Isnin, 14 November 2016

Hadits-hadits dalam pewarisan (Khalifah) Imam-imam Ahlul Bait Muhammad Rasulullah (S)


Hadits-hadits dalam pewarisan (Khalifah) Imam-imam Ahlul Bait Muhammad Rasulullah (S)

Perumpamaan Ahlul Bait seperti bahtera Nuh sesiapa yang menaikinya terselamat dan yang tertinggal akan tenggelam. [1]

Berikut adalah contoh-contoh haditsnya:

المستدرك للحاكم النيسابوري، بسنده عن أبي ذر، عن رسول الله (ص): »الأ إن مثل أهل بيتي فيكم مثل سفينة نوح من قومه من ركبها نجا ومن تخلف عنها غرق«.  

Mustadrak Al-Hakim Al-Naisaburi, Dengan sanad dari Abu Zhar, dari Rasulullah (S): «Bahawa jika diumpamakan Ahli Baitku adalah seperti Bahtera Nuh, mana-mana dari kaum yang menaikinya akan selamat dan yang tertinggal akan tenggelam.»

Al-Bazaz dengan sanad dari Abdullah bin Zubair: «Perumpamaan Ahli Baitku adalah seperti Bahtera Nuh, sesiapa yang menaikinya akan selamat dan yang tertinggal akan tenggelam.»
         
البزاز والطبراني بسندهما عن ابن عباس: »مثل أهل بيتي مثل سفينة نوح من ركب فيها نجا ومن تخلف عنها غرق«.  

Al-Bazaz dan Al-Thabrani dengan sanad dari dari Ibn Abbas: «Perumpamaan Ahli Baitku adalah seperti Bahtera Nuh, sesiapa yang menaiki di dalamnya akan selamat dan yang tertinggal darinya akan tenggelam.»

الطبراني بسنده عن أبي سعيد الخدري: »إنما مثل أهل بيتي فيكم كمثل سفينة نوح من ركبها نجا ومن تخلف عنها غرق وإنما مثل أهل بيتي فيكم مثل باب حطة في بني إسرائيل من دخله غفر له«.  
                      
Al-Thabrani dengan sanad dari Abu Sa'id Al-Khudri: «Sesungguhnya perumpamaan Ahli Baitku pada kamu adalah seperti Bahtera Nuh, sesiapa yang menaikinya akan selamat dan yang tertinggal darinya akan tenggelam. Sesungguhnya perumpamaan Ahli Baitku pada kamu adalah seumpama pintu Khiththah pada Bani Israel, barangsiapa memasukinya maka diampunkan dosa-dosanya.»

Riwayat-riwayat dari Rasulullah (S) mengenai perumpamaan Ahli Bait ini kerana mereka adalah orang-orang yang diturunkan Ayat Al-Tathhir [Iaitu ayat
﴿إِنَّمَا يُرِيدُ اللَّـهُ لِيُذْهِبَ عَنكُمُ الرِّجْسَ أَهْلَ الْبَيْتِ وَيُطَهِّرَكُمْ تَطْهِيرًا﴾
Sesungguhnya Allah bermaksud hendak menghilangkan kekejian dari kamu, wahai Ahlul Bait dan membersihkan kamu sebersih-bersihnya. [Al-Ahzab 33:33] - pent] 

Mereka adalah Ali dan anak-anaknya (Shalawatu Allah ‘alaihim) kerana mereka seumpama bahtera Nuh, di mana orang-orang yang menaikinya akan selamat. Jadi Muhammad Rasulullah (S) menerangkan dengan jelas bahawa sesiapa yang menyertai Ahli Bait ini sesungguhnya telah mengenal kebenaran, dan selamat dari azab Allah, sebagaimana terselamat orang-orang yang menaiki bahtera Nuh dari azab Ilahi, dan sesiapa yang meninggalkan Ahli Bait ini tidak diterima perkataan mereka dalam agama ini dan telah binasa dalam azab Allah, sebagaimana binasa orang-orang yang membiarkan perkataan Nuh (as) dan mereka tidak taat kepadanya. Dan menyertai Ahli Bait ini adalah dengan menjadi penyokong dan pendokong mereka, beriman dengan dakwah mereka, menerima perkataan mereka dan menjadikan mereka washi-washi Al-Rasul Muhammad (S). di mana mereka memiliki nash di sisi mereka dan orang yang pertama dari mereka dengan jelas ditunjukkan dan banyak nash-nash sebagai dalil- dalil - ini salah satu darinya - sehingga membingungkan orang-orang yang menentang demi memikirkan bagaimana untuk menutup dalil- dalil (petunjuk) yang jelas bahawa Ali adalah Khalifah Allah dan Imam yang wajib ditaati selepas Rasulullah (S).

Hadits-hadits Para Khalifah dari Quraisy:

Dalam hadits-hadits ini terdapat Khalifah-khalifah Al-Rasul Muhammad (S) dari kaum Quraisy, sedangkan Muhammad seorang Khalifah Allah maka siapakah yang melantik Muhammad untuk memerintah - secara syariat yang diredhai Allah – ia mestilah lantikan dari Allah, kerana kerajaan kepunyaan Allah SWT. Dua belas orang Imam-imam telah dituntut oleh orang-orang lain dari mereka semua tanpa lantikan ilahi, sebagaimana nash-nash lain yang menunjukkan (hak) mereka.

صحيح البخاري: »حدثني محمد بن المثنى حدثنا غندر حدثنا شعبة عن عبد الملك سمعت جابر بن سمرة قال سمعت النبي صلى الله عليه وسلم يقول: يكون اثنا عشر أميرا فقال كلمة لم اسمعها فقال أبي أنه قال كلهم من قريش« .  
Sahih Bukhari: «Telah diberitahu oleh Muhammad bin Al-Mutsanna diberitahu oleh Ghundar diberitahu oleh Syu’bah dari Abdul Malik telah mendengar Jabir bin Sammarah  katanya: Aku mendengar Nabi (S) bersabda: Kelak akan ada dua belas Pemimpin (Amir). Baginda lalu melanjutkan kalimatnya yang aku tidak mendengarnya (dengan jelas). Lalu bapaku mengatakan, bahawa baginda berkata, ”Semuanya dari Quraisy.» [2] 

صحيح مسلم: »حدثنا أحمد بن عبد الله بن يونس حدثنا عاصم بن محمد بن زيد عن أبيه قال قال عبد الله قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: لا يزال هذا الأمر في قريش ما بقي من الناس اثنان« .

 Sahih Muslim: « Telah diberitahu kepada kami oleh Ahmad bin Abdullah bin Yunus dari ‘Ashim bin Muhammad bin Zaid dari bapanya, katanya Abdullah berkata, Rasulullah, (S) bersabda: Urusan ini senantiasa ada di tangan Quraisy walaupun manusia hanya tinggal dua orang.» [3].

صحيح مسلم: »حدثنا قتيبة بن سعيد وأبو بكر بن أبي شيبة قالأ حدثنا حاتم (وهو ابن إسماعيل) عن المهاجر بن مسمار عن عامر بن سعد بن أبي وقاص قال كتبت إلى جابر بن سمرة مع غلامي نافع ان اخبرني بشئ سمعته من رسول الله صلى الله عليه وسلم قال فكتب إلى سمعت رسول الله صلى الله عليه وسلم يوم جمعة عشية رجم الأسلمي يقول: لا يزال الدين قائما حتى تقوم الساعة أو يكون عليكم اثنا عشر خليفة كلهم من قريش« [4]

Sahih Muslim: «Telah diberitahu kepada kami oleh Qutaibah bin Sa’id dan Abu Bakr ibn Abi Shaibah kedua-duanya berkata diberitahu kepada kami oleh Hatim (dia adalah Ibn Ismail) dari Al-Muhajir bin Musamar dari ‘Amir bin Sa’ad bin Abi Waqash, katanya, Aku pernah mengirim surat kepada Jabir bin Samarah melalui perantaraan Nafi’ pelayanku, agar Jabir memberitahukan kepadaku suatu hadits yang didengarnya dari Rasulullah (S). Jabir menjawab suratku. Dia menulis, “Aku mendengar Rasulullah (S) bersabda pada hari Jum’at petang, hari dihukumnya seorang Aslam dengan hukuman rajam, Baginda bersabda “Agama Islam akan senantiasa tegak sampai hari kiamat tiba atau adanya dua belas orang khalifah yang semuanya berasal dari Quraisy.”» [4]     


Hadits Khufalaa Al-Rasyidin:


Hadits-hadits mengenai Khufalaa Al-Rasyidin (khalifah-khalifah yang mengikuti jalan yang lurus) seperti sebelumnya dalam menunjukkan khalifah Al-Rasul Muhammad (S) secara syar'ei dan dilantik oleh Allah SWT pemilik segala Kerajaan, yang tidak seorang pun berhak untuk mengendalikan kerajaanNya tanpa izin dariNya.

Musnad Ahmad ibn Hanbal:

مسند أحمد بن حنبل: »حدثنا عبد الله حدثني أبي ثنا عبد الرحمن بن مهدي ثنا معاوية يعنى ابن صالح عن ضمرة بن حبيب عن عبد الرحمن بن عمرو السلمى أنه سمع العرباض بن سارية قال وعظنا رسول الله صلى الله عليه وسلم موعظة ذرفت منها العيون ووجلت منها القلوب قلنا يا رسول الله إن هذه لموعظة مودع فماذا تعهد إلينا قال قد تركتكم على البيضاء ليلها كنهارها لا يزيغ عنها بعدى الأ هالك ومن يعش منكم فسيرى اختالفا كثيرا فعليكم بما عرفتم من سنتي وسنة الخلفاء الراشدين المهديين وعليكم بالطاعة وان عبدا حبشيا عضوا عليها بالنواجذ فإنما المؤمن كالجمل الأنف حيثما انقيد انقاد« .
                                           
«Telah menceritakan kepada kami Abdullah dari Abdul Rahman bin Mahdi dari Mu'awiyah (iaitu) Ibn Shalih dari Dhamrah bin Habib dari Abdul Rahman bin 'Amru Al- Sulami bahwasanya dia mendengar 'Irbadh bin Sariyah berkata; Rasulullah (S) memberi kami satu nasehat yang membuat air mata mengalir dan hati menjadi gemetar. Maka kami berkata kepada beliau; "Ya Rasulullah, sesungguhnya ini merupakan nasihat perpisahan, lalu apa yang engkau wasiatkan kepada kami?" Rasulullah (S) bersabda: " Aku telah tinggalkan untuk kalian petunjuk yang terang, malamnya seperti siang. Tidak ada yang berpaling darinya setelahku melainkan ia akan binasa. Barangsiapa di antara kalian hidup, maka ia akan melihat banyaknya perselisihan. Maka kalian wajib berpegang teguh dengan apa yang kalian ketahui dari sunnahku, dan sunnah para Khulafaur Rasyidin yang mendapat petunjuk (Al-Mahdiyin), Hendaklah kalian taat meski kepada seorang budak Habasyi. Dan gigitlah ia dengan gigi geraham. Orang mukmin itu seperti seekor unta jinak, di mana saja dia diikat dia akan menurutinya."» [5]

Musnad Ahmad ibn Hanbal: «Diceritakan kepada kami oleh Abdullah dari bapaku dari Al-Dhahaak bin Mukhlid dari Tsur dari Khalid bin Ma'dan Abdul Rahman bin ‘Amru Al-Silmi dari ;Arbadh Bin Sariah, Rasulullah (S) memberikan nasihat kepada kami yang begitu menggetarkan hati dan membuat air mata bercucuran. Kami berkata atau mereka berkata: wahai Rasulullah, seolah ini adalah nasihat perpisahan saja, Maka berikanlah wasiat kepada kami! Kemudian baginda bersabda: «Aku berwasiat kepada kalian supaya bertakwa kepada Allah, mendengar dan menaati, sekalipun dia seorang budak Habsyi. Sesungguhnya orang yang hidup setelahku nanti akan menemui banyak perbalahan. Oleh karena itu, hendaklah kalian berpegang kepada sunnahku dan sunnah para khalifah lurus lagi terpimpin. Gigitlah dengan gerahammu! Waspadailah segala hal yang baharu. Karena sesuatu yang baharu itu adalah bid`ah, sedangkan semua perbuatan bid`ah itu adalah suatu kesesatan!» [6]

المستدرك للحاكم النيسابوري: » (حدثنا) أبو العباس محمد بن يعقوب ثنا عباس بن محمد الدوري ثنا أبو عاصم ثنا ثور بن يزيد ثنا خالد بن معدان عن عبد الرحمن بن عمرو السلمي عن العرباض بن سارية قال صلى لنا رسول الله (صلى الله عليه وآله) صلاة الصبح ثم اقبل علينا فوعظنا موعظة وجلت منها القلوب وذرفت منها العيون فقلنا يا رسول الله كأنها موعظة مودع فأوصنا قال أوصيكم بتقوى الله والسمع والطاعة وان امر عليكم عبد حبشي فإنه من يعش منكم فسيرى اختلافا كثيرا فعليكم بسنتي وسنة الخلفاء الراشدين المهديين عضوا عليها بالنواجذ وإياكم ومحدثات الأمور فان كل بدعة ضلالة. هذا حديث صحيح ليس له علة«
                                       
Mustadrak Al-Hakim Al-Naisaburi: «( Diceritakan kepada kami oleh) Abu Al-Abbas Muhammad bin Yakub dari Abbas bin Muhammad Al-Duri dari Abu ‘Ashim dari Tsaur bin Yazid dari Khalid bin Ma'dan dari Abdul Rahman bin ‘Amru Al-Silmi dari ‘Arbadh bin Sariah katanya, Rasulullah (S) shalat Shubuh bersama kami. kemudian baginda berbalik menghadap kepada kami, lalu menasihati kami dengan satu nasihat yang sangat jelas, yang menyebabkan air mata bercucuran dan hati pun bergetar. dan kami berkata, wahai Rasulullah, seolah-olah ini adalah nasihat perpisahan, maka berikanlah wasiat kepada kami! Kemudian baginda bersabda: «Aku berwasiat kepada kalian supaya bertaqwa kepada Allah, mendengar dan menaati, sekalipun perintah seorang hamba Habsyi. Sesungguhnya orang yang hidup setelahku nanti akan menemui banyak perbalahan. Oleh karena itu, hendaklah kalian berpegang kepada sunnahku dan sunnah para khalifah lurus lagi terpimpin (Al-Rasyidin Al-Mahdiyin). Gigitlah dengan gerahammu! Waspadailah perkara-perkara yang baharu. Karena semua perbuatan bid`ah itu adalah kesesatan!  Hadits ini sahih dan tiada cacat celanya.» [7]

Sunan Al-Kubra oleh Al-Baihaqi: «(Dikhabarkan kepada kami) Abul Hassan Ali bin Ahmad bin Omar bin Hafsh bin Al-Hamami Al-Muqri di Baghdad diberitakan oleh Ahmad bin Salman diberitakan oleh Abdul Malik bin Muhammad dari Abu ‘Ashim (ح dikhabarkan kepada kami) Abu Abdullah Al-Hafidz dari Abu Al-Abbas Muhammad bin Ya’kub dari Abbas bin Muhammad Al-Duri dari Abu ‘Ashim dari Tsaur Ibn Yazid dari Khalid bin Ma'dan dari Abdul Rahman bin ‘Amru Al-Silmi dari Arabadh dari ;Arbadh bin Sariah 'berkata kepada kami Rasulullah (S) shalat Shubuh bersama kami. Kemudian baginda berbalik menghadap kepada kami, lalu menasihati kami dengan satu nasihat yang sangat jelas, yang menyebabkan air mata bercucuran dan hati pun bergetar. Lalu kami berkata, wahai Rasulullah, seolah-olah ini adalah nasihat perpisahan, maka berikanlah wasiat kepada kami! Kemudian baginda bersabda: Aku berwasiat kepada kalian supaya bertaqwa kepada Allah, mendengar dan menaati, sekalipun perintah seorang hamba. Sesungguhnya orang yang hidup setelahku nanti akan menemui banyak perbalahan. Oleh karena itu, hendaklah kalian berpegang kepada sunnahku dan sunnah para khalifah lurus lagi terpimpin (Al-Rasyidin Al-Mahdiyin). Gigitlah dengan gerahammu! Waspadailah perkara-perkara yang baharu. Karena semua perbuatan bid`ah itu adalah kesesatan!»  [8]


----------------------------------
[1] Hadits ini diriwayatkan dengan banyak sekali dan lafaznya sangat hampir, ianya seperti berikut
 - Al-Mustadrak: " Bahawa jika diumpamakan Ahlul Baitku pada kamu seperti bahtera Nuh mana-mana kaum yang menaikinya terselamat (Najaa) dan yang tertinggal akan tenggelam." "Perumpamaan Ahlul Baitku seperti bahtera Nuh sesiapa yang menaikinya terselamat (Najaa) dan sesiapa yang tertinggal akan tenggelam."
- Majmu’ Al-Zaqaid: "Perumpamaan Ahlul Baitku sama seperti bahtera Nuh sesiapa yang menaiki di dalamnya terselamat (Najaa) dan sesiapa yang meninggal darinya akan tenggelam dan sesiapa yang memerangi kami pada akhir zaman seperti orang yang berperang bersama Dajjal," dari Al-Bazaz dan Al-Thabrani dengan sanad dari Abi Zhar. "
Perumpamaan Ahlul Baitku seperti bahtera Nuh sesiapa yang menaikinya selamat (Salam) dan sesiapa yang tertinggal akan tenggelam." dari Al-Bazaz dengan sanad dari Abdullah bin Zubair."
Perumpamaan Ahlul Baitku seperti bahtera Nuh sesiapa yang menaikinya selamat (Najaa) dan sesiapa yang meninggalkannya akan tenggelam." dari Al-Bazaz dan Al-Thabrani dengan sanad dari Ibn Abbas.
"Sesungguhnya perumpamaan Ahlul Baitku pada kamu seperti bahtera Nuh sesiapa yang menaikinya selamat (Najaa) dan sesiapa yang tertinggal darinya akan tenggelam. Dan sesungguhnya perumpamaan Ahli Baitku pada kamu adalah seumpama pintu Khiththah pada Bani Israel, barangsiapa memasukinya maka diampunkan dosa-dosanya " dari Al-Thabrani dengan sanad dari Abu Sa'id Al-Khudri.
- Al-Jami’ Al-Shaghir oleh Al-Suyuthi: "Bahawa perumpamaan Ahlul Baitku pada kamu seperti bahtera Nuh sesiapa yang menaikinya selamat (Najaa) dan sesiapa yang tertinggal darinya akan binasa." "Perumpamaan Ahlul Baitku seperti bahtera Nuh sesiapa yang menaikinya selamat (Najaa) dan sesiapa yang tertinggal darinya akan tenggelam."
Betapa hampir lafaznya dan sekarang kita sampai kepada senarai sumber:
Fadhail Al-Sahabah - - Ahmad ibn Hanbal: Jilid 2, halaman 987 hadits no 1402; Al-Bahr Al-Zakhar - Al-Bazaz: Jilid 11, halaman 329 hadits no 5142; Al-Mustadrak - Al-Hakim Al-Naisaburi: Jilid 3, halaman 150-151, Jilid 2, halaman 343, dan berkata mengenainya: "Hadits ini sahih mengikut syarat Muslim tetapi dia tidak menyampaikannya."; Al-Majmu; Al-Kabir - oleh Al-Thabrani: Jilid 3, halaman 45-46 hadits no 2636, 2637, 2638; Nawadir Al-Ushul – oleh Al-Tirmizhi: Jilid 2, halaman 840 hadits no 1133; Al-Jami’ Al-Shaghir oleh Al-Suyuthi: Jilid 1, halaman 373 hadits no 2442, Jilid 2, halaman 533 hadits no 8162; Ihya’ Al-Mayat - Al-Suyuthi: halaman 20-21 hadits no 24, dari Ibn Zubair. , hadits no 25 dari Ibn Abbas, hadits no 26 Abi Zhar, hadits no 27, dari Abi Sa’id Al-Khudri; Kanz Al-‘Umal – Al-Muttaqi Al-Hindi: Jilid 12, halaman 94-99 hadits no 34144, 34151, 34169, 34170; Majmu’ Al-Zawaa'id – Al-Haitsami: Jilid 9, halaman 168; Al-Shawa’iq Al-Mahraqah - Ibn Hajar Al-Haitsami: Jilid 2 Bab Sl-Aman Bi Baqaihim halaman 207, dan katanya: "Dibawaksn dari banyak jalan, yang mengukuhkan antara satu sama lain (perumpamaan Ahli Baitku) dan ada riwayat  (sesungguhnya perumpamaan Ahli Baitku) dan ada pula riwayat (Bahawa perumpamaan Ahli Baitku) dan ada riwayat pula yang lain (Bahawa jika diumpamakan Ahli Baitku pada kamu seperti bahtera Nuh sesiapa yang menaikinya selamat (Najaa) dan sesiapa yang tertinggal darinya akan tenggelam) dalam riwayat ini (sesiapa yang menaikinya selamat (Salam) dan sesiapa yang tertinggal darinya akan tenggelam dan  bahawa perumpamaan Ahli Baitku pada kamu adalah seumpama pintu Khiththah pada Bani Israel, barangsiapa memasukinya maka diampunkan dosa-dosanya "; Jalan Al-Hadi dan Al-Rashad - Salhi Shami:. Jilid 11, halaman 11-12 dan berkata, mengenainya: "Telah berkata Al-Hafiz Abu Al-Khair Al-Sakhaawi, dan sebahagian jalan hadits-hadits ini menguatkan antara satu sama lain;" Nidza, Durar Al-Saimatain – Al-Zurundi Al-Hanafi: halaman 235; Yanabi’ Al-Mawaddah Li Zhawi Al-Qurbah – Al-Funduzi:.. Jilid 1, halaman 92-94, Jilid 2, halaman 90; Al-Mu’talaf wa Al-Mukhtalif - Al-Daaruquthni Al-Mutawaffi 385 H – diulas oleh Dr. Muwaffiq bin Abdullah bin Abdul-Kadir – Dar Al-Gharib Al-Islami - Beirut – Cetakan 1- 1406H – 1986 M - Jilid 2, halaman 1046; Zhakhair Al-‘Uqba Li Al-Muhibb - Al-Thabari: halaman 20; Kifayah Al-Thalib - oleh Al-Kanji Al-Syafi’ei. halaman 378-379; Rasyfah Al-Shadi - Abi Bakr Al-Hadhrami: . halaman 79-80; Al-Fath Al-Kabir oleh Al-Nabhani - Dar Al-Kitab Al-Arabi - Beirut - Jilid 3, halaman 133; Al-Bildaniaat - Muhammad bin Abdul Rahman Al-Sakhaawi Al-Mutawaffi 902 H - Ulasan Husam bin Muhammad Al-Qathan - Dar Al-‘Atha’ – Cetakan 1 – 1422H, 2001M, halaman 186-187, dan berkata mengenainya: "Hadits ini hasan," kermudian Rada berkata - pada Al-Bazaz dalam mengatakan Abu Zhar sendiri pada riwayat hadits ini, halaman 188-189: "tidak demikian, tetapi bab dari Ibn Abbas, Ibn Al-Zubair dan Abi Sa'id Al-Khudri (ra) - - dan ianya menguatkan satu sama lain. Itu untuk kebaikannya."; Dar Al-Sahabah - Al-Syaukaani: Bab 3 Fasal 1, halaman 268 hadits no 12; Al-Siraj Al-Munir pada mengulas Al-Jami’ Al-Shaghir - Al-‘Azizi:. Jilid 3, halaman 279, dan berkata mengenainya:"Sanadnya hasan.".
[2] Sahih Bukhari:. Jilid 8, halaman 127, Kitab Al-Ahkam
[3] Sahih Muslim: Jilid 6, halaman 3, Bab manusia mengikut kaum Quraisy dan Khilafah pada kaum Quraisy.
[4] Sahih Muslim: Jilid 6, halaman 4, Bab manusia mengikut kaum Quraisy dan Khilafah pada kaum Quraisy.
[5] Musnad Ahmad: Jilid 4, halaman 126.
[6] Musnad Ahmad: Jilid 4, halaman
[7] Mustadrak - Al-Mustadrak - Al-Hakim Al-Naisaburi: Jilid 1, halaman 96..
[8] Sunan Al-Kubra – Al-Baihaqi: Jilid 10, halaman 114.



Sebelum ✡✡ MENU ✡✡ Berikutnya



Ahad, 13 November 2016

Engkau Di Sisiku Seperti Kedudukan (Manzilah) Harun Di Sisi Musa!


Engkau Di Sisiku Seperti Kedudukan (Manzilah) Harun Di Sisi Musa! [1]


Contoh-contoh Hadits:

Sahih Bukhari:

»حدثنا محمد بن بشار حدثنا غندر حدثنا شعبة عن سعد قال سمعت إبراهيم بن سعد عن أبيه قال قال النبي صلى الله عليه وسلم لعلي: أما ترضى أن تكون مني بمنزلة هارون من موسى«.

«Muhammad bin Bashar, Diberitahu oleh Ghundar, diberitahu oleh Syu’bah, dari Sa’ad katanya: Aku mendengar Ibrahim bin Sa’ad daripada bapanya, katanya, Nabi (S) bersabda kepada 'Ali: Tidakkah engkau senang di sisiku seperti kedudukan Harun di sisi Musa.» [2].


Sahih Bukhari:

»حدثنا مسدد حدثنا يحيى عن شعبة عن الحكم عن مصعب بن سعد عن أبيه ان رسول الله صلى الله عليه وسلم خرج إلى تبوك واستخلف عليا فقال أتخلفني في الصبيان والنساء قال الأ ترضى أن تكون منى بمنزلة هارون من موس ى الأ انه ليس نبي بعدي«

«Beliau berkata: kami diberitahu oleh Musdad, diberitahu kepada kami oleh Yahya, dari Syu’bah,dari AL-Hakim dari Mush’ab – Mush’ab bin Sa’ad bin Abi Waqash – dari bapanya, bahawa Rasulullah (S) hendak berangkat dalam perang Tabuk, baginda menugaskan ‘Ali untuk menggantikannya (mengurus Madinah) Ali berkata: Adakah engkau menugaskan aku degan kanak-kanak dan wanita? Baginda bersabda: Tidakkah engkau senang di sisiku seperti kedudukan Harun di sisi Musa, hanya saja tidak ada nabi sesudahku.» [3].       

Sahih Muslim:

حدثنا يوسف أبو سلمة الماجشون حدثنا محمد بن المنكدر عن سعيد بن المسيب عن عامر بن سعد بن أبي وقاص عن أبيه قال قال رسول الله صلى الله عليه وسلم لعلي: أنت منى بمنزلة هارون من موسى الأ انه لا نبي بعدي «..... .

«Kami diberitahu oleh Yusuf Abu Salamah Al-Majisyun diberitahu oleh Muhammad bin Al-Munkadar dari Sa’id bin Musaiyab, dari ‘Amir bin Sa’ad bin Abi Waqash dari bapanya dia berkata, Rasulullah (S) bersabda kepada Ali: Engkau di sisiku seperti kedudukan Harun di sisi Musa, hanya saja tidak ada nabi sesudahku.» ...... [4]


Sahih Muslim:
«(Kami diberitahu oleh) Abu Bakar ibn Abi Syaibah diberitahu oleh Bahagian Ghundar dari Syu’bah (ح) dan diberitahu oleh Muhammad bin Al-Mutsanna dan Ibn Basyar kedua-duanya berkata. diberitahu oleh Muhammad ibn Jaafar diberitahu oleh Syu’bah dari Al-Hakim dari Mush’ab bin Sa’ad bin Abi Waqash dari Sa’ad bin Abi Waqash katanya:

»خلف رسول الله صلى الله عليه وسلم علي بن أبي طالب في غزوة تبوك فقال: يا رسول الله تخلفني في النساء والصبيان فقال: أما ترضى أن تكون منى بمنزلة هارون من موسى غير أنه لا نبي بعدي«

Rasulullah (S) meninggalkan Ali bin Abi Talib dalam peperangan Tabuk, beliau berkata: Wahai Rasulullah engkau tinggalkan aku bersama wanita dan kanak-kanak. Baginda bersabda: Tidakkah engkau berpuas hati di sisiku seperti kedudukan Harun di sisi Musa, Cuma ianya tidak ada nabi selepasku.» [5].

Sahih Muslim:
«(Kami diberitahu oleh) Ubaidillah bin Mu’az diberitahu oleh bapaku diberitahu oleh Syu’bah dalam isnad ini (diberitahu oleh) Qutaibah bin Sa’id dan Muhammad bin ‘Ibad (dan sebutannys lebih dekat kepada) kedua-duanya berkata, diberitahu oleh Hatim (dia adalah Ibn Ismail) dari Bakir bin Musammar dari ‘Amir bin Sa’ad bin Abi Waqash dari bapanya telah berkata

امر معاوية بن أبي سفيان سعدا فقال ما منعك أن تسب أبا التراب فقال: أما ما ذكرت ثلاثا قالهن له رسول الله صلى الله عليه وسلم فلن أسبه لان تكون لي واحدة منهن أحب إلى من حمر النعم سمعت رسول الله صلى الله عليه وسلم يقول له خلفه في بعض مغازيه فقال له على يا رسول الله خلفتني مع النساء والصبيان فقال له رسول الله صلى الله عليه وسلم أما ترضى أن تكون منى بمنزلة هارون من موسى الأ انه لا نبوة بعدي وسمعته يقول يوم خيبر لأعطين الراية رجلا يحب الله ورسوله ويحبه الله ورسوله قال فتطاولنا لها فقال ادعوا لي عليا فأتى به أرمد فبصق في عينه ودفع الراية إليه ففتح الله عليه ولما نزلت هذه الأية فقل تعالوا ندع أبناءنا وأبناءكم دعا رسول الله صلى الله عليه وسلم عليا وفاطمة وحسنا وحسينا فقال اللهم هؤلاء أهلي« [6]

Muawiyah bin Abi Sufyan memerintah Sa’ad, lalu berkata “Apa yang menghalang kamu untuk mencaci Abu Turab?” Sa’ad berkata “Selama aku masih ingat tiga hal yang dikatakan oleh Rasulullah (S) aku tidak akan mencacinya yang jika aku memiliki salah satu saja darinya maka itu lebih aku sukai dari segala macam kebaikan. Rasulullah (S) telah menunjuknya sebagai Pengganti Baginda dalam salah satu peperangan, kemudian Ali berkata kepada baginda “Wahai Rasulullah (S) engkau telah meninggalkanku bersama perempuan dan kanak-kanak?” Maka Rasulullah (S) berkata kepadanya, Tidakkah engkau redha bahawa kedudukanmu di sisiku sama seperti kedudukan Harun di sisi Musa, hanya saja tidak ada Nabi selepasku. Aku mendengar Rasulullah (S) berkata di Khaibar “Sungguh Aku akan memberikan panji ini pada orang yang mencintai Allah dan RasulNya serta dicintai Allah dan RasulNya. Maka kami semua berharap untuk mendapatkannya. Lalu baginda berkata “Panggilkan Ali untukku”. Lalu Ali datang dengan matanya yang sakit, kemudian baginda meludah kedua matanya dan memberikan panji kepadanya. Dan ketika turun ayat “Maka katakanlah : Marilah kita memanggil anak-anak kami dan anak-anak kalian” [Aali Imran ayat 61], Rasulullah (S) memanggil Ali, Fathimah, Hasan dan Husain dan berkata “Ya Allah merekalah keluargaku.”»[6]
           
Sahih Muslim:
«Kami diberitahu oleh Abu Bakr bin Abi Syaibah, diberitahu oleh Ghundar dari Syu’bah (ح) diberitahu oleh Muhammad bin Al-Mutsanna dan Ibn Basyar kedua-duanya berkata, diberitahu oleh Muhammad bin Jaafar diberitahu oleh Syu’bah dari Sa’ad Ibn Ibrahim, telah mendengar Ibrahim bin Sa’ad dari Sa’ad dari Nabi (S), baginda berkata kepada Ali: Tidakkah engkau redha bahawa kedudukanmu di sisiku sama seperti kedudukan Harun di sisi Musa.» [7].

Musnad Ahmad:
« Kami diberitahu oleh Abdullah diberitahu oleh bapaku dari Abu Sa’id maula Bani Hashim dari Sulaiman bin Bilal dari Al-Ju’aid bin Abdul Rahman dari ‘Aisyah binti Sa’ad daripada bapanya bahawa Ali (ra) keluar bersama Nabi (S), sehingga sampai ke Tsaniyat ul-Wada’ dan Ali (ra) menangis sambil berkata engkau tinggalkan aku dengan orang-orang yang tidak berperang (wanita dan yang lain) lalu baginda bersabda, atau apakah engkau redha bahawa kedudukanmu di sisiku sama seperti kedudukan Harun di sisi Musa melainkan nubuwah.» [8]

Harun adalah saudara dan washi Musa, dan untuk pengesahan akan mendapat kedudukan bukannya pada tali persaudaraan, maka tidak ada makna kepada Al-Rasul untuk memberitahu bahawa Ali kerabatnya. Ia adalah jelas kepada semua masyarakat dan kesimpulan daripadanya tidak perlu diberitahu atau diistiharkan kenyataannya kerana ia adalah pemberian ilahiyah, kerana persaudaraan itu sendiri terhad, tidak terdapat di dalamnya penyucian dan tidak dianggap dan dipadankan dengan pemberian ilahiyah, Itulah sebabnya Abu Lahab bapa saudara Nabi, masih belum dapat menetima kedudukan washi dan khilafah-Allah di bumiNya, sepertimana Harun washi Musa begitu pula Ali washi Muhammad, dan ini adalah sesuai dengan huraian dalam beberapa hadits dengan pengecualian pengutusan nubuwah dari Allah mengenai Ali, dan perkara ini dibincangkan dalam kitab "Penutup Kenabian (Al-Nabuwah Al-Khatimah)" dan diterangkan mengapa ditamatkan pengutusan nubuwah (kenabian) dari Allah dan membuka pengutusan nubuwah dari Muhammad (S), dan baginda adalah imej ketuhanan sempurna dalam penciptaan.

Hasilnya: apa yang ditunjukkan oleh hadits-hadits ini, bahawa Ali bin Abi Talib adalah Khalifah Allah dalam penciptaan-Nya selepas Muhammad Rasulullah (S).


---------------------------------
[1].Bentuk hadits disebut secara hampir dalam:
- Sahih Bukhari Jilid 4, halaman 208 Bab Manaqib (keutamaan) Al-Muhajirin dan kelebihan mereka. Jilid 5, halaman 129 Bab Ghazwah Tabuk, dari Sa’ad
- Sahih Muslim: Jilid 7, halaman 120 dan 121 Bab Fadhail (keutamaan) Ali, dari Sa’ad bin Abi Waqash
 - Musnad Ahmad: Jilid 1, halaman 170, 173, 175, 177, 179, 182, 184, 185 dan 331 . Jilid 3, halaman 32 dan 338 . Jilid 6, halaman 369 dan 438, Sa'ad bin Malik dan Sa’ad bin Abi Waqash, dari Ibn Abbas dan Abi Sa'id Al-Khudri dan Jabir bin Abdullah Asmaa’ binti ‘Umayi
- Sunan Ibn Majah: Jilid 1, halaman 42 dan 45 dari Sa’ad.
- Sunan Al-Tirmizhi: Jilid 5, halaman 301 dan 304 dari Sa’ad Jabir bin Abdullah
- Fadhail Al-Shahabah – Al-Nasa’ei: halaman 13 dan 14 untuk Sa’ad bin Abi Waqash.
 - Mustadrak - Al-Hakim Al-Naisaburi: Jilid 2, halaman 337 untuk Ali (as). Jilid 3, halaman 108 dan 133 dari Sa’ad dan Ibnu Abbas
- Sunan Al-Kubra - Al-Baihaqi: Jilid 9, halaman 40 dari Sa’ad
[2].Sahih Bukhari: Jilid 4, halaman 208 Bab Manaqib (keutamaan) Al-Muhajirin dan kelebihan mereka
[3] Sahih Bukhari: Jilid 5, halaman 129 Bab Ghazwah Tabuk.
[4] Sahih Muslim: Jilid 7, halaman 120 Bab Fadhail (keutamaan) Ali,(ra).
[5] Sahih Muslim: Jilid 7, halaman 120 Bab Fadhail (keutamaan) Ali,(ra).
[6] Sahih Muslim: Jilid 7, halaman 120 Bab Fadhail (keutamaan) Ali,(ra)..
[7] Sahih Muslim: Jilid 7, halaman 121 Bab Fadhail (keutamaan) Ali,(ra).
[8] Musnad Ahmad: Jilid 1, halaman 170.


Sebelum ✡✡ MENU ✡✡ Berikutnya


Sabtu, 12 November 2016

Hadits-hadits Kekhalifahan Ali (as) dari Nabi Muhammad (S)


Hadits-hadits Kekhalifahan Ali (as) dari Nabi Muhammad (S)

Ali adalah Al-Hadi (Pemberi Petunjuk) selepas Nabi Muhammad (S) [1]

Berikut adalah contoh-contoh riwayat:

Dikeluarkan oleh Ibn Jarir Al-Thabari di Jami’ Al-Bayan (13/142) dengan sanad:

»عن ابن عباس، قال: لما نزلت "إنما أنت منذر ولكل قوم هاد" وضع (ص) يده على صدره، فقال: أنا المنذر ولكل قوم هاد، وأومأ بيده إلى منكب علي، فقال: أنت الهادي يا علي، بك يهتدي المهتدون بعدي«

«Dari Ibn Abbas, katanya ketika turunnya ayat 
"إنما أنت منذر ولكل قوم هاد"
[Sesungguhnya kamu hanyalah seorang pemberi peringatan; dan bagi tiap-tiap kaum ada orang yang memberi petunjuk.] Rasulullah (S) meletakkan tangan di atas dadanya sambil bersabda: “Aku adalah pemberi peringatan (Al-Munzhir)”. Dan ketika membaca: “Wa li kulli qaumin hād”, beliau menunjuk ke arah Ali seraya bersabda: “Engkau adalah pemberi petunjuk (Al-Hadi) Wahai Ali,” dan dengan petunjukmu orang-orang mendapatkan petunjuk selepasku.”» [2]

Dan Dikeluarkan oleh Al-Hakim Al-Naisaburi dalam Mustadraknya (3/130) dengan sanad dari Ali bin Abi Talib (as),
"إِنَّمَا أَنتَ مُنذِرٌ ۖ وَلِكُلِّ قَوْمٍ هَاد" قال علي: »رسول الله (ص) المنذر وأنا الهادي«

[Sesungguhnya kamu hanyalah seorang pemberi peringatan; dan bagi tiap-tiap kaum ada orang yang memberi petunjuk.] kata Ali: «Rasulullah (S) pemberi peringatan (Al-Munzhir) Aku pemberi petunjuk (Al-Hadi) » [3]

Dan Dikeluarkan oleh Ibn Abi Hatim dalam tafsirnya (7/2225 nombor 12152) dengan sanad dari:

لكل قوم هاد قال: الهاد رجل من بني هاشم. قال ابن أبي حاتم: قال ابن الجنيد: هو علي بن أبي طالب رضي الله عنه.

«Ali (as), bagi tiap-tiap kaum ada orang pemberi petunjuk, katanya: pemberi petunjuk (Al-Hadi) adalah seorang lelaki dari Bani Hashim. Kata Ibn Abi Hatim: Ibn Junaid berkata: Dia adalah Ali bin Abi Talib (ra):» [4]

Berikut dibawakan juga dari jalan Syiah:

Dikeluarkan oleh Al-Kulaini dalam Al-Kafi (1 / 191-192) bon dengan sanad sahih atau hasan:

» عن أبي جعفر (ع) َ في قول الله عز وجل" إِنَّمَا أَنتَ مُنذِرٌ ۖ وَلِكُلِّ قَوْمٍ هَاد"   فقال رسول الله (ص) ثم الهادة من بعده عليٍّ ثم الأوصياء واحد بعد واحد«.

«Dari Abu Ja'far (as) pada mengatakan firman Allah AWJ, "[Sesungguhnya kamu hanyalah seorang pemberi peringatan; dan bagi tiap-tiap kaum ada orang yang memberi petunjuk.] maka Rasulullah (S) bersabda, Kemudian Al-Hadi selepas Ali, kemudian washi-washi seorang demi seorang.»

Dan Dikeluarkan juga dalam Al-Kafi (1/192) dengan sanad: «Dari Abu Basir berkata:

قال قلت لأبي عبد الله (ع) " إِنَّمَا أَنتَ مُنذِرٌ ۖ وَلِكُلِّ قَوْمٍ هَادٍ " فقال رسول الله (ص) المُنذِرٌ وعليٍّ الهادي يا ابا محمد هل َمن هاد اليوم؟ قلت، بلى جعلت فداك ما زال منكم هاد بعد هاد حتى دفعت اليك فقال: رحمك الله يا ابا محمد لو كانت إذا نزلت اية على رجل ثم مات ذلك الرجل ماتت الأية مات الكتاب ولكنه حي يجري فيمن بقي كما جرى فيمن مضى.«


Aku berkata kepada Abi Abdillah (as),"Sesungguhnya kamu hanyalah seorang pemberi peringatan; dan bagi tiap-tiap kaum ada orang yang memberi petunjuk." Katanya Rasulullah (S) pemberi peringatan peringatan (Al-Munzhir) dan Ali pemberi petunjuk (Al-Hadi), wahai Aba Muhammad siapakah pemberi petunjuk hari ini? Aku berkata, Ya, Semoga aku menjadi tebusan tuan, tidakkah ia masih dari tuan Al-Hadi demi Al-Hadi sehingga diserahkan kepada tuan, maka beliau berkata:. Semoga Allah merahmati kamu, wahai Aba Muhammad, sekiranya apabila diturunkan ayat ke atas seorang lelaki, kemudian lelaki itu mati akan matilah ayat mahupun kitab, tetapi ia terus hidup pada orang yang tinggal sebagaimana berlaku pada orang-orang dahulu.»

Dan Dikeluarkan juga dalam Al-Kafi (1/192) dengan sanad dari «Abu Ja'far (as) dalam pada mengatakan firman Allah TWT,
"إِنَّمَا أَنتَ مُنذِرٌ ۖ وَلِكُلِّ قَوْمٍ هَاد"
[Sesungguhnya kamu hanyalah seorang pemberi peringatan; dan bagi tiap-tiap kaum ada orang yang memberi petunjuk.] maka beliau berkata: Rasulullah (S) pemberi peringatan (Al-Munzhir) dan Ali pemberi petunjuk (Al-Hadi), Maka demi Allah, tidak akan pergi dari kami dan tidak akan terhenti pada kami hingga kiamat (Al-Saat).»


Hadith Man Kuntu Maulahu Fa Ali Maulahu
(من كنت مولاه فعلي مولاه) [5]

Berikut Ini Hadits Dari Beberapa Sumber:

Musnad Ahmad: Abdullah telah memberitahu kepada kami dari bapaku dari Ibn Namir dari Abdul Malik, dari Abi Abdul Rahim Al-Kindi dari Zazhan bin Omar, katanya

سمعت عليا في الرحبة وهو ينشد الناس من شهد رسول الله صلى الله عليه وسلم يوم غدير خم وهو   يقول ما قال فقام ثالثة عشر رجال فشهدوا انهم سمعوا رسول الله صلى الله عليه وسلم وهو يقول من كنت مولاه فعلي مولاه« .

«Aku mendengar Ali bin Abi Thalib berbicara di hadapan khalayak, seraya berkata: “Sesiapa yang menyaksikan Rasulullah (S) pada hari Ghadir Khum menyampaikan sesuatu, maka berdirilah 13 orang yang bersaksi bahawa mereka mendengarkan Rasulullah dan baginda bersabda: Sesiapa yang menganggap aku Maula-nya maka Ali juga adalah Maulanya.”» [6]

                               
«Musnad Ahmad: Abdullah telah memberitahu kepada kami dari Ali bin Hakim Al-Audi memberitakan kepada kami bersama dari Abi Ishaq dari Sa’id bin Wahab dan dari Zaid bin Yatsiq keduanya berkata

نشد علي الناس في الرحبة من سمع رسول الله صلى الله عليه وسلم يقول يوم غدير خم الأ قام قال فقال من قبل سعيد ستة ومن قبل زيد ستة فشهدوا انهم سمعوا رسول الله صلى الله عليه وسلم يقول لعلى رضي الله عنه يوم غدير خم أليس الله أولى بالمؤمنين قالوا بلى قال اللهم من كنت مولاه فعلى مولاه اللهم وال من والأه وعاد من عاداه«  
“Ali pernah meminta kesaksian orang-orang di tanah lapang “Sesiapa yang telah mendengar Rasulullah (S) bersabda pada hari Ghadir Khum maka berdirilah?. Enam orang berdiri di hadapan Sa’id dan juga berdiri enam orang yang lain di hadapan Za’id. Mereka bersaksi bahwa sesungguhnya mereka pernah mendengar Rasulullah (S) bersabda untuk Ali di Ghadir Khum “Bukankah Allah lebih berhak terhadap kaum mukminin”. Mereka menjawab “benar”. Baginda bersabda “Ya Allah barangsiapa yang aku menjadi pemimpinnya (maulanya) maka Ali juga menjadi pemimpinnya, dukunglah orang yang mendukungnya dan musuhilah orang yang memusuhinya.”» [7]

Musnad Ahmad: «Abdullah telah memberitahu kepada kami dari Ubaidillah bin Omar Al-Qawaariri dari Yunus ibn Arqam dari Yazid bin Abu Ziad dari Abdul Rahman bin Abi Laila, ia berkata: “Aku menyaksikan Ali di tanah lapang berkata kepada khalayak ramai: “Aku memohon kepada Allah, siapa di antara kalian yang mendengar Rasulullah (S) bersabda pada hari Ghadir Khum: “Barang siapa yang menjadikanku walinya (maula), maka hendaklah ia menjadikan Ali walinya, aku berharap boleh berdiri dan bersaksi?“ Maka berkata Abdul Rahman: “Maka berdiri 12 orang yang turut dalam perang Badar, seakan aku melihat salah seorang dari mereka, berkata: “Kami bersaksi bahawa kami mendengar Rasulullah bersabda: “Bukankah aku lebih utama dari orang-orang Mukmin dari diri mereka sendiri, dan isteri-isteriku adalah ibu-ibu mereka?” Maka kami menjawab: “Banar ya Rasulullah!”. Baginda bersabda lagi: “Siapa yang menjadikanku walinya, hendaklah ia menjadikan Ali walinya. Ya Allah dukunglah orang yang mendukungnya, dan musuhilah orang yang memusuhinya!”» [8]

Musnad Ahmad: « Abdullah telah memberitahu kepada kami dari Hajjad bin as-Sya’ir, dari Syababah, dari Naim bin Hakim, dari Abu Maryam dan seorang lelaki dari sahabat-sahabat Ali dari Ali (ra), bahawa Nabi (S) bersabda pada hari Ghadir Khum: “Barang siapa menjadikanku walinya, hendaklah ia menjadikan Ali walinya” ia berkata: lalu orang-orang bertambah ramai - setelah itu: “dukunglah orang yang mendukungnya, dan musuhilah orang yang memusuhinya!”» [9]
                                                

Musnad Ahmad: « Abdullah telah memberitahu kepada kami dari dari bapaku dari Affan dari Hammad bin Salamah, dari Ali bin Zaid dari ‘Aadi bin Tsabit dari Al-Baraa’ bin ‘Aazib,

قال كنا مع رسول الله صلى الله عليه وسلم في سفر فنزلنا بغدير خم فنودي فينا الصلاة جامعة وكسح لرسول الله صلى الله عليه وسلم تحت شجرتين فصلى الظهر وأخذ بيد علي رضى الله تعالى عنه فقال ألستم تعلمون انى أولى بالمؤمنين من أنفسهم قالوا بلى قال ألستم تعلمون انى أولى بكل مؤمن من نفسه قالوا بلى قال فأخذ بيد علي فقال من كنت مولاه فعلى مولاه اللهم وال من والأه وعاد من عاداه قال فلقيه عمر بعد ذلك فقال له هنيئا يا ابن أبي طالب أصبحت وأمسيت مولى كل مؤمن ومؤمنة«
dia berkata kami bersama Rasulullah (S), dalam perjalanan lalu turun ke Ghadir Khum maka diseru untuk bersholat jamaah dan dibersihkan untuk Rasulullah (S), di bawah dua pohon, selepas bersholat Dzohor baginda mengangkat tangan Ali (ra) lalu bersabda, Adakah kamu sekelian tahu aku lebih utama atas semua orang-orang mukmin atas diri mereka sendiri? Mereka berkata: Ya. Dikatakan lalu baginda mengangkat tangan Ali lalu bersabda, Siapa yang menganggap aku Maula-nya maka Ali adalah Maula-. Ya Allah, dukunglah orang yang mendukungnya, dan musuhilah orang yang memusuhinya. Dikatakan Umar kemudian menemuinya dan berkata kepadanya, Tahniah wahai Ibn Abi Talib selamat datang dan selamat menjadi maula bagi seluruh mukmin dan mukminah.» [10]
                      
Musnad Ahmad: «Abdullah telah memberitahu kepada kami dari bapaku dari Hussein bin Muhammd dan Abu Nu’aim bermaksud kedua-dua berkata dari Fathir dari Abi Al-Thufail dia berkata, Ali (ra)
Mengumpulkan orang-orang di tanah lapang dan berkata “Aku meminta dengan nama Allah agar setiap muslim yang mendengar Rasulullah (S) bersabda di Ghadir khum terhadap apa yang telah didengarnya. Ketika ia berdiri maka berdirilah tigapuluh orang dari mereka. Abu Nu’aim berkata “kemudian berdirilah banyak orang dan memberi kesaksian yiitu ketika Rasulullah (S) memegang tangannya (Ali) dan bersabda kepada manusia “Bukankah kalian mengetahui bahawa aku lebih berhak atas kaum mu’min lebih dari diri mereka sendiri”. Para sahabat menjawab “benar ya Rasulullah”. Baginda bersabda “barang siapa yang menjadikan Aku sebagai pemimpinnya maka Ali pun adalah pemimpinnya, Ya Allah dukunglah orang yang mendukungnya dan musuhilah orang yang memusuhinya. (Abu Thufail) berkata “ketika itu muncul sesuatu yang mengganjal dalam hatiku maka aku pun menemui Zaid bin Arqam dan berkata kepadanya “sesungguhnya aku mendengar Ali (ra) berkata begini begitu, Zaid berkata “Apa yang patut diingkari, aku mendengar Rasulullah (S) berkata seperti itu tentangnya.» [11]
                                  
Musnad Ahmad: «Abdullah telah memberitahu kepada kami dari bapaku dari Muhammad Bin Jaafar dari Syu’bah dari Maimun dari Abi Abdillah katanya, Aku bersama Zaid bin Arqam lalu datang seorang lelaki dari jauh Al-Fusthas bertanya kepadanya tentang penyakit, beliau berkata bahawa Rasulullah (S) bersabda, Bukankah aku lebih berhak atas kaum mu’min lebih dari diri mereka sendiri, mereka berkata Ya, Baginda bersabda “barang siapa yang menjadikan Aku sebagai pemimpinnya maka Ali pun adalah pemimpinnya, Maimon berkata diberi sebahagian kaum dari Zaid bahawa Rasulullah (S) bersabda , Ya Allah dukunglah orang yang mendukungnya dan musuhilah orang yang memusuhinya » [12]

Musnad Ahmad: «Abdullah telah memberitahu kepada kami dari bapaku dari Muhammad Bin Jaafar dari Syu’bah dari Abi Ishaq, dia berkata: Aku mendengar Sa’id bin Wahab berkata dengan kuat dan secara terbuka pada orang ramai, maka berdiri lima atau enam daripada sahabat Nabi (S) maka mereka bersaksi bahawa Rasulullah (S) bersabda, Sesiapa yang menganggap aku Maula-nya maka Ali adalah Maula-nya.» [13]       

Musnad Ahmad: «Abdullah telah memberitahu kepada kami dari bapaku dari Aswad bin ;Aamir iaitu Abu Israel, dari Al-Hakim dari Abu Salman dari Zaid bin Arqam berkata, Ali memintak kesaksian pada orang ramai dia berkata, Aku bermohon kepada Allah sesiapa mendengar Nabi (S) bersabda. Ya Allah Sesiapa yang menganggap aku Maula-nya maka Ali adalah Maula-nya Ya Allah dukunglah orang yang mendukungnya dan musuhilah orang yang memusuhinya. katanya berdirilah enam belas orang lelaki lalu memberi kesaksian.» [14]
                                     
Musnad Ahmad: «Abdullah telah memberitahu kepada kami dari bapaku dari Yahya bin Adam dari Hanash bin Al-Harits bin Laqith Al-Nakha'ei Al-Asyja'ei dari Riyah bin Al-Harth, dia berkata Rahat datang kepada Ali di ruang terbuka, mereka berkata, Salam atas kamu, Ya Maulana Ali berkata, Bagaimana aku boleh menjadi Maula kalian, dan kalian orang-orang Arab. Mereka berkata, Kami mendengar Rasulullah (S) pada hari Ghadir Khum, baginda bersabda Sesiapa yang menganggap aku Maula-nya maka maka orang ini adalah Maula-nya. Riyah berkata apabila berakhir orang-orang itu nerpergian lalu aku bertanya kepada mereka yang ada di situ, maka mereka mengatakan sekumpulan dari ansar termasuk Abu Ayub Al-Ansari.» [15]

Sunan Ibn Majah: « Ali bin Mohammed telah memberitahu kepada kami dari Abu Muawiyah dari Musa bin Muslim dari Ibn Sabith, dia adalah Abdul Rahman dari Saad bin Abi Waqash, dia berkata,

قدم معاوية في بعض حجاته، فدخل عليه سعد، فذكروا عليا. فنال منه. فغضب سعد، وقال: تقول هذا لرجل سمعت رسول الله صلى الله عليه وسلم يقول "من كنت مولاه فعلى مولاه". وسمعته يقول أنت منى بمنزلة هارون من موسى الأ أنه لا نبي بعدي". وسمعته يقول "لأعطين الراية اليوم رجلا يحب الله ورسوله"؟«

”Ketika Muawiyah malaksanakan ibadah haji maka Saad datang menemuinya. Mereka kemudian membicarakan Ali lalu Muawiyah mencelanya. Mendengar hal ini maka Sa’ad menjadi marah dan berkata ”kamu berkata seperti ini pada seseorang dimana aku telah mendengar Rasulullah (S) bersabda ”barangsiapa yang Aku adalah maulanya maka Ali adalah maulanya”. Dan aku juga mendengar Rasulullah (S) berkata kepada Ali ”Kamu di sisiku sama seperti kedudukan Harun di sisi Musa hanya saja tidak ada Nabi selepasku”. Dan aku juga mendengar Rasulullah (S) berkata kepada Ali ”Sungguh akan Aku berikan panji hari ini pada orang yang mencintai Allah dan RasulNya.”« [16]
           
Sunan Al-Tirmidhi: »Muhammad bin Bashar memberitahu dari Muhammad bin Jaafar dari Syu’bah dari Salamah bin Kahil, dia berkata:

سمعت أبا الطفيل يحدث عن أبي سريحة أو زيد بن أرقم شك شعبة عن النبي صلى الله عليه وسلم قال: "من كنت مولاه فعلى مولاه". هذا حديث حسن غريب«

Aku mendengar Aba Al-Thufail pada hadits dari Abi Sarihah atau Zaid bin Arqam, ia diragui Syu’bah dari Nabi (S) bersabda: Katanya "Sesiapa yang menganggap aku Maula-nya maka Ali adalah Maula-nya." Hadits ini hasan (bagus sanadnya) dan gharib (tidak dikenal/asing).«[17]

Mustadrak - Al-Hakim Al-Naisaburi: «(DIberitahu kami) Abu Al-Hussein Muhammad bin Ahmad bin Tamim Al-Handala di Baghdad dari Abu Qulabah Abdul Malik bin Muhammad Al-Raqasyi dari Yahya Ibn Hammad (dan diberitahu oleh) Abu Bakar Muhammad bin Ahmad bin Bilwaih dan Abu Bakar Ahmad bin Jaafar al-Bazzar (kedua-duanya mengatakan) dari Abdullah bin Ahmad Ibn Hanbal dari bapaku dari Yahya bin Hammad (dan dari) Abu Nashir Ahmad bin Sahl Al-Faqih (guru) Bukhari dari Saleh bin Muhammad Al-Hafiz Al-Baghdadi dari Khalaf bin Salim Al-Makhrami dari Yahya bin Hammad dari Abu ‘Awana dari Suleiman Al-A’masy katanya, dari Habib bin Abi Tsabit dari Abu Al-Thufail dari Zaid bin Arqam (ra), berkata ketika

لما رجع رسول الله (صلى الله عليه وآله(  من حجة الوداع ونزل غدير خم امر بدوحات فقممن فقال كأني قد دعيت فأجبت اني قد تركت فيكم الثقلين أحدهما أكبر من الأخر كتاب الله تعالى وعترتي فانظروا كيف تخلفوني فيهما فإنهما لن يتفرقا حتى يردا علي الحوض ثم قال إن الله عز وجل مولاي وانا مولى كل مؤمن ثم اخذ بيد علي رضي الله عنه فقال من كنت مولاه فهذا وليه اللهم وال من والأه وعاد من عاداه وذكر الحديث بطوله.
هذا حديث صحيح على شرط الشيخين ولم يخرجاه بطوله.


Rasulullah (S) kembali dari Haji Al-Wada, dan sampai di Ghadir khum, dan menunjukkan pada beberapa pohon dan mendekatinya, kemudian bersabda : Hari-hariku sudah akan berakhir dan aku akan menerima panggilannya, aku sudah meninggalkan bagimu Al-Tsaqalain (dua yang berharga), yang satunya lebih besar dari yang berikutnya dan keduanya lebih utama dari yang lainnya iaitu Kitab Allah Ta’ala dan Itrati (keturunanku) maka lihatlah bagaimana perilaku kalian (setelahku) terhadap mereka, kedua-duanya tidak akan berpisah sampai keduanya bertemu denganku di Al-Haudh (Telaga di Mahsyar), kemudian baginda bersabda : Sesungguhnya Allah AWJ maulaku dan aku wali seluruh mukminin, kemudian (baginda) memegang lengan Ali (ra) dan bersabda :”Barang siapa yang menjadikan aku maulanya maka orang ini (Ali) adalah walinya, Ya Allah lindungilah orang yang melindunginya dan musuhilah orang yang memusuhinya, disebut dalam hadits yang panjang.

Hadits ini sahih mengikut syarat sheikhain (Bukhari Muslim) meskipun mereka tidak mengeluarkannya.
.
(شاهده) حديث سلمة بن كهيل عن أبي الطفيل أيضا صحيح على شرطهما (حدثناه) أبو بكر بن إسحاق ودعلج بن أحمد الخجزي (قالأ) أنبأ محمد بن أيوب ثنا الأزرق بن علي ثنا حسان بن إبراهيم الكرماني ثنا محمد بن سلمة بن كهيل عن أبيه عن أبي الطفيل عن ابن واثلة انه سمع زيد بن أرقم رض ي الله عنه يقول نزل رسول الله (صلى الله عليه وآله) بين مكة والمدينة عند شجرات خمس دوحات عظام فكنس الناس ما تحت الشجرات ثم راح رسول الله (صلى الله عليه وآله) عشية فصلى ثم قام خطيبا فحمد الله وأثنى عليه وذكر ووعظ فقال ما شاء الله أن يقول ثم قال أيها الناس اني تارك فيكم أمرين لن تضلوا ان اتبعتموهما وهما كتاب الله وأهل بيتي عترتي ثم قال أتعلمون اني أولى بالمؤمنين من أنفسهم ثلاث مرات قالوا نعم فقال رسول الله (صلى الله عليه وآله) من كنت مولاه فعلي مولاه. وحديث بريدة الأسلمي صحيح على شرط الشيخين«.  

(Syahadah - kesaksian)* Hadits Salamah bin Kahil dari Abu Al-Thufail juga sahih mengikut syarat kedua-duannya Telah menceritakan kepada kami Abu Bakr bin Ishaaq dan Da’laj bin Ahmad Al-Sajziy, keduanya berkata : Telah memberitakan Muhammad bin Ayub : Telah menceritakan kepada kami Al-Azraq bin ‘Aliy : Telah menceritakan kepada kami Hassaan bin Ibraahiim Al-Kirmaaniy, : Telah menceritakan kepada kami Muhammad bin Salamah bin Kuhail, dari ayahnya, dari Abuth-Thufail bin Waatsilah : Bahwasannya ia mendengar Zaid bin Arqam (ra) berkata : “Rasulullah (S) berhenti di suatu tempat antara Makkah dan Madinah di dekat pohon-pohon yang teduh dan orang-orang membersihkan tanah di bawah pohon-pohon tersebut. Kemudian Rasulullah (S) mendirikan shalat. Setelah itu baginda (S) berbicara kepada orang-orang. Baginda memuji dan menyanjung Allah Ta’ala, mengingatkan dan memberikan nasehat dan pengajaran dan mengucapkan apa yang dikehendaki Allah untuk diperkatakan. Kemudian baginda bersabda : ”Wahai sekalian manusia, aku tinggalkan kepadamu dua perkara, yang apabila kamu mengikuti keduanya maka kamu tidak akan tersesat yaitu Kitabullah dan ahlul-baitku ‘itrahku”. Kemudian baginda melanjutkan : “Bukankah aku ini lebih berhak terhadap orang-orang mukmin atas diri mereka sendiri?”. Orang-orang menjawab : “Ya”. Kemudian Rasulullah (S) bersabda: ”Barangsiapa yang menganggap aku sebagai maulanya, maka Ali adalah maulanya” Dan Hadits Buraidah Al-Islami sahih mengikut Sheikhain (Bukhari Muslim.».

*[Syahadah] adalah penyampaian kesaksian atas suatu peristiwa- pent.]

Mustadrak - Al-Hakim Al-Naisaburi: «(DIberitahu kami) Muhammad bin Saleh bin Hana dari Ahmad bin Nashr dikhabarkan kepada kami Muhammad bin Ali al-Syaibani di Kufah dari Ahmad bin Hazim Al-Ghifari (diberitakan) Muhammad bin Abdullah Al-‘Amri dari Muhammad ibn Ishaq dari Muhammad bin Yahya dan Ahmad bin Yusuf (mereka berkata ) dari Abu Nu’aim dari Ibn Abi Ghaniah dari Al-Hakim dari Sa’id bin Jubair Ibn Abbas dari
Buraidah (ra) meriwayatkan:

غزوت مع علي إلى اليمن فرأيت منه جفوة فقدمت على رسول الله )صلى الله عليه وآله) فذكرت عليا فتنقصته فرأيت وجه رسول الله (صلى الله عليه وآله) يتغير فقال يا بريدة الست أولى بالمؤمنين من أنفسهم قلت بلى يا رسول الله فقال من كنت مولاه فعلي مولاه وذكر الحديث. هذا حديث صحيح على شرط مسلم ولم يخرجاه«

“Aku menyerang Yaman bersama Ali dan aku melihat kekerasan hati dari dirinya, lalu ketika aku kembali menghadap Rasulullah (S) dan menyebut tentang Ali dan mengatanya, aku melihat wajah Rasulullah (S) berubah dan baginda bersabda: “Ya Buraidah, Bukankah aku lebih berhak atas orang-orang beriman daripada diri mereka sendiri?” Aku jawab “Benar ya Rasulullah”, beliau berkata “Siapa yang menganggap aku Maula-nya maka Ali adalah Maula-nya.”

Hadits ini sahih mengikut syarat Muslim meskipun dia tidak mengeluarkannya » [18]
                  
Mustadrak - Al-Hakim Al-Naisaburi: «( Dikhabarkan kepadaku) Walid dan Abu Bakr bin Quraisy dari Al-Hassan bin Sufian dari Muhammad bin ‘Abduh dari Al-Hasan bin Al-Hussein dari Rafa’ah bin Ayas Al-Dhabbi dari bapanya dan dari datuknya, dia berkata

كنا مع علي يوم الجمل فبعث إلى طلحة بن عبيد الله ان القنى فاتاه طلحة فقال نشدتك الله هل سمعت رسول الله (صلى الله عليه وآله) يقول من كنت مولاه فعلى مولاه اللهم وال من والأه وعاد من عاداه قال نعم قال فلم تقاتلني قال لم اذكر قال فانصرف طلحة«

kami bersama Ali pada Hari (perang) Jamal beliau diutus untuk menemui Thalhah bin Ubaidillah maka dia datang kepada Thalhah lalu berkata, Pintalah kepada Allah, Tidakkah engkau pernah mendengar Rasulullah (S) bersabda, Barang siapa yang menjadikan aku maulanya maka orang ini (Ali) adalah walinya, Ya Allah lindungilah orang yang melindunginya dan musuhilah orang yang memusuhinya, dia berkata, Ya. dia berkata maka kamu tidak berperang, dia menjawab aku tidak menyebutnya, Lalu dia pergi meninggalkan Thalhah.» [19]

Mustadrak - Al-Hakim Al-Naisaburi: «(Dikhabarkan kepadaku) Muhammad bin 'Ali Al-Syaibani di Kufah, berkata kepadaku Ahmad Bin Hazm Al-Ghifari, berkata kepadaku Abu Nu'aim, berkata padaku Kamil Abu Al-'Ala, dia berkata: Aku mendengar Habib bin Abi Tsabit diberitahukan dari Yahya bin Ja'dah dari Zaid bin Arqam (ra) katanya :

خرجنا مع رسول الله (صلى الله عليه وآله وسلم) حتى انتهينا إلى غدير خم فأمر بروح فكسح في يوم ما أتى علينا يوم كان أشد حرا منه فحمد الله وأثنى عليه وقال يا أيها الناس انه لم يبعث نبي قط الأ ما عاش نصف ما عاش الذي كان قبله واني أوشك أن ادعى فأجيب واني تارك فيكم ما لن تضلوا بعده كتاب الله عزوجل ثم قام فاخذ بيد علي رضي الله عنه فقال يا أيها الناس من أولى بكم من أنفسكم قالوا الله ورسوله اعلم قال من كنت مولاه فعلي مولاه. هذا حديث صحيح الأسناد ولم يخرجاه«  


Kami keluar bersama Rasulullah (S) sampai pada sebuah tempat "Ghadir Khum" , kemudian beliau menyuruh kami untuk beristirahat, maka kami menunda perjalanan pada hari itu, di mana cuaca sangat panas. Kemudian baginda bertahmid dan meninggikan Allah dan bersabda : Wahai manusia, aku bukan hanya diutus sebagai seorang nabi shaaja, aku juga sebagai manusia biasa seperti kalian, yang aku menerimanya dan hampir aku akan dipanggil  danaaku akan menyahutnya, dan aku tinggalkan untuk kalian sesuatu yang akan membuat kalian tidak akan tersesat selepasaku, iaitu kitabullah AWJ, kemudian Rasul berdiri dan megangkat tangan Ali (ra) dan berkata: Wahai manusia siapakah yang lebih utama dari diri kamu sendiri? Mereka berkata: Allah dan RasulNya yang mengetahui. Lalu bagunda bersabda: ”Barangsiapa yang menganggap aku sebagai maulanya, maka Ali adalah maulanya.

Hadits ini isnadnya sahih meskipun Al-Bukhari dan Muslim tidak mengeluarkannya » [20]

Al-Mushnaf - Ibn Abi Syaibah: »Diberitahu kepada kami oleh Muthalib bin Ziyad dari Abdullah bin Muhammad bin Aqil dari Jabir bin Abdullah dia berkata: Kami pulang dari berhaji dan sampai di Ghadir Khum, ketika itu Rasulullah, (S) keluar baginda mengangkat tangan Ali sambil bersabda: " Barangsiapa yang menganggap aku sebagai maulanya, maka Ali adalah maulanya. "»

Al-Mushnaf - Ibn Abi Syaibah: » Diberitahu bersama kepada kami dari Hanash bin Al-Harits dari Rabah bin Al-Harits; dia berkata:

بينا علي جالسا في الرحبة إذ جاء رجل عليه أثر السفر فقال: السلام عليك يا مولاي، فقال: من هذا، فقالوا: هذا أبو أيوب الأنصاري، فقال: إني سمعت رسول الله صلى الله عليه وسلم يقول: من كنت مولاه فعلي مولاه« [21]

Kami duduk bersama Ali di ruangan luas ketika seorang lelaki dengan kesan perjalanan datang kepadanya dan berkata: Salam atas kamu wahai tuan, maka beliau ditanya: Siapa ini, mereka berkata: Ini ialah Abu Ayub Al-Ansari, beliau berkata : Aku mendengar Rasulullah (S) bersabda: Sesiapa yang menganggap aku sebagai maulanya, maka Ali adalah maulanya[21]


-------------------------------------
 [1] Diriwayatkan dalamP
- Mustadrak - Al-Hakim Al-Naisaburi:: Jilid 3: halaman 129, Dari Ali (as)
- Kanz Al-‘Umal – Al- Muttaqi: Al-Hindi Jilid 2: halaman 441, Dari Ali (as).
- Nizam Durur Al-Simathain – Al-Zarandi Al-Hanafi: halaman 89-90, dari Abu Barzah Al-Islami dan Ibn Abbas.. – Tafsir Al-Thabari: Jilid 13: halaman 142, dari Ibnu Abbas..
- Tarikh Madinah Damsyik – Ibn ‘Asakir:. Jilid 42: halaman 359 dan 360, dari Abd Khair dan Abdullah Al-Asadi dengan lafaz, "seorang lelaki dari Bani Hashim" yang disebut dalam:
- Musnad Ahmad: Jilid 1: halaman 126 .dari Ali (as).
- Al-Mu’jam Al-Shaghir – Al-Thabrani. Jilid 1: halaman 261 .dan Al-Mu’jam Al-Ausath: Jilid 2: halaman 94, dan Jilid 5: halaman 153, Jilid 7: halaman 379.
- Majmu’ Al-Zawaid – Al-Haithami: Jilid 7: halaman 41, dari Abdullah.
[2] Ibn Hajar di dalam Fath Al-Bari: Jilid 8: halaman 285, mengenai hadits ini bahawa "dengan isnad hasan."
[3] Al-Hakim berkata: "hadits ini sanadnya shahih meskipun Al-Bukhari dan Muslim tidak mengeluarkannya."
[4] Diriwayatkan oleh Al-Thabrani dalam Al-Mu’jam Al-Ausath: Jilid 2: halaman 94, Jilid 5: halaman 153-154; Musnad Ahmad bin Hanbal:. Jilid 1: halaman 126, dan disahihkan oleh Ahmad Muhammad Syakir dalam ulasannya terhadap Musnad Ahmad: Jilid 8: halaman 48-49 No.1041. ketika ia berkata: "Sanadnya sahih. Al-Muthalib bin.. Ziad bin Abi Zuhair Al-Tsaqafi Al-Kufi, tsiqah (dipercaya), Juga dianggap tsiqah oleh Ahmad dan Ibn Mu’in dan lain-lain, dan diterjemahkan Bukhari dalam Al-Kabir 4/2/8 tidak disebut Jarh (perawinya) ... dan hadits ini tambahan Abdullah bin Ahmad "yang dikeluarkankan oleh Al-Haithami dalam Majmu’ Al-Zawaid:. Jilid 7: halaman 41 dan berkata, " Diriwayatkan oleh Abdullah bin Ahmad, dan Al-Thabrani dalam Al-Shaghir dan Al-Ausath dan Al-Rijal-nya Musnad boleh dipercayai (tsiqah)."
[5] Hadits yang disebut dalam:
- Musnad Ahmad: Jilid 1: halaman 84, 118, 119 dan 152, dan Jilid 4: halaman 281 dan 370 dan 373, dan Jilid 5: halaman 366, 373 dan 419, dari Ali (as) dan Zazan bin Omar dan Sa’id bin Wahab dan Zaid bin Yatsi’ dan Abdul Rahman Ibn Abi Laila dan Al-Bara bin ‘Azib dan Abi Al-Thufail dan Zaid bin Arqam dan Zabah bin Al-Harits.
- Sunan Ibn Majah: Jilid 5: halaman 297, Sa’ad bin Abi Waqash
- Sunan Al-Tirmizhi: Jilid 5: halaman 297, dari Abi Sarihah atau Zaid bin Arqam
- Al-Mustadrak - Al-Hakim Al-Naisaburi: Jilid 5: halaman 109-110, 371 dan 533, dari Zaid bin Arqam dan Buraidah Al-Islami
- Al-Mushnaf - Ibn Abi Shaibah Al-Kufi: Jilid 7: halaman 495, 496, 499, 503 dan 506, dari Jabir bin Abdullah bin Rabah Al-Harith dan Sa’ad dan Zaid bin Yatsi’ dan Al-Baraa dan Buraidah. -
Sunan Al-Kubra – Al-Nasa’ei: Jilid 5: halaman 45, 108, 130, 131, 132, 134 dan 136, dari Buraidah
Dan Sa’ad bin Abi Waqash dan ‘Umirah bin Sa’ad bin Sa’id bin Wahab dan Zaid bin Yatsi’ dan Abi Al-Thufail dan ‘Amru Zhi Murr. -
- Musnad Abi Ya’la: Jilid 1: halaman 429, Jilid 11: halaman 307 dari Abdul Rahman bin Abi Laila dan Abi Yazid. Al-Audi
- Sahih Ibn Hibban: Jilid 15: halaman 376 dari Abi Al-Thufail.
- Majmu’ Al-Zawaid – Al-Haithami: Jilid 7: halaman 103 "Bab Sabda (S) Man Kuntu Maulaahu," dari Ali (as) dan Rabah bin Al-Harith dan Amr Zhi Murr dan Zaid bin Arqam dan Abi Al-Thufail dan Sa’id bin Wahab dan Zaid bin Yatsi’ dan Abdul Rahman Ibn Abi Laila dan Ibn Umar dan Malik bin Huwairits dan Habasyi bin Janadah dan Jairi dan Ziad bin Muthrif dan Nazhir dan Sa’ad bin Abi Waqash dan Zadan Abi Umar dan ‘Ammarah, dan Ibn Abbas dan ‘Umairah binti Sa’ad dan ‘Umair bin Sa’ad dan Abu Sa’id dan Abdullah bin Mas’ud dan Buraidah dan ramai lagi yang lain..
Al-Albani berkata, "Hadits:
من كنت موَّله فعلي موَّله، اللهم وال من ولاَّه، وعاد من عاداه
dan ia adalah hadits sahih muktamad, ia datang dari jalan jamaah sahabat yang meriwayatkan hadits-hadits kumpulan daripadanya, dan pada sebahagian daripadanya lebih daripada satu jalan, dan semuanya telah diriwayatkan dan diucapkan dalam rantaian sanad "rantaian hadis-hadis sahih (1750)" Ahl Sunnah - Ibn Abi ‘Ashim, padanya Dzilal Al-Jannah Fi Tarikh Al-Sunnah - Muhammad Nashir Al-Albani: halaman 552
[6] Musnad Ahmad: Jilid 1: halaman 84.
[7] Musnad Ahmad: Jilid 1: halaman 118.
[8] Musnad Ahmad: Jilid 1: halaman 119.
[9] Musnad Ahmad: Jilid 1: halaman 152.
[10] Musnad Ahmad: Jilid 1: halaman 281 ..
[11] Musnad Ahmad: Jilid 1: halaman 370.
[12] Musnad Ahmad: Jilid 4: halaman 373.
[13] Musnad Ahmad: Jilid 5: halaman 366.
[14] Musnad Ahmad: Jilid 5: halaman 370.
[15] Musnad Ahmad: Jilid 5: halaman 419.
[16] Sunan Ibn Majah: Jilid 1: halaman 45..
[17] Sunan Tirmizhi: Jilid 1: halaman 297.
[18] Mustadrak - Al-Hakim Al-Naisaburi: Jilid 3: halaman 109-110.
[19] Mustadrak - Al-Hakim Al-Naisaburi: Jilid 3: halaman 371.
[20] Mustadrak - Al-Hakim Al-Naisaburi: Jilid 3: halaman 533.
[21] Al-Mushnaf - Ibn Abi Shaibah: Jilid 7: halaman 495-496


Sebelum ✡✡ MENU ✡✡ Berikutnya