J 16 hal 246 h 23.
[21] Bihar Al-Anwar: J 51 hal 36.


Daud bin Al-Qasim Al-Ja’fari dari Abi Ja’far (as) dalam satu hadits Al-Khadhir (as), Bahawa beliau berkata: (dan aku bersaksi kepada seorang lelaki dari anak Al-Hassan yang tidak dinamakan dan tidak ada nama gelaran sehingga zahir urusannya, Dia akan memenuhi dengan keadilan sebagaimana (sebelumnya)i ia dipenuhi dengan penindasan, Bahawa dia adalah Al-Qaim dengan urusan Al-Hassan bin Ali (as).) [22]

Dan dari Abi Jafar (as), beliau berkata :(dan aku bersaksi kepada seorang lelaki dari anak Al-Hassan, ia tidak dinamakan dan tidak ada nama gelaran sehingga zahir urusannya, Dia akan memenuhi dengan keadilan sebagaimana (sebelumnya) ia telah dipenuhi dengan penindasan...) [23]

Ini adalah untuk menekankan bahawa ia tidak dinamakan dan tidak ada nama gelaran sehingga zahir urusannya, membawa kita kembali kepada soalan yang sama: Apakah Imam Mahdi (as) sekarang dan sebelum ini tidak dinamakan dan tidak ada nama gelaran?

Tiada jalan keluar dari halangan ini dan tidak ada penentu bagi riwayat-riwayat mutasyabihat (samar) melainkan memperimbangkan yang dimaksudkan dengan Al-Qaim dalam riwayat-riwayat itu ada dua orang, bukan seorang, yang pertama adalah yang dicegah menyatakan namanya dalam tempoh parah yang berbahaya semasa keghaiban kecil, dan mungkin pada permulaan keghaiban besar, kemudian larangan ini dibubarkan secara beransur-ansur atau diberi kelonggaran
:

Dari Ali bin ‘Asim Al-Kufi berkata, keluar untuk perakuan Shohib Al-Zaman (as) ((Terkutuklah. Terkutuklah orang yang memanggilku dalam perhimpunan manusia)) [24] Larangan yang terkandung dalam perakuan yang tidak mutlak, tetapi hanya terhad pada perhimpunan awam seperti yang dijelaskan.

Juga, Al-Syed Mahdi Bihar Al-3ulum, Shahib Al-Karamat Wa Al-Muqamat Fi Al-Fawaid Al-Rijaliyah J 3 hal 136 membawa satu keteranganan pada riwayat Ali bin Muhammad Al-Samari dari Imam Mahdi (as), yang berbunyi seperti berikut ((Aku berkata, Ya tuan, kami telah riwayatkan dari syeikh-syeikh kami bahawa ia adalah riwayat dari Shohib Al-Amr (as) Sesungguhnya beliau berkata apabila berlaku urusan Al-Ghaibah Al-Kubra selsiapa yang melihatku selepas keghaibanku telah berdusta, Jadi bagaimana kamu dapat melihatnya? katanya, Kamu benar, bahawa dia (as), sesungguhnya berkata bahawa pada masa itu ada banyak musuh-musuh Ahl Baitnya dan mereka yang lain dari firaun Bani Al-Abbas, sehingga orang-orang Syiah dicegah antara satu sama lain daripada bercakap dengan menyebutnya. Pada masa ini tempoh masa yang panjang dan musuh-musuh berputus asa dan negara kita jauh dari mereka dan dari penindasan mereka, Dan dengan keberkatannya (as) tiada musuh yang sampai kepada kita)) [25]

Mungkin terdapat hilangnya perakuan-perakuan yang dikeluarkan oleh Imam Mahdi (as) dalam tempoh keghaiban kerana ditarik balik larangan ke atas kebenaran sehingga kini dibenarkan ke tahap terang-terangan ini mutlak sepenuhnya, Jika ada yang mendakwa bahawa ini tidak dibenarkan, umat itu akan dikutuk secara keseluruhan, seperti yang dijelaskan oleh riwayat-riwayat.

Jadi riwayat-riwayat yang digalakkan untuk menjelaskan itu tidak dihadkan tempoh masa yang dikhaskan kepada Imam Mahdi, Muhammad bin Al-Hasan (as), yang merupakan hasil yang dikhaskan kepada tempoh sebelum keghaiban, dan tidak kepada seluruh keghaiban. Ada pun riwayat-riwayat yang selebihnya yang menghalang untuk menjelaskannya sehingga mengumumkan kezuhuran dikhaskan kepada Mahdi pertama (as). yang diawali kezuhurannya adalah kezuhuran bapanya Imam Mahdi (as), dan terdapat tanda-tanda jelas yang diikut oleh Mahdi pertama (as) dengan dua belas imam-imam (as) dan yang disediakan oleh mereka menjadikan supaya dibenarkan memanggil Al-Mahdi, atau Al-Qaim tidak pernah datang dari kosong selamanya, tetapi ia adalah rahsia dari rahsia-masa zaman kezuhuran yang telah tersembunyi selama berabad-abad dari semasa ke semasa sehingga sampai waktunya, walaupun riwayat-riwayatnya dipertimbangkan di kalangan manusia, tetapi tanpa mendapat perhatian oleh sesiapa pun.

Dari Abi Ja’far (as): "Dua belas imam dari keluarga Muhammad (as) semuanya juru bicara dari anak-anak Rasulullah (S) dan dari anak-anak Ali, Rasulullah (S) dan Ali (as) kedua-duanya adalah bapa-bapa mereka ...") [26] Adalah diketahui bahawa imam-imam dari keturunan Ali bin Abi Talib (as) semuanya sebelas orang, siapakah yang ke-12 untuk mencukupkannya?

Amirul Mukminin (as) berkata: (... Sesungguhnya bagi umat ini ada dua belas orang Imam Petunjuk dari keturunan Nabinya, dan mereka dariku ...) [27] Di sini kita ada masalah yang sama, Amirul Mukminin (as) bukan dari zuriat Rasulullah (S), Jadi bagaimanakah Al-Rasul (S) boleh menjanjikan mereka semua seramai dua belas orang?


Dan dari Abi Ja’far (as) Rasulullah (S) bersabda: (Sesungguhnya Aku dan 12 dari anak-anak ku, dan kamu ya Ali adalah penyeimbang (paksi) bumi ini, iaitu pasak-pasak dan gunun-gunungnya, dengan kita Allah memasakkan bumi agar ia tidak musnah bersama penghuninya, jadi jika 12 dari anak-anakku menghilang, bumi ini akan musnah bersama penghuninya dan tidak kelihatan lagi.) [28] di sini, juga, tidak boleh sama sekali dianggap Ali (as) anak dari Rasulullah (S) maka di sini juga tidak termasuk dalam kiraan dua belas orang.

Dan dari Rasulullah (S): (dari anak-anakku ada dua belas orang ketua yang unggul sebagai juru bicara yang memberi petunjuk, yang terakhir dari mereka Al-Qaim, Dia akan memenuhi dengan keadilan sebagaimana (sebelumnya) ia telah dipenuhi penindasan) [29]

Riwayat-riwayat dalam hal ini, terlalu banyak, saya
pendekkan sebahagian darinya untuk meringkaskannya dan supaya ansar-ansar mengambilnya untuk kajian  khusus, Maka sesiapa yang inginkan yang lebih terperinci sila rujuk Kitab saya: Al-Yamani Hujjah Allah, Al-Mahdi Wa Al-Mahdiyin Fi Al-Quran Wa Al-Sunnah).


---------------------------------------
[22] Wasail Al-Syi'ah J 16 hal
238.
[23] Wasail Al-Syi'ah J 16 hal 238.
[24] Wasail Al-Syi'ah J 16 hal 242.
[25] Bihar Al-Anwar: J 52 hal172.
[26] Al-Kafi J 1 hal 532.
[27] Al-Kafi J 1 hal 532.
[28] Al-Kafi J 1 hal 534.
[29] Syarah Ushul Al-Kafi oleh Al-Mazindrani J 7 hal 373.


Hasil Paksi Pertama

Hasil yang kita capai dari paksi ini yang khusus kami teliti adalah untuk menjauhkan dari riwayat-riwayat yang menggalakkan larangan secara muktamad dari menyebut nama Imam sehingga ia zuhur dan di sisi lain untuk menjauhkan dari riwayat-riwayat yang menyebutkan nama dan nama gelarannya dengan jelas dan secara langsung sejak zaman para Imam (as) dan jalan keluar dari konflik ini adalah bahawa Al-Mahdi yang tersembunyi itu adalah Mahdi Pertama yang akan membuka jalan (membuat persediaan) bagi kezuhuran bapanya. dan dia adalah Al-Yamani yang dijanjikan dan hanya penyelesaian ini sahaja yang menghilangkan keraguan dan konflik tersebut ..

Tujuan dari simbolik (perlambangan) ini bagi peribadi ini adalah dia perlu mempersiapkan proses kezuhuran kerana dia memulakannya dengan keseluruhan perlaksanaan dan pesiapan asas dan ini adalah barisan pertama yang dihadapinya dan tugas berat dan terbesar pada memulakan pengisytiharan kezuhuran, bagaimana cara untuk melindunginya tanpa simbol (perlambangan) dalam khabar (hadits) mengenainya, dengan itu Ahl Al-Bait (as) menggunakan simbol (binatang bumi, yang muncul di timur, bintang pagi dan seorang lelaki dari Bani Hashim, Al-Yamani dan Pemegang panji-panji hitam dan banyak lagi yang lain-lain) untuk menggambarkan sebagai tokoh bebas dari Imam Mahdi dan digunakan (Al-Mahdi dan Al-Qaim) untuk merujuk pada kedudukab lain. Oleh itu mereka menetapkan pendamping untuk menggunakan gelaran (ungkapan) biasa bersama Imam al-Mahdi (as) untuk persediaan.. Jadi ia tidak mendedahkan rahsia dan tidak boleh membuat kesimpulan dan menghalang mereka terhadapnya dengan memasang jalan yang kukuh pada peribadi tersembunyi dan memperlihatkan apa yang mereka tidak ketahui kepada yang umum dan disertakan
dengan gangguan itu.

Diriwayatkan dari Malik Al-Jahni katanya, Aku berkata kepada Abi Ja'far (as): (Sesungguhnya disifatkan kepada pemilik urusan ini dengan sifat yang tiada dimiliki oleh seorang manusia pun. Beliau (as) berkata: (Tidak, Demi Allah, ia tidak dijadikan sebegitu rupa, sehinggalah dijadikan untuk menghalang kalian yang dengannya dia menyeru kalian kepadanya) [30]


--------------------------
[30] Ghaibah Al-Nu3mani hal 377..



Sabtu, 4 November 2017

Keperluan Merahsiakan Di Sekitar Peribadi Yang Membuat Persiapan Memerlukan Simbol (Perlambangan)

Binatang Bumi dan Yang Muncul Timur

Bab I

Keperluan Merahsiakan Di Sekitar Peribadi Yang Membuat Persiapan Memerlukan Simbol (Perlambangan)

Menyebut riwayat-riwayat yang dikhususkan mengenai masa kezuhuran yang suci banyak terdapat peribadi-peribadi yang mengiringi proses kezuhuran dan yang mempunyai kesan yang besar pada kita dalam perbahasan ini adalah untuk mengenal pasti ciri-ciri peribadi-peribadi tersebut dan meletakkan mereka di atas penyelidikan ilmiah yang panjang, dan menyingkirkan kesamaran dan kekeliruan yang menyelubungi peribadi-peribadi tersebut selama beratus-ratus tahun, dan sudah tiba masanya untuk kita menyingkap hakikat-hakikatnya, dan dengan izin Allah SWT untuk sesuatu ilmu yang besar dengan zahirnya cahaya itu, marilah kita mulakan kerja-kerja menegakkan Daulah
keadilan ilahi ..., Mudah-mudahan akan diperlihatkan peribadi-peribadi yang dimaksudkan tersebut dengari zuhurnya peribadi yang membuat persediaan yang pertama iaitu Al-Yamani, demi kepentingannya, kebesarannya dan menjadi hujjah ke atas manusia, disebabkan penjelasan riwayat-riwayat dalam pengertian ini tidak dapat dinafikan oleh yang bersetuju atau yang menentangnya. .
. ..

Ungkapan-ungkapan atau nama-nama yang dibincangkan yang ditulis bagi peribadi-peribadi tersebut dalam tempoh persediaan kezuhuran suci ini ada terlalu banyak, seperti (Al-Yamani, Dabbah Al-Ardh (binatang bumi), Al-Khurasani, Thala3a Al-Masyriq, seorang lelaki dari Ahl Al-Bait, dan Al-Hasani dan bintang (Al-Najm), planet (Al-Kawakib), bulan, bulan sabit, komet, bintang pagi atau meteor, dan banyak lagi yang lain..... dan sebagainya).


Untuk menyelidiki keperibadian ini dan untuk mengenal pasti perbezaan di antara mereka, penyelidikan harus memberi tumpuan kepada satu titik penting yang akan menjadi permulaan penyelidikan, dan hal ini menjadi jelas dalam soalan berikut:

Adakah riwayat-riwayat tersebut menggunakan simbol-simbol merujuk kepada beberapa peristiwa dan keperibadian, atau penyampaiannya mudah difahami dan tiada kesamaran??

Untuk menjawab soalan ini, kita mesti melihat kepada butiran-butirannya dan tidak ada cara lain untuk menjawabnya. Kerana butiran-butiran dalam proses kezuhuran amat luas dan rencam disebabkan ia adalah khusus kepada peringkat masa dan sejarah hebat dipenuhi dengan peristiwa-peristiwa dan perselisihan besar yang akan mengubah wajah kemanusiaan, dan peristiwa-peristiwa ini tidak dikhususkan pada tempat tertentu, tetapi di seluruh dunia. Tambahan pula penentu kepada kejayaan rancangan bagi kezuhuran itu diperolehi dari sebab-sebab yang ghaib dan ketuhanan dan untuk mengetahui rahsia-rahsia sepenuhnya adalah sesuatu yang mustahil. ..

Jadi pengetahuan semua pembolehubah dan percanggahan yang mungkin membayangkan bahawa ia menemani butiran kezuhuran adalah mustahil juga. Kerana manusia biasa tidak mengetahui pengetahuan Ahl Al-Bait (as), oleh itu jadilah perbincangkn butir-butir yang dimaksudkannya hanyalah secara umum dan di sekitar pemahaman yang sahih dari riwayat-riwayat tersebut. Tidak seharusnya ada percanggahan pada riwayat-riwayat lain dan sevovok dengan kefahaman riwayat-riwayat lain.
Dan hendaklah menjadikan riwayat-riwayat yang mugkam (jelas) iaitu pemahaman yang jelas mengikut kaidah
untuk pergi kepada pemahaman riwayat-riwayat yang lain yang mutasyabihat (samar) untuk dimuhkamkan (menjadi jelas) .. Kami akan memilih sebahagian pembicaraan yang menzahirkan pengertian pendua dan tidak boleh dalam apa jua keadaan dianggap ia bermaksud sebagai satu makna untuk membuktikan bahawa riwayat-riwayat mempunyai pedekatan simbolik (perlambangan) sebagai petunjuk secara tidak langsung dan tanpa sebarang keraguan ...

Apabila pemahaman kita mengenai riwayat-riwayat hanya pada zahir, anda tidak akan dapat memahami sesuatu, bahkan akan membawa kepada penolakan sebahagian besar riwayat-riwayat kezuhuran jika tidak dibawakan kesemuanya, selaras dengan peraturan yang berkuat kuasa sebagai asas (jika riwayat-riwayat bercanggah ia akan digugurkan), Maknanya adalah riwayat-riwayatnya ditolak, begitu juga terdapat jalan keluar untuk memahami yang diambil dari apa yang meletakkan Al-Syed Ahmad Al-Hassan (as) melalui bantahannya terhadap orang-orang Islam bahawa dia adalah Al-Yamani dan Mahdi pertama, dan penjelasan yang disertakan untuk mengesahkannya, ada terlalu banyak, untuk memahamkan ia adalah suatu kepentingan bukannya maklumat sebagai petunjuk, seperti Al-Yamani, Al-Khurasani Al-Shaihah, Al-Dajjal dan lain-lain; Jadi ia diambil dari riwayat-riwayat itu jika ia secucuj dengan Al-Quran dan Al-Sunnah.


Pemahaman umum lebih utama dari meninggalkannya.. Ini juga merupakan kesepakatan umum (himpunan riwayat-riwayat adalah lebih baik daripada menggugurkannya), apatah lagi ada peringatan mengenai penolakan riwayat-riwayat:

عن أبي جعفر (ع) : ( أما والله إن أحب أصحابي إلي أورعهم وأكتمهم لحديثنا، وأن أسوأهم عندي حالاً وأمقتهم إلي الذي إذا سمع الحديث ينسب إلينا ويروى عنا فلم يعقله ولم يقبله قلبه إشمأز منه وجحده وكفَّر بمن دان به وهو لا يدري لعل الحديث من عندنا خرج وإلينا أسند فيكون بذلك خارج عن ولايتنا)[1]

Dari Abu Jafar (as): (Demi Allah, mereka yang paling buruk perlakuannya di sisiku dan paling dibenci adalah mereka yang apabila mendengar sesuatu hadits yang dinisbahkan kepada kami dan diriwayatkan daripada kami yang tidak bersesuaian dengan akalnya, maka dibencinya, ditentangnya dan mengkafirkan mereka yang berpegang dengannya. Sedangkan dia tidak mengetahui bahawa hadits itu memang dikeluarkan dari sisi kami dan disandarkan kepada kami, maka dengan demikian dia telah terkeluar dari wilayah kami.) [1]

عن سفيان بن السمط، قال: قلت لأبي عبدالله (ع) (جعلت فداك، يأتينا الرجل من قبلكم يُعرف بالكذب فيحدث بالحديث فنستبشعه، فقال أبو عبدالله (ع): يقول لك أني قلت الليل أنه نهار والنهار أنه ليل؟ قلت لا، قال (ع) : فإن قال لك هذا إني قلته فلا تكّذب به فإنك إنا تكذبني)

Dari Sufian bin Al-Simath katanya: Aku berkata kepada Abi Abdillah (as) (Semoga aku menjadi tebusan tuan, kami didatangi seorang lelaki yang dikenali dengan berdusta, lalu berbicara tentang suatu hadits, maka kami menganggapnya sebagai jelik. Maka berkata Abu Abdillah (as): Dia berkata kepada kamu bahawa aku berkata sesungguhnya malam itu adalah siang dan siang adalah malam? Aku berkata: Tidak. Berkata (as): Jika dia telah berkata sebegini kepada kamu  bahawa aku telah katakannya, maka janganlah kamu mendustakannya dan sesungguhnya kamu seolah-olah sedang mendustakan aku) [2]

Di dalam hadits, beliau (as) berkata:

"Bukankah aku telah menceritakan kepada kamu?" Aku berkata, "Ya.” Dan beliau (as) berkata, "Maka adakah dikatakan sesungguhnya malam itu adalah siang dan siang adalah malam." Aku berkata: tidak. Beliau berkata: maka kembalikanlah ia kepada kami, maka (dikhuatiri) jika kamu mendustakannya, kamu mendustakan kami) [3]

عن أبي  عبد الله (ع) :(لا تكذبوا الحديث أتاكم به مرجئ ولا قدري ولا خارجي نسبه إلينا، فإنكم لا تدرون لعله شيء من الحق فتكذبون الله عز وجل فوق عرشه)

Dari Abi Abdillah (as) katanya: "Jangan kalian dustakan hadits apabila datang kepada kalian seorang Murji’, Qadari, dan Haruji yang menisbahkannya kepada kami. Itu karena kalian tidak mengetahui barangkali hadits itu termasuk kebenaran sehingga (ketika kalian mendustakannya) kalian mendustakan Allah di atas ‘Arasy-Nya”) [4]

Dan untuk menjalankan penyelidikan mengikut pendekatan ini, yang diseru oleh Ahl Al-Bait (as), kita akan mengikuti dan menumpukan pada keperibadian penyedia peringkat pertama dan apa yang meliputinya dari tersembunyi dan simbolik (perlambangan) dalam menyampaikan dan dalam  bentuk yang disahkan dan tentunya tidak menerima keraguan melalui beberapa paksi:

Paksi pertama: Nama dan gelaran.
Paksi Kedua: Sifat-sifat.
Paksi Ketiga: Keterangan proses kezuhuran.


------------------------              
[1] Bihar Al-Anwar: J 65 hal 176..
[2] Mukhtashar Bashair Al-Darajat hal 76
[3] Mukhtashar Bashair Al-Darajat hal 77
[4] Mukhtashar Bashair Al-Darajat hal 77




Khamis, 2 November 2017

Muqaddimah

Dabbah Al-Ardh  dan Thala3a Al-Masyriq

بِسْمِ اللَّـهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasihani


الحمد لله رب العالمين وصلى الله على محمد وال محمد الائمة والمهديين وسلم تسليما كثيرا...


Segala puji tertentu bagi Allah Tuhan sekelian alam, selawat Allah ke atas Muhammad dan dan Aali Muhammad, para Imam dan Mahdi-mahdi dan salam pengiktirafan s banyak-banyaknya ...


Selepas semua itu,

Kitab ini membincangkan sebahagian dari apa yang dinyatakan dalam kitab-kitab hadits dari simbol-simbol dan nama-nama yang digunakan oleh Ahl Al-Bait (as) untuk merujuk kepada peribadi yang membuka jalan kepada kezuhuran Imam Mahdi (as) Tidak lain dia adalah Yamani (orang kanan) Imam Mahdi (as) dan menyingkap kesamaran yang menyelubungi nama-nama teraebut selama berabad-abad, seperti nama – ungkapan - Dabbah Al-Ardh (binatang bumi) dan ungkapan Thala3a Al-Masyriq (Thala’a Al-Masyriq) dan lain-lain ungkapan, ketika memberi pertimbangan pada ungkapan pertama Amirul Mukminin (as) dan ungkapan yang kedua bagi Imam-Mahdi (as) dan kebenarannya kebanyakannya dengan rujukan dan hakikat yang tidak lengkap, dan saya tidak mendakwa bahawa saya sendiri boleh menyingkap simbol-simbol ini, tetapi ia adalah berkat kurniaan Allah dan bimbingan Al-Syed Ahmad Al-Hassan, yang memberi kita kunci-kunci dan cara untuk memahami riwayat-riwayat dan membukakan kepada kita sebahagian rahsia-rahsianya sehingga terbuka kepada kita cara untuk melibatkan diri dalam riwayat-riwayat Mutasyabihat itu yang tidak dapat dihuraikan oleh para ulama di sepanjang zaman ... dan saya memohon ampun kepada Allah atas kelemahan saya dalam usaha yang sederhana ini dan memohon maaf kepada tuan dan maula kita, Imam Mahdi dan washinya (semoga mereka mendapat selawat dan salam Tuhanku) dan kepada orang-orang mukmin apa-apa yang tidak tepat atau cacat atau kesilapan dalam kajian yang sederhana ini dan sempga Allah jadikannya kerja ikhlas semata-mata kerana WajahNya Yang Maha Mulia dan Yang Sungguh Mulia limpahan WajahNya dalam menerima Doa..Wa Al-Hamdu Lillahi Wahdah.

Ahmad Hathab






Terbitan Ansar Imam Mahdi (as) Bil. / 74




Binatang Bumi dan Muncul Timur

Terjemahan dari Kitab
)دابة الأرض وطالع المشرق(

Ditulis Oleh


Al-Ustaz Ahmad Hathab


Cetakan kedua
(2011 M - 1432 H)


Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Seruan (Dakwah) Al-Syed Ahmad Al Hassan, Anda boleh layari lelaman berikut::










Dihadiahkan

Kepada Penghulu penciptaan,
Muhammad, semoga selawat dan salam Allah ke atas baginda dan ke atas Ahl Bait baginda
Para Imam dan Mahdi-mahdi
Dan kepada mereka yang utama daripada yang awal dan yang akhir hingga untuk Hari Penghakiman.

Terimalah wahai tuan hasil kerja dan usaha sederhana ini
sebelum kedatangan Al-Qaim (as)


Dengan pengakuanku
yang serba kurang ...





Sebelum ۩ Kandungan ۩ Selepas

Selasa, 31 Oktober 2017

Kesimpulan (PERANG kHAZANAH)



Risalah dalam Hadits [Khalifah Allah Al-Mahdi]
Point ketujuh:

Selepas kita mengetahui mengenai petunjuk panji-panji hitam yang merupakan  firqah (golongan) kebenaran yang mendapat pertolongan Allah, dan ia adalah panji-panji hitam yang kelak akan datang dari timur dan yang akan melibatkan sebahagian besar pertempurannya di negara-negara Arab, Inilah yang dinashkan oleh Nabi Muhammad (S): (Kemudian akan muncul panji-panji hitam dari arah Timur, maka mereka memerangi kamu dengan perang yang belum pernah dialami oleh suatu kaum), Maka Nabi (S) bersabda: (maka mereka memerangi kamu), baginda memperkatakan tentang umat Islam pada masa tersebut, tetapi ini tidak bermakna panji-panji hitam hanya datang dari timur atau dari yang bukan Arab sahaja, dan ini juga tidak bermakna panji-panji hitam akan memerangi semua orang-orang Arab, bahkan apa yang saya lihat dari hadits ini dan hadits-hadits lain, yang menjadi tujuan asas bagi panji-panji hitam adalah menolong Imam Mahdi (as) dan memerangi Al-Sufyani dan tenteranya yang akan keluar diar Syam (Syria) dan yang akan membendung malapetaka di bumi, sehingga merosakkan banyak negara-negara Arab dalam bentuk yang sangat menakutkan, dan sudah tentu pada kenyataannya bahawa gerakan ini tumbuh dan berkembang di negara-negara Arab yang akan disusuli dalam bidang agama dan politik yang meliputi di bawahnya banyak penciptaan oleh orang-orang Arab, dan ini akan menjadikan permusuhan lebih dahsyat terhadap panji-panji hitam penyokong Al-Mahdi dari orang-orang Arab yang menyeleweng dari perjalanan kuasa-kuasa dunia yang memusuhi Islam Al-Muhammadi (seruan Muhammad) yang asal.

[127b]

Telah dinashkan dalam hadits-hadits bahawa terdapat ansar dari Iraq, Syam dan Mesir... ini di samping memelihara hak negeri-negeri Farsi yang menyokong Imam Mahdi (as) dan peranan mereka dalam penyediaan dimana mereka mempunyai bahagian yang besar dalam penyediaan negara keadilan ilahi (Daulah AL-‘Adil Al-Ilahi).

 Point Kelapan:

Apakah dia khazanah (Al-Kanz) itu, dan tiga anak-anak Khalifah yang tersembunyi, dalam sabda baginda (S): (Ada tiga pihak akan berperang pada khazanah kamu. kesemuanya anak-anak Khalifah Kemudian tidak seorang pun dari yang berjaya), ini tidak dapat diambil kira dengan pasti, seperti yang terdapat di dalam teks mengenai perkara ini.

Ya .. ada disebutkan di dalam sebahagian hadits khazanah Ka’bah, dan juga ada disebutkan khazanah Furat. Khazanah Ka’bah dikatakan sebagai salah satu hadiah yang disampaikan kepada Ka’bah, dan dikatakan khazanah itu ditanam dalam perigi di tengah-tengah Ka’bah, ia mungkin menjadi tujuan khazanah Ka’bah, salah satu darinya atau kedua-duanya, atau tujuan-tujuan lain, Hadits itu tidak menjelaskan apa sebenarnya khazanah Ka’bah. Bagi khazanah Furat ada hadits-hadits yang menyatakan bahawa Sungai Furat akan mengering hingga kelihatan khazanah atau gunung emas, dan ia akan menjadi pertempuran yang dahsyat.

Kami akan bawakan hadits-hadits khazanah Furat beserta dengan ulasannya, dan kemudian akan menyebutkan pula khazanah Ka’bah:

Dikeluarkankan oleh Bukhari di dalam sahihnya J 8 hal 100 -101: dari Abi Hurairah, katanya: Rasul Allah (S) bersabda:

(يوشك الفرات أن يحسر عن كنز من ذهب فمن حضره فلا يأخذ منه شيئا)

(“Hampir tiba masanya, Sungai Furat akan surut menyingkapkan khazanah emas. Siapa yang menghadirinya, janganlah mengambilnya sedikitpun.”).
                  
Muslim meriwayatkan dalam Shahihnya J 8 hal 175: dari Abu Hurairah berkata: Rasul Allah (S) bersabda:

(يوشك الفرات أن يحسر عن جبل من ذهب فمن حضره فلا يتخذ منه شيئا).

(“Hampir tiba masanya, Sungai Furat akan surut menyingkapkan khazanah gunung emas. Siapa yang menghadirinya, janganlah mengambilnya sedikitpun.”

Dan dikeluarkankan juga dalam Shahihnya J 8 hal 74: Dari Abu Hurairah bahawa Rasulullah (S) bersabda:

(لا تقوم الساعة حتى يحسر الفرات عن جبل من ذهب يقتتل الناس عليه فيقتل من كل مائة تسعة وتسعون ويقول كل رجل منهم لعلي أكون أنجو].

“Kiamat tidak akan terjadi sehingga sungai Furat surut menyingkapkan gunung emas, kerananya orang-orang akan berperang, sehingga dari setiap seratus orang akan terbunuh sembilan puluh sembilan orang. Setiap orang dari mereka mengatakan, “Mudah-mudahan, akulah orang yang selamat itu.


[128]



Dan dikeluarkankan juga dalam Shahihnya J 8 hal 175: Dari Abdullah bin Al-Harits bin Naufal, katanya, aku berdiri di samping Ubai bin Ka’ab, dia berkata: Manusia tidak akan berbeza belenggu di leher mereka dalam mencari dunia aku berkata, sungguh benar! Dia juga berkata, sungguh benar!, Ubai berkata, Aku mendengar Rasulullah (S) bersabda:

(يوشك الفرات ان يحسر عن جبل من  ذهب فإذا سمع به الناس ساروا إليه فيقول من عنده لئن تركنا الناس يأخذون منه ليذهبن به كله قال فيقتتلون عليه فيقتل من كل مائة تسعة وتسعون(.

(“Hampir tiba masanya, sungai Furat surut menyingkapkan gunung emas. Jika orang-orang mendengar hal itu, mereka berjalan ke sana. Maka orang-orang yang ada di sana mengatakan, “Jika kita membiarkan orang-orang mengambilinya, mereka pasti akan mengambil seluruhnya,” Baginda bersabda, “Maka, mereka bertempur di atasnya, sehingga setiap seratus orang terbunuh sembilan puluh sembilan orang.”

Dan dikeluarkankan oleh Nu’aim bin Hammad dalam Al-Fitan hal 207: Dari Abi Hurairah ra berkata, Rasulullah (S) bersabda:

(الفتنة الرابعة ثمانية عشر عاما في تنجلي حين تنجلي وقد انحسر الفرات عن جبل من  ذهب تكب عليه الأمة فيقتل عليه من كل تسعة سبعة(.

("Fitnah keempat, akan berlaku selama lapan belas tahun, kemudiannya ia akan menyusut. Bilamana ia menyusut, Sungai Furat akan mengering sehingga menampakkan gunung emas. Tujuh daripada sembilan orang (yang berebut untuk mendapatkannya) akan terbunuh").

Ibn Hajar berkata dalam Fath Al-Bari J 13 hal p 71 Dalam mengulas hadits khazanah Furat:. (...telah dikeluarkankan oleh Ibn Majah darri Tsauban secara marfu’, katanya: " Ada tiga pihak akan berperang pada khazanah kamu. kesemuanya anak-anak Khalifah," Hadits ini disebutkan dalam perkara Al-Mahdi, jadi jika yang dimaksudkan adalah pada khazanah itu, ada khazanah dalam hadits, pada bab yang menunjukkan bahawa hanya apabila berlakunya kezuhuran Al-Mahdi dan itu sebelum turunnya Iss dan sebelum keluarnya api secara pasti. Wa Allahu A’lam.).

Maka dengan adanya bunuh membunuh di khazanah Furat mungkin itu yang dimaksudkan oleh sabda Rasulullah (S):

(Ada tiga pihak akan berperang pada khazanah kamu. kesemuanya anak-anak Khalifah), tetapi kita telah dimaksudkan pengertian dari riwayat tersebut adalah mengenai khazanah Ka’bah.

Di manakah tempat di Sungsi Furat akan adanya khazanah itu, tidakkah ada hadits yang menerangkannya, Sememangnya ada khabar dari Ka’ab Al-Akhbar dalam memperkatanya. Ia adalah seperti berikut:

Dikeluarkankan oleh Nu’aim bin Hammad dalam Al-Fitan hal 207:. dari Ka’ab, baginda bersabda:

(تكون ناحية الفرات في ناحية الشام أو بعدها بقليل مجتمع عظيم فيقتتلون على الأموال فيقتل من كل تسعة سبعة وذاك بعد الهدة والواهية في شهر رمضان وبعد افتراق ثلاث رايات يطلب كل واحد منهم الملك لنفسه فيهم رجل اسمه عبد الله

("Akan ada di sekitar Sungai Furat, berdekatan Al-Syam (Syria atau Damsyik) atau jauh sedikit darinya, satu kumpulan besar (tentara). Mereka akan saling berbunuhan atas kekayaan, dan tujuh dari setiap sembilan orang akan terbunah. Dan itu akan berlaku selepas Al-Hadda (letupan) dan Al-Wahiya (malapetaka) pada bulan Ramadan, dan setelah perpecahan itu menghasilkan tiga panji-panji (ketumbukan tentera), masing-masing (ketua tentera) akan mencari kerajaan (atau memiliki kekayaan atau harta) untuk dirinya sendiri, di antaranya ada seorang lelaki bernama 'Abdullah.'


[129]

Nampaknya pertempuran khazanah Furat ini adalah pertempuran Qirqisiya yang merupakan salah satu dari peristiwa masa kezuhuran. Ia begitu terkenal pada tempat, masa dan banyak peperangan, pada zaman pertempuran khazanah Sungai Furat itu berkemungkinan besarnya adalah pada masa kezuhuran, dan dari segi tempat Qirqisiya terletak di sungai Furat, seperti dikatakan oleh Al-Hamawi dalam Al-Mu’jam Al-Biladan J 4 hal 328:

(... sebuah negeri di Sungai Al-Khabur berhampiran Rahbah Malik bin Thauq sejauh enam farsakh (1 farsakh = 8 atau 5 km) [ dan di muara Sungai Khabur di Furat, ianya berada dalam sebuah segitiga antara Al-Khabur dan Al-Furat, dan dikatakan: Ia dipanggil Qirqisiya Ibn Thamurats AL-Malik...)

Tetapi ia lebih cenderung untuk dikatakan bahawa pertempuran khazanah Furat adalah sama dengan pertempuran Qirqisiya, yang juga merupakan peperangan khazanah tiga penjuru yang kesemuanya anak-anak Khalifah, apabila kita mendengar hadits yang berikut

Dikeluarkankan oleh Syeikh Nu’man dalam Al-Ghaibah hal 287: Dari Abi Abdallah (as), katanya: (Bahawa Hidangan Allah - bukan dalam riwayat ini: Perjamuan – di Qirqisiya kelihatan muncul di langit lalu menyeru: Wahai burung di udara, wahai singa di bumi, marilah kemari untuk dikenyangkan dengan daging orang-orang yang angkuh 

Dikeluarkankan juga dalam Al-Ghaibah hal 315:. Dari Abdullah bin Abi Ya’fur, katanya, berkata kepadaku Abi Jaafar Al-Baqir (as): (Bahawa bagi anak Al-Abbas dan Al-Marwani pada pertempuran di Qirqisiya yang membuatkan beruban (rambut) pemuda yang gagah, dan Allah mengangkat dari mereka pertolongan, dan mewahyukan kepada burung-burung di udara dan singa bumi: marilah kemari untuk dikenyangkan dengan daging orang-orang yang angkuh, dan kemudian keluar Al-Sufyani ).

Dikeluarkankan oleh Al-Syeikh Al-Kulaini dalam Al-Kafi J 8 hal 295, dengan sanada sahih: dari Abi Jafar (as) katanya: (Wahai Muyassir berapa jauh antara kamu dan Qirqisiya)? Aku berkata: Ia berhampiran dengan pantai Sungai Furat, beliau berkata: (Kerana ia akan menjadi satu pertempuran yang tidak perlaku sepertinya sejak Allah TWT menciptakan langit dan bumi tidak akan berlaku sepertinya selagi ada langit dan bumi, Perjamuan bagi burung yang kenyang dengannya singa di bumi dan burung-burung di langit. binasa di dalamnya mengikut ukuran dan dipanggil oleh penyeru.)

[130]

Hendak diperhatikan bahawa pertempuran itu adalah pertempuran Qirqisiya yang berlaku di pinggiran Sungai Furat dan begitulah juga dengan pertempuran khazanah Furat. dan juga pertempuran Qirqisiya sama dengan pertempuran khazanah Furat, kerana banyaknya peperangan yang mengerikan.

Terdapat bentuk yang sama antara pertempuran Qirqisiya dan pertempuran khazanah iaitu peperangan tiga penjuru yang kesemuanya anak-anak Khalifah. Pertempuran Qirqisiya juga peperangan antara tiga golongan, seperti dalam riwayat berikut:

Dikeluarkankan oleh Al-Syeikh Al-Nu’man dalam Al-Ghaibah hal 288-289: Dari Jabir bin Yazid Al-Ja’fi katanya, berkata Abu Jaafar Muhammad bin Ali Al-Baqir (as):

(...Kemudian berselisih mengenainya antara tiga panji-panji: Panji Al-Ashhab, panji Al-Abqa’, dan panji Al-Sufyani, akan bertemu Al-Sufyani dengan Al-Abqa’ lalu mereka saling membunuh, Al-Sufyani lalu membunuhnya dan para pengikutnya, kemudian dia membunuh Al-Ashhab, Dan kemudian tidak ada kepentingan lain kecuali menuju ke Iraq, Tenteranya melalui Qirqisiya, lalu mereka bertempur hingga membunuh satu ratus ribu orang.....).
                                 
Dan dikeluarkankan oleh Nu’aim bin Hammad dalam Al-Fitan hal 137-138, beliau berkata: Diceritakan kepada kami Al-Hakam dari Jarah, dari Arthah berkata:

(Apabila ditenggelamkan dalam daerah dari daerah di Damsyiq dan sekelompok orang dari barat masjidnya jatuh (tenggelam), maka pada masa itu kita akan berjumpa semua orang Turki dan orang-orang Rom berperang dan tiga panji-panji berkibar di Syam dan kemudian mereka memerangi Al-Sufyani sehingga mereka sampai ke Qirqisiya.)

Dan dikeluarkan oleh Al-Hakim dalam Al-Mustadrak J4 hal 501: Dari Ali bin Abi Talib (as), beliau berkata:

(Al-Sufyani akan muncul di Syam dan kemudian terjadi di antara mereka pertempuran di Qirqisiya sehingga kenyang burung-burung di udara dan singa di daratan yang membinasakan mereka. dan kemudian merobek dengan merosakkan belakang mereka, sekelompok orang menerima mereka sehingga masuk ke tanah Khurasan dan bertemu kuda Al-Sufyani dalam mencari penduduk Khurasan dan akan membunuh Syiah Keluarga Muhammad (S) di Kufah, kemudian penduduk Khurasan keluar mencari Al-Mahdi.)

Dan dikeluarkankan oleh Nu’aim bin Hammad dalam Al-Fitan hal 171: Diceritakan kepada kami Al-Walid, katanya, Dikhabarkan kepada kami:Abu Abdullah dari Muslim bin Al-Akhil dari 'Abdul Karim Abi Umaiyah, dari Muhammad bin Al-Hanafiyah. Dia berkata:

(Apabila mereka berselisih satu sama lain, mereka tiga panji-panji berangkat ke Syam: Panji panji Al-Abqa’, Al-Ashhab dan panji Al-Sufyani,)

[131]

Dan dikeluarkankan juga dalam Al-Fitan hal 172: Diceritakan kepada kami Al-Walid dan Rasydin, dari Ibn Lahi’ah, dari Abi Qabil, dari Abi Ruman, dari Ali (as) berkata:

(Apabila berselisih pemegang panji-panji hitam maka ditenggelamkan di daerah dari daerah Iram dan tenggelam di sebelah barat masjidnya. dan kemudian kembali ke Syam tiga panji-panji: Panji Al-Ashhab, panji Al-Abqa’ dan panji Al-Sufyani. Al-Sufyani keluar dari Syam, Al-Abqa’ dari Mesir, dan Al-Sufyani mengalahkan mereka.)

Dikeluarkankan oleh Al-Syeikh Al-Thusi dalam Al-Ghaibah, hal 463: dari Ammar ibn Yasir bahawa dia berkata:

(... Akan muncul tiga golongan di Syam kesemuanya ingin menjadi raja, seorang lelaki Abqa’, seorang lelaki Ashhab, dan seorang lelaki dari Ahl Bait Abi Sufyan yang keluar di Kilab ...,
Dari riwayat-riwayat ini dan lain-lain riwayat akan mengesahkan kepada kita pertamanya, bahawa pertempuran Qirqisiya adalah pertempuran yang sama dengan pertempuran khazanah Furat, dan kedua ia juga pertempuran khazanah yang sama yang berperang secara tiga penjuru yang kesemuanya anak-anak Khalifah.

Ketiga-tiga mereka anak-anak bagi khalifah-khalifah pemilik tiga panji-panji yang keluar ke Syam; Al-Abqa’ Al-Mishr (Mesir), Al-Ashhab dan Al-Sufyani, tetapi terdapat khabar yang menyebut bahawa Al-Sufyani memerangi Turki dan Rom, dan nampaknya mereka berperang di Qirqisiya, maka ia mestilah mengikut tafsiran atau kecenderungannya, dan Allah lebih mengetahui.

Sekarang kita menyebutkan riwayat-riwayat khazanah Kaabah:

Dikeluarkankan oleh Abu Daud, Ahmad bin Hanbal dan Al-Hakim Al-Naisaburi, dan lafaz yang pertama dari Abu Amamah bin Sahl bin Hanif, dari Abdullah bin ‘Amaraz, dari Nabi (S), baginda bersabda:

(اتركوا الحبشة ما تركوكم، فإنه لا يستخرج كنز الكعبة إلا ذو السويقتين من الحبشة)

(Biarkanlah bangsa Habasyah selama mereka membiarkan kalian, kerana tidak akan dikeluarkan khazanah Ka’bah melainkan akan hancur oleh Suwaiqatain dari Habasyah) [204]


Dikeluarkankan oleh Abdul Razaq Al-Shan’ani, dengan sanad dari Abu Hurairah:


-----------------------
[204] Sunan Abu Daud: J 2, hal 316 bab 19 h 4309, Musnad Ahmad: J 5, hal 371, Al-Mustadrak: J 4, hal 453, Mujma’ Al-Zawaid – oleh Al-Haitsami:: J 5, hal 303-304, dan berkata kepadanya: "Diriwayatkan oleh Ahmad dan rijal-rijalnya rijal yang sahih selain Musa bin Jabir, dia tsiqah ": dianggap hasan oleh Al-Albani dalam Shahih Al-Jami’: J 1, hal 80 No. 90..

[132]

Abdul Razaq dari Ibn Juraij, dari Saleh - Maula Al-Tauwamah - bahawa dia mendengar Aba Hurairah secara marfu’ - Saya fikir baginda bersabda:

(Biarkanlah bangsa Habasyah selama mereka membiarkan kalian, kerana tidak akan dikeluarkan khazanah Ka’bah melainkan akan hancur oleh Suwaiqatain dari Habasyah.)[204].

Dan Dikeluarkankan oleh Muslim dalam Sahihnya dari ‘Aisyah:

Abdullah ibn Umar, dari ‘Aisyah, isteri Nabi (S), dia berkata, Aku mendengar Rasulullah (S) bersabda:

(لولا أن قومك حديثو عهد بجاهلية (أو قال بكفر) لأنفقت كنز الكعبة في سبيل الله ولجعلت بابها بالأرض ولأدخلت فيها من الحجر(

Sekiranya tidaklah kaummu itu baru sahaja (keluar) dari zaman Jahiliyah (atau baginda kata; kekafiran) nescaya sudah tentu aku infaqkan khazanah Ka’bah di jalan Allah, dan akan kujadikan pintunya sejajar dengan tanah, dan akan kuperluas bangunannya sampai ke Al-Hijr (Isma’il).) [205]

Dan Dikeluarkankan oleh Al-Thayalisi, Ibn Abi Shaibah, Al-Hakim dan Ahmad bin Hanbal dari Abu Hurairah, dan kata-kata yang kedua:
Diceritakan kepada kami Abdullah; diceritakan kepadaku oleh bapaku, dari Yazid, dari Ibn Abi Zhaib dari Sa’id bin Sam’aan katanya: Aku mendengar Abu Hurairah memberi khabar pada Aba Qatadah bahawa Rasulullah, (S) bersabda:

(يبايع لرجل ما بين الركن والمقام ولن يستحل البيت الا أهله فإذا استحلوه فلا يسأل عن هلكة العرب ثم تأتى الحبشة فيخربونه خرابا يعمر بعده أبدا وهم الذين يستخرجون كنزه(

Seseorang dibai’ah di antara Rukun (Yamani) dan Maqam (Ibrahim), tidak akan ada yang menghalalkan Al-Bait (Al-Haram) kecuali kaum muslimin; apabila mereka telah menghalalkannya, maka jangan ditanya tentang kehancuran orang Arab. Kemudian datang orang Habasyah, lalu mereka menghancurkannya sehingga Ka’bah tidak dimakmurkan lagi setelah itu untuk selamanya, dan merekalah nanti akan mengeluarkan khazanahnya.).[206]

Al-Syed Al-Mar’asyi menyatakan bahawa khazanah yang berlaku perang atasnya adalah khazanah Ka’bah, di mana katanya
(Dia mengatakannya pada hadits Ibn Majah "Ada tiga pihak akan berperang pada khazanah kamu" yang dimaksudkannya adalah khazanah Ka'bah, seperti yang dinyatakan dalam hadits lain bahawa Al-Mahdi akan membuka khazanah Ka’bah selepas berhasil memerangi untuknya.) [207]

Tetapi saya tidak melihat keutamaan bagi pemakaian kata khazanah dalam riwayat Ibn Majah (Ada tiga pihak akan berperang pada khazanah kamu) pada khazanah Ka'bah, tetapi saya melihat keutamaan pemakaiannya adalah lebih besar bagi khazanah Furat.


------------------------
[204] Al-Mushannaif - Abdul Razaq Al-Shan’ani J 5 hsl 136 No. 9177.
[205] Sahih Muslim: J 4 hsl 98.
[206] Musnad Ahmad: J 2 hsl 291, Al-Mustadrak – oleh Al-Hakim Al-Naisaburi: J 4 hsl 452-453, Musnad Abi Daud Al-Thayalisi:. hal 312-313, Al-Mushannaif  - oleh Ibn Abi Syaibah Al-Kufu: J 8 hsl 612 Shahih Ibn Hiban: J 15 hsl 239, Al-Fitan oleh Nu’aim bin Hammad hal 408
[207] Syarah Iheats Al-Haq J 29 hsl 416


[133]


Maka telah dikemukakan lebih banyak kaitan antara pertempuran yang berlaku pada khazanah Furat dan peperangan tiga penjuru pada khazanah itu seperti yang diriwayatkan oleh Ibn Majah. Adapun riwayat-riwayat khazanah Ka’bah seperti yang ditunjukkan bahawa seorang lelaki dari Habasyah akan mengeluarkan khazanah Kaabah (oleh Suwaiqatain), selepas menghancurkan Baitullah Al-Haram. Wa Allahu A’lam.

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam

13 / Zhu Al-Qa'idah / 1434 H
 19/9/2013 M



[134]



[122-127a] [127b-134] [Tamat]