Contoh: Soalan  seorang Sunni terhadap dakwah Al-Syed Ahmad Al-Hassan 
  
بسم
  الله الرحمن الرحيم،  
السلام
  عليكم يا سيد الحسن ورحمة الله وبركاته 
  
Kemudiannya
  ... Saya suka untuk memberitahu tuan bahawa saya adalah seorang Sunni dan
  kini terkapai-kapai kerana saya tidak tahu riwayat Aali Bait yang mengesahkan
  bahawa tuan adalah washi Al-Imam (as). Saya harap tuan boleh membantu saya mengenainya,
  ditambah pula saya ingin tuan membimbing saya dengan kitab-kitab fiqah supaya
  saya boleh beribadat dengannya. Bolehkah saya bertaqlid kepada marajik atau
  tidak? Ada beberapa perkara yang saya perlukan untuk menghujjah dengan Ahl
  Sunnah. 
Saya mohon
   kepada Allah agar membimbing kita semua
  .. Maulana Karim ..  
والسلام
  عليكم ورحمة الله وبركاته. 
  
Pengirim:
  Abdul 3aal Salimah - Mesir 
  
Jawapan:  
  
بسم
  الله الرحمن الرحيم،  
الحمد
  لله رب العالمين، وصلى الله على محمد وآله الأئمة والمهديين وسلم تسليماً. 
   
   
Selepas semua
  itu... untuk riwayat-riwayat, yang menjadi nash dan mengesahkan bahawa Al-Syed
  Ahmad Al-Hasan adalah washi dan utusan Imam Mahdi (as) boleh di dapati laman
  web ansar Imam al-Mahdi (as) iaitu: www.mahdyoon.org,
   
Terutamanya
  kitab khusus daripadanya: kitab  
(Wasiat
  Dan Washi Ahmad Al-Hasan),  
kitab 
Al-Yamani
  Hujjah Allah,  
Dan kitab 
(Ringkasan
  dakwah Al-Syed Ahmad Al-Hassan) dan banyak lagi. 
Bagi kitab-kitab
  Fiqh telah dikeluarkan dua Juzuk dari Kitab Syaraei3 Al-Isla.m, Ia adalah kenyataan hukum-hukum dari Imam Mahdi (as) melalui
  Al-Syed Ahmad Al-Hassan. Kita tidak dibenarkan bertaqlid kepada mana-mana
  orang yang bukan maksum atau yang dilantik secara langsung. 
  
Bagi
  hujah masyarakat umum (Ahl Sunnah) dan untuk membuktikan hak Amirul Mukminin
  (as), Al-Syed Ahmad Al-Hassan menulis dalam beberapa kitab beliau mengenainya,
  dan juga dia mengeluarkan Kitab (Ketuanan  Allah Bukan Ketuanan Manusia), dan akan dikeluarkan beberapa kitab mengenainya
  oleh ansar Imam Mahdi (as) Insya Allah. 
  
Tetapi
  sekarang saya akan mengingatkan sebahagian daripada apa yang ditulis oleh Al-Syed
  Ahmad Al-Hassan, ia merupakan peraturan ilahi untuk mengenal Al-Hujah pada
  setiap zaman, dan saya memohon kepada Allah agar memberi taufiq kepada saudara
  untuk menolong Aali Muhammad (as): 
  
Keterangan
  dari Kitab Iidha'at Min Da3watu Al-Mursalin J 3 / Bahagian II: (.... 
  
﴿ثُمَّ بَدَا لَهُمْ مِنْ بَعْدِ مَا
  رَأَوُا الْآياتِ لَيَسْجُنُنَّهُ حَتَّى حِينٍ﴾ 
  
Kemudian timbul fikiran pada mereka setelah melihat
  tanda-tanda (kebenaran Yusuf) bahawa mereka harus memenjarakannya sampai
  sesuatu waktu. [151]. 
  
﴿وَلَقَدْ جَاءَكُمْ يُوسُفُ مِنْ قَبْلُ
  بِالْبَيِّنَاتِ فَمَا زِلْتُمْ فِي شَكٍّ مِمَّا جَاءَكُمْ بِهِ حَتَّى إِذَا
  هَلَكَ قُلْتُمْ لَنْ يَبْعَثَ اللَّهُ مِنْ بَعْدِهِ رَسُولاً كَذَلِكَ يُضِلُّ
  اللَّهُ مَنْ هُوَ مُسْرِفٌ مُرْتَابٌ﴾ 
  
Dan sesungguhnya telah datang Yusuf kepadamu dengan
  membawa keterangan-keterangan, tetapi kamu senantiasa dalam keraguan tentang
  apa yang dibawanya kepadamu, hingga ketika dia meninggal, kamu berkata:
  "Allah tidak akan mengirim seorang (rasul pun) sesudahnya. Demikianlah
  Allah menyesatkan orang-orang yang melampaui batas dan ragu-ragu. [152]. 
  
Tanda-tanda
  (mukjizat) yang mengiringi Yusuf (as) Insyaallah bukanlah tongkat yang
  menjadi ular dan tangannya tidak bercahaya dan tidak dapat membelah laut, Tetapi
  ia adalah pakaian (baju) yang menunjukkan kebenaran Yusuf (as) dan ia merupakan
  taufik dan penyelesaian ilahi bagi perjalanan Yusuf (as), Siapakah mereka dan
  berapa ramai yang melihat baju yang koyak, bahkan terkoyak pada baju itu sebagai
  tanda (mukjizat)? Dan di manakah mereka yang melihat taufik dan penyelesaian Allah
  kepada Yusuf (as) untuk mengetahui bahawa dia diutus oleh Allah Yang Maha Suci? 
  
Tanda-tanda
  (mukjizat) itu mengiringi Yusuf dan yang melihat orang-orang yang mengiringi
  perjalanan Yusuf (as), tetapi mereka tidak melihat sebagai tanda-tanda (mukjizat),
  dan ia telah memutuskan bahawa 
﴿ثُمَّ بَدَا لَهُمْ مِنْ بَعْدِ مَا
  رَأَوُا الْآياتِ لَيَسْجُنُنَّهُ حَتَّى حِينٍ﴾ 
  
setelah melihat tanda-tanda (kebenaran Yusuf) bahawa
  mereka harus memenjarakannya sampai sesuatu waktu. [153]. 
  
Dari Abi
  Ja’far (as): pada firmanNya: [Kemudian timbul fikiran pada mereka
  setelah melihat tanda-tanda (kebenaran Yusuf) bahawa mereka harus
  memenjarakannya sampai sesuatu waktu,]  
Tanda-tanda
  (mukjizat) tentang kesaksian anak muda dan baju yang terkoyak dari belakang
  dan kedua-duanya berkejaran dari pintu sehingga didengar dia menariknya di
  pintu, Dan apabila dia mengambilnya, dIa masih lagi menekan suaminya sehingga
  masa penahanannya,  
﴿وَدَخَلَ
  مَعَهُ السِّجْنَ فَتَيانِ﴾ 
Dan
  bersama dengan dia masuk pula ke dalam penjara dua orang pemuda  
Dia berkata:
  Dua orang hamba kepada raja itu salah seorang dari mereka tukang roti, seorang
  lagi pembuat minuman, dan yang berdusta tidak melihat mimpi adalah seorang tukang
  roti. [154]. 
  
Tanda-tanda
  (mukjizat) tidak semua mengiringi dakwah dan perjalanan Yusuf (as), tetapi
  apa yang didatangkan kepada semua nabi yang diutus (as) sebagai bukti dakwah Ilahiyah
  yang bertanggung jawab seperti yang dibawa oleh Yusuf (as), dia (as)) tidak
  terkecuali dari para rasul dan jalan mereka satu iaitu untuk menunjukkan
  risalah mereka,  
﴿قُلْ
  مَا كُنْتُ بِدْعاً مِنَ الرُّسُلِ﴾ 
Katakanlah:
  "Aku bukanlah rasul yang pertama di antara rasul-rasul [155],
   
jalan
  mereka jelas (wasiat atau nash, ilmu dan hikmah, panji-panji bai3atu Lillah (ikrar
  taat setia milik Allah) atau Kerajaan Allah atau Hakimiyah Allah),
  ketiga-tiga tanda keterangan yang dibawa oleh Yusuf (as). 
﴿وَلَقَدْ
  جَاءَكُمْ يُوسُفُ مِنْ قَبْلُ بِالْبَيِّنَاتِ﴾ 
Dan
  sesungguhnya telah datang Yusuf kepadamu dengan membawa
  keterangan-keterangan, [156]. 
Sebelum
  kita tahu bagaimana, bila dan di mana Yusuf (as) datang, kita perlu tahu apakah
  ketiga-tiga perkara ini mewakili garis panduan dakwah Ilahiyah secara umum. 
  
Allah
  berfirman  
  
﴿أَلَمْ تَرَوْا أَنَّ اللَّهَ سَخَّرَ
  لَكُمْ مَا فِي السَّمَاوَاتِ وَمَا فِي الْأَرْضِ وَأَسْبَغَ عَلَيْكُمْ
  نِعَمَهُ ظَاهِرَةً وَبَاطِنَةً وَمِنَ النَّاسِ مَنْ يُجَادِلُ فِي اللَّهِ
  بِغَيْرِ عِلْمٍ وَلا هُدىً وَلا كِتَابٍ مُنِيرٍ * وَإِذَا قِيلَ لَهُمُ
  اتَّبِعُوا مَا أَنْزَلَ اللَّهُ قَالُوا بَلْ نَتَّبِعُ مَا وَجَدْنَا عَلَيْهِ
  آبَاءَنَا أَوَلَوْ كَانَ الشَّيْطَانُ يَدْعُوهُمْ إِلَى عَذَابِ السَّعِيرِ *
  وَمَنْ يُسْلِمْ وَجْهَهُ إِلَى اللَّهِ
  وَهُوَ مُحْسِنٌ فَقَدِ اسْتَمْسَكَ بِالْعُرْوَةِ الْوُثْقَى وَإِلَى اللَّهِ
  عَاقِبَةُ الْأُمُورِ﴾ 
  
Tidakkah kamu perhatikan sesungguhnya Allah telah
  menundukkan untukmu apa yang di langit dan apa yang di bumi dan
  menyempurnakan untukmu nikmat-Nya lahir dan batin. Dan di antara manusia ada
  yang membantah Allah tanpa ilmu pengetahuan atau petunjuk dan tanpa Kitab
  yang memberi penerangan.* Dan apabila dikatakan kepada mereka: "Ikutilah
  apa yang diturunkan Allah". Mereka menjawab: "(Tidak), tapi kami
  (hanya) mengikuti apa yang kami dapati bapak-bapak kami mengerjakannya".
  Dan apakah mereka walaupun syaitan itu menyeru mereka ke dalam siksa api yang
  menyala-nyala (neraka)? * Dan barangsiapa yang menyerahkan dirinya kepada
  Allah, sedang dia orang yang berbuat kebaikan, maka sesungguhnya ia telah
  berpegang kepada simpulan tali yang kokoh. Dan hanya kepada Allah-lah
  kesudahan segala urusan. [157] 
. 
Dakwah kebenaran
  tidak mungkin hanya bersendirian, tanpa wujudnya seruan kebatilan yang
  menentangnya, sejak hari pertama nabi telah mewasiatkan kepada mereka siapa
  selepas baginda dengan perintah Allah SWT, kita dapati ada dakwaan yang batil
  yang menentang dakwah kebenaran, Adam (as) yang pertama yang diutus dari nabi-nabi
  Allah, yang mewasiatkan kepada Habil (as), dan Qabil menentang dakwah kebenaran
  dan menuntut hak Khilafah, sehinggalah qurban sebagai ukuran yang menentukan washi
  Adam (as) dan qurban Qabil tidak diterima seperti mana qurban yang
  ditunjukkan Habil washi Adam, Qabil telah mengemukakan ancaman kepada Habil sebagai
  washi dan kemudian membunuhnya tanpa teragak-agak atau takut kepada Allah
  SWT:  
  
﴿وَاتْلُ
  عَلَيْهِمْ نَبَأَ ابْنَيْ آدَمَ بِالْحَقِّ إِذْ قَرَّبَا قُرْبَاناً
  فَتُقُبِّلَ مِنْ أَحَدِهِمَا وَلَمْ يُتَقَبَّلْ مِنَ الْآخَرِ قَالَ
  لَأَقْتُلَنَّكَ قَالَ إِنَّمَا يَتَقَبَّلُ اللَّهُ مِنَ الْمُتَّقِينَ  * لَئِنْ بَسَطْتَ
  إِلَيَّ يَدَكَ لِتَقْتُلَنِي مَا أَنَا بِبَاسِطٍ يَدِيَ إِلَيْكَ ل ِأَقْتُلَكَ
  إِنِّي أَخَافُ اللَّهَ رَبَّ الْعَالَمِينَ * إِنِّي أُرِيدُ أَنْ
  تَبُوءَ بإِثْمِي وَإِثْمِكَ فَتَكُونَ مِنْ أَصْحَابِ النَّارِ وَذَلِكَ
  جَزَاءُ الظَّالِمِينَ  * فَطَوَّعَتْ لَهُ نَفْسُهُ قَتْلَ أَخِيهِ فَقَتَلَهُ
  فَأَصْبَحَ مِنَ الْخَاسِرِينَ﴾ 
  
Ceritakanlah kepada mereka kisah kedua putera Adam
  (Habil dan Qabil) menurut yang sebenarnya, ketika keduanya mempersembahkan
  korban, maka diterima dari salah seorang dari mereka berdua (Habil) dan tidak
  diterima dari yang lain (Qabil). Ia berkata (Qabil): "Aku pasti membunuhmu!".
  Berkata Habil: "Sesungguhnya Allah hanya menerima (korban) dari
  orang-orang yang bertakwa". * "Sungguh kalau kamu menggerakkan
  tanganmu kepadaku untuk membunuhku, aku sekali-kali tidak akan menggerakkan
  tanganku kepadamu untuk membunuhmu. Sesungguhnya aku takut kepada Allah,
  Tuhan seru sekalian alam". * "Sesungguhnya aku ingin agar kamu
  kembali dengan (membawa) dosa (membunuh)ku dan dosamu sendiri, maka kamu akan
  menjadi penghuni neraka, dan yang demikian itulah pembalasan bagi orang-orang
  yang zalim". * Maka hawa nafsu Qabil menjadikannya menganggap mudah
  membunuh saudaranya, sebab itu dibunuhnyalah, maka jadilah ia seorang di antara
  orang-orang yang rugi. [158]. 
  
Ini juga
  berlaku kepada Yusuf (as) kerana hasad dengki saudara-saudaranya. 
  
Bahkan ia
  berlaku kepada semua washi-washi (as), apabila Allah memilih Rasul-rasul-Nya,
  begitu juga Iblis (laknahu Allah) memilih dari tenteranya yang menentang dakwah
  kebenaran. 
  
Allah SWT
  memilih Habil (as), dan Iblis (laknahu Allah) memilih Qabil untuk menentang pendakwah
  Allah, dan Allah memilih Muhammad (S), dan Iblis memilih Musailamah dan Syajah,
  Al-Aswad dan lain-lain untuk menentang pendakwah kebenaran Muhammad (S). 
                     
Berikut dihadapkan
  soalan: Apakah diterima alasan sesiapa yang meninggalkan dari mengikut Muhammad
  (S) atas alasan wujud terlalu banyak halaman dakwah, Dan tidak dapat
  membezakan yang hak dari yang batil?!!!  
  
Sebenarnya,
  tidak diterima alasan dan jadilah tempat kembalinya adalah neraka jahanam sama
  seperti orang-orang yang mengikuti dakwah atau risalah nubuwah yang dusta dan
  palsu. 
  
Maka adakah
  Allah SWT meletakkan peraturan
  untuk mengenal pendakwah kebenaran pada setiap zaman dan dia adalah hujah Allah
  atas hamba-hambaNya dan Khalifah Allah di bumiNya, mentaatinya adalah mentaati
  Allah dan mendurhakainya adalah mendurhakai Allah dan beriman dan menyerah
  (Islam) kepadanya adalah beriman dan menyerah kepada Allah dan mengkarinya (kufur)
  dan menyeleweng darinya, adalah kufur kepada Allah dan menyeleweng dari Allah.
   
  
Atau
  bahawa Allah telah meninggalkan tali pergantungan yang lemah (Jauh Dia Yang
  Maha Suci lagi Maha tinggi), Dia Al-Hakim Mutlak dan mengukur segala sesuatu dengan
  kadar ukuran terbaik,  
﴿وَكُلُّ شَيْءٍ عِنْدَهُ بِمِقْدَارٍ﴾ 
Dan
  segala sesuatu pada sisi-Nya ada ukurannya. [159],  
﴿عَالِمِ
  الْغَيْبِ لا يَعْزُبُ عَنْهُ مِثْقَالُ ذَرَّةٍ فِي السَّمَاوَاتِ وَلا فِي
  الْأَرْضِ وَلا أَصْغَرُ مِنْ ذَلِكَ وَلا أَكْبَرُ إِلَّا فِي كِتَابٍ مُبِينٍ﴾ 
Yang
  Mengetahui yang ghaib, sesungguhnya kiamat itu pasti akan datang kepadamu.
  Tidak ada tersembunyi daripada-Nya sebesar zarrahpun yang ada di langit dan
  yang ada di bumi dan tidak ada (pula) yang lebih kecil dari itu dan yang
  lebih besar, melainkan tersebut dalam Kitab yang nyata. [160]. 
  
Akibatnya
  adalah bahawa diperlukan Hikmah Ilahiyah yang meletakkan peraturan untuk mengenal
  Khalifah Allah di bumiNya pada setiap zaman, dan peraturan ini perlu
  diletakkan sejak hari pertama Allah SWT menjadikan di dalamnya seorang Khalifah
  di bumiNya. Maka tidak boleh terjadi peraturan ini adalah secara kebetulan
  saja dalam salah satu dari risalah-risalah langit hingga ke hari ini dari
  hari pertama oleh wujudnya tanggung jawab sejak hari pertama lagi, setidak-tidaknya
  ukuran yang meyakinkan bagi kesemuanya adalah wujudnya Iblis sebagai mukallaf
  (yang bertanggung jawab) sejak hari pertama, dan mukallaf (yang bertanggung
  jawab), perlu akan peraturan ini
  perlu tahu pemilik hak ketuhanan, jika tidak ia akan beralasan dari mengikut
  hak ketuhanan (Al-Haq Al-Ilahiyah) kerana dia tidak dapat membezakan, dan
  tidak mempunyai peraturan ilahi untuk mengenal Khalifah ini dilantik oleh
  Allah SWT. 
 
Dan ukuran
  yang meyakinkan bagi kesemuanya sekitar tarokh hari
  pertama Allah SWT menjadikan di dalamnya seorang Khalifah di bumiNya. adalah: 
  
1 - Allah
  nashkan ke atas Adam, dan bahawa dia Khalifah di bumiNya dengan kehadiran
  malaikat (as) dan Iblis. 
2 -
  Setelah Allah menciptakan Adam (as) mengajarkannya semua nama-nama. 
3 -
  Kemudian Allah memerintahkan sesiapa yang menyembahNya pada masa itu,
  malaikat dan Iblis sujud kepada Adam. 
  
Allah
  Taala berfirman:  
  
﴿وَإِذْ قَالَ رَبُّكَ لِلْمَلائِكَةِ
  إِنِّي جَاعِلٌ فِي الْأَرْضِ خَلِيفَةً قَالُوا أَتَجْعَلُ فِيهَا مَنْ
  يُفْسِدُ فِيهَا وَيَسْفِكُ الدِّمَاءَ وَنَحْنُ نُسَبِّحُ بِحَمْدِكَ
  وَنُقَدِّسُ لَكَ قَالَ إِنِّي أَعْلَمُ مَا لا تَعْلَمُونَ﴾ 
  
Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para
  Malaikat: "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka
  bumi". Mereka berkata: "Mengapa Engkau hendak menjadikan (khalifah)
  di bumi itu orang yang akan membuat kerusakan padanya dan menumpahkan darah,
  padahal kami senantiasa bertasbih dengan memuji Engkau dan mensucikan
  Engkau?" Tuhan berfirman: "Sesungguhnya Aku mengetahui apa yang
  tidak kamu ketahui". [161]. 
  
﴿وَعَلَّمَ آدَمَ
  الْأَسْمَاءَ كُلَّهَا ثُمَّ عَرَضَهُمْ عَلَى الْمَلائِكَةِ فَقَالَ
  أَنْبِئُونِي بِأَسْمَاءِ هَؤُلاءِ إِنْ كُنْتُمْ صَادِقِينَ﴾ 
               
Dan Dia mengajarkan kepada Adam nama-nama seluruhnya,
  kemudian mengemukakannya kepada para Malaikat lalu berfirman:
  "Sebutkanlah kepada-Ku nama-nama itu jika kamu mamang orang-orang yang
  benar!" [162]. 
  
﴿فَإِذَا سَوَّيْتُهُ وَنَفَخْتُ فِيهِ
  مِنْ رُوحِي فَقَعُوا لَهُ سَاجِدِينَ﴾ 
  
Maka apabila Aku telah menyempurnakan kejadiannya, dan
  telah meniup kan kedalamnya ruh (ciptaan)-Ku, maka tunduklah kamu kepadanya
  dengan bersujud. [163] 
. 
﴿وَإِذْ قُلْنَا لِلْمَلائِكَةِ اسْجُدُوا
  لِآدَمَ فَسَجَدُوا إِلَّا إِبْلِيسَ كَانَ مِنَ الْجِنِّ فَفَسَقَ عَنْ أَمْرِ
  رَبِّهِ أَفَتَتَّخِذُونَهُ وَذُرِّيَّتَهُ أَوْلِيَاءَ مِنْ دُونِي وَهُمْ
  لَكُمْ عَدُوٌّ بِئْسَ لِلظَّالِمِينَ بَدَلاً﴾ 
  
Dan (ingatlah) ketika Kami berfirman kepada para malaikat:
  "Sujudlah kamu kepada Adam, maka sujudlah mereka kecuali Iblis. Dia
  adalah dari golongan jin, maka ia mendurhakai perintah Tuhannya. Patutkah
  kamu mengambil dia dan turanan-turunannya sebagai pemimpin selain
  daripada-Ku, sedang mereka adalah musuhmu? Amat buruklah iblis itu sebagai
  pengganti (dari Allah) bagi orang-orang yang zalim. [164]. 
  
Tiga
  perkara ini adalah peraturan Allah SWT untuk mengenal Al-Hujah pada umat manusia
  dan Khalifah Allah di bumiNya, Keriga-tiga perkara ini adalah peraturan dan
  sunnah Allah SWT untuk mengenal KhalifahNta sejak hari pertama lagi, dan sunnah
  Ilahiyah ini akan berjalan hingga ke akhir dunia dan bangkitnya Al-Saah
  (Kiamat). 
  
﴿سُنَّةَ اللَّهِ فِي الَّذِينَ خَلَوْا
  مِنْ قَبْلُ وَلَنْ تَجِدَ لِسُنَّةِ اللَّهِ تَبْدِيلاً﴾ 
  
Sebagai sunnah Allah yang berlaku atas orang-orang
  yang telah terdahulu sebelum(mu), dan kamu sekali-kali tiada akan mendapati
  pada sunnah Allah itu perubahan. [165]. 
                         
﴿سُنَّةَ اللَّهِ الَّتِي قَدْ خَلَتْ مِنْ
  قَبْلُ وَلَنْ تَجِدَ لِسُنَّةِ اللَّهِ تَبْدِيلاً﴾ 
  
Sebagai suatu sunnatullah yang telah berlaku sejak
  dahulu, kamu sekali-kali tiada akan menemukan perubahan bagi sunnatullah itu.
  [166]. 
  
Secara
  logiknya mana-mana insan yang memiliki kilang, ladang, kapal atau apa sahaja
  yang melibatkan pekerja yang bekerja untuknya. Hendaklah dia menentukan salah
  seorang daripada pekerja-pekerjanya untuk menjadi ketua dan dijelaskan
  namanya agar tidak berlaku kekacauan. Perlantikan ini juga perlu ditetapkan
  pada orang yang paling tahu dan berkelebihan, serta diarahkan semua pekerja
  agar mentaati ketua tersebut dalam melaksanakan apa yang diinginkannya.
  Kegagalan pemilik untuk berbuat demikian pasti akan mengakibatkan impiannya
  hancur musnah kerana ketiga-tiga aspek ini menggambarkan kebijakan seseorang.
  Oleh itu, sekiranya kita berkeyakinan bahawa kesemua aspek ini adalah
  keperluan bagi manusia yang bergelar pemilik, bagaimana pula kita
  mengharuskan salah satu dari tiga aspek ini ditinggalkan Allah SWT, sedangkan
  DIA SWT adalah Pemilik dan Penguasa mutlak buat semesta alam ini?  
  
Jika kita meluaskan lagi peraturan ilahi ini
  secara terperinci kita dapati bahawa nash (Peruntukan) Ilahi ke atas Adam
  (as) berubah ke dalam bentuk wasiat disebabkan wujudNya khalifah terdahulu
  bilamana dinashkan atau diperuntukkan ke atas orang selepasnya dengan
  perintah Allah SWT berdasarkan kewajipannya sebagai khalifah Allah di muka
  bumiNya, sebagaimana yang difirmankan:  
  
﴿إِنَّ
  اللَّهَ يَأْمُرُكُمْ أَنْ تُؤَدُّوا الْأَمَانَاتِ إِلَى أَهْلِهَا﴾ 
  
Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan
  segala jenis amanah kepada ahliNya. [167] 
  
Tujuan
  Allah SWT mengajarkan Adam (as) nama-nama tersebut adalah untuk
  mengenalkannya akan hakikat sebenar nama-nama ketuhanan, memperelokkan dia
  dengannya dan mentajallikanNya pada dirinya sebelum bergelar khalifah Allah
  di muka bumiNya. Maka tindakan Adam (as) menerangkan kepada para Malaikat
  nama-nama tersebut adalah untuk mengenalkan mereka akan hakikat sebenar
  nama-nama ketuhanan, yang mana diciptakan mereka daripadanya. Oleh itu Allah
  SWT mengenalkan Adam (as) akan kesemua Nama-nama ketuhanan bersesuaian dengan
  kedudukannya sebagai khalifah Allah. Adapun di kalangan Malaikat tiada satu
  pun yang tahu melainkan hanya satu atau beberapa nama yang diciptakan mereka
  daripadanya. Dengan ilmu dan hikmah ini, maka terbuktilah hujah Adam (as) sebagai
  khalifah Allah SWT ke atas para Malaikat. 
  
Perkara
  ketiga di dalam peraturan Ilahi ini ialah perintah Allah SWT kepada para
  Malaikat dan Iblis supaya sujud kepada Adam (as). Ini bagi melaksanakan
  perbuatan yang perlu dilakukan oleh khalifah Allah selaku individu yang
  diamanahkan khilafah padanya. Ia juga bagi melaksanakan peranan yang perlu
  dimainkan oleh wakil-wakil (Malaikat) Allah SWT selaku pekerja dan penuntut
  di sisi khalifah Adam (as).  
  
Sekaligus
  menetapkan bahawa Ketuanan dan Kekuasaan Allah SWT di atas muka bumiNya hanya
  dapat direalisasikan dengan mentaati khalifah Allah di muka bumiNya.  
  
Hal yang
  sama juga berlaku pada semua Rasul termasuk Nabi Muhammad (S), di mana mereka
  (as)  membawa panji yang sama iaitu
  kepatuhan (Bai’ah) hanya kepada Allah atau Ketuanan dan Kekuasaan hanya untuk
  Allah SWT. Kesemua mereka (as) berhadapan dengan tentangan orang-orang yang
  ingin mengekalkan kedudukan iaitu Ketuanan Manusia dan sekaligus menolak
  Ketuanan dan Kekuasaan Allah SWT, sehinggakan  mereka (as) sentiasa dicurigai disebabkan
  tuntutan dan pertentangan ini. Isa (as) dikatakan datang untuk menuntut
  pemerintahan Bani Israel, sepertimana yang dituduhkan musyrikin Quraish
  kepada Nabi Muhammad (S): “bukan Syurga dan bukan Neraka tetapi kekuasaan
  yang diinginkanya”[168] atau dengan kata lain Muhammad (S) diutuskan
  untuk menuntut kekuasaan bagi diri dan keluarganya. Tuduhan yang sama juga
  dilemparkan kepada Ali (as) sebagai gilakan takhta kekuasaan. 
  
Sebenarnya
  para pengikut Isa atau Muhammad (S) atau Ali (as) mendapati bahawa mereka
  terdedah kepada dunia dan perhiasannya, harta atau pangkat, Mereka (as) hanya
  melaksanakan perintah Allah SWT supaya menuntut pengembalian Ketuanan dan
  Kekuasaan Allah SWT, Malah mereka (as) mengetahui bahawa manusia tidak akan
  sekali-kali menyerahkan kekuasaan tersebut kerana akan ditentang dengan cara
  diperlekeh, dihina, dikeji, cubaan bunuh dan dipenjarakan. Inilah yang
  berlaku kepada pengganti serupa Isa (as) bilamana dipakaikan mahkota duri dan
  diperlekehkan sebelum dia disalib. Hal sedemikian juga berlaku kepada Ali
  (as) bilamana dipecahkan pintu rumahnya sehingga menyebabkan remuk tulang
  rusuk isterinya Fatimah (as), serta diheret keluar secara paksa sedang
  pedang-pedang berkilauan di mukanya. Musa nin Jaafar Al-Kadzim (as) juga
  dipenjarakan sehingga maut bilamana dia (as) menetapkan sempadan Fadak
  sebagai Kekuasaan dan khilafah Allah di muka bumiNYA. [169] dipenjarakan
  sehingga mati,  
  
Beginilah
  tanggapan biasa orang-orang jahil yang sentiasa beranggapan bahawa tuntutan
  empunya sebenar kekuasaan Allah SWT sebagai alasan untuk menjatuhkan mereka,
  sambil meneriakkan di muka empunyanya bahawa kedatangannya untuk menuntut
  kekuasaan bagi kepentingan dirinya sendiri. Hakikat sebenarnya bukan itu yang
  diinginkan oleh khalifah Allah ini dalam menuntut kekuasaan dunia, kerana dia
  sedia maklum bahawa tuntutannya ini akan menjadi sebab utama kehormatannya
  dicela dan diperlekehkan serta bakal ditentang hebat oleh mereka yang jahil
  ini.  
  
Malahan
  mereka yang jahil ini akan menggunakan cara yang biasa digunakan oleh
  kebanyakan manusia iaitu jalan tipu daya dan pemalsuan atau pembunuhan dan
  ancaman ketakutan untuk mengekalkan kekuasaan mereka. Ini terbukti bilamana
  Ali (as) menuntut kekuasaan dan berkata “Aku adalah pemegang wasiat
  Rasulullah (S)  dan aku adalah khalifah Allah di muka bumiNya”, Namun
  hakikat sebaliknya yang berlaku iaitu Abu Bakar bin Abi Quhafah yang mendapat
  kekuasaan duniawi, yang kemudiannya berkata “perbetulkanlah aku kerana aku bukanlah
  yang terbaik di kalangan kamu”. [170]   
  
Dalam
  situasi ini, Adakah Ali (as) yang tamakkan dunia atau Abu Bakar yang zuhud
  akan kekuasaan dunia? Sedangkan Abu Bakarlah yang mengingkari hak Ali (as)
  sebagai khalifah Allah dan mengingkari wasiat Rasulullah (S)  kerana
  berkehendakkan kekuasaan dunia? Apakah rasionalnya??? 
  
Secara
  khususnya wasiat didatangkan bersama-sama dengan pemegang-pemegang wasiat
  (Aushiak) (as) sebagai menguatkan tuntutan mereka (as) di masa yang paling
  sukar. Sebagai contoh Al-Hussain (as) dalam peristiwa karbala berkata kepada
  mereka yang memeranginya: ”carilah di muka bumi ini orang yang paling hampir
  dengan Muhammad (S)  nescaya kamu tidak akan menjumpaiNya selain aku”  
(انا سبط محمد الوحيد على
  هذه الأرض).
  [171]  
seterusnya
  Hussain (as) menguatkan tuntutannya dengan wasiat dan nash Ilahi:  
﴿ذُرِّيَّةً
  بَعْضُهَا مِنْ بَعْضٍ وَاللَّهُ سَمِيعٌ عَلِيمٌ﴾ 
“Satu
  keturunan (zuriat) yang setengahnya berasal dari setengahnya yang lain dan
  (ingatlah), Allah sentiasa Mendengar, lagi sentiasa Mengetahui” [172].  
  
Mereka
  yang memahami ayat ini akan cepat mengetahui bahawa  Al-Hussain (as) hendak memberitahu tentang
  wasiat yang ada berserta dengannya (as) kerana dia (as) adalah satu-satunya
  zuriat yang diamanahkan khilafah dan masih hidup.   
  
Kini kita
  kembali kepada Yusuf kita dapati: 
  
1- Wasiat: 
  
Pada
  kata-kata Ya'qub (as) kepada Yusuf (as)  
  
﴿وَكَذَلِكَ يَجْتَبِيكَ رَبُّكَ
  وَيُعَلِّمُكَ مِنْ تَأْوِيلِ الْأَحَادِيثِ وَيُتِمُّ نِعْمَتَهُ عَلَيْكَ
  وَعَلَى آلِ يَعْقُوبَ كَمَا أَتَمَّهَا عَلَى أَبَوَيْكَ مِنْ قَبْلُ
  إِبْرَاهِيمَ وَإِسْحَاقَ إِنَّ رَبَّكَ عَلِيمٌ حَكِيمٌ﴾ 
              
Dan demikianlah Tuhanmu, memilih kamu dan
  diajarkan-Nya kepadamu sebahagian dari ta'bir mimpi-mimpi dan
  disempurnakan-Nya nikmat-Nya kepadamu dan kepada keluarga Ya'qub, sebagaimana
  Dia telah menyempurnakan nikmat-Nya kepada dua orang bapakmu sebelum itu, Ibrahim
  dan Ishak. Sesungguhnya Tuhanmu Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana. [173]. 
  
Maka
  Ya'qub menerangkan bahawa Yusuf (as) pemegang wasiatnya (washinya) dan
  lanjutan daripada dakwah Ibrahim (as) dan ia sangat jelas. 
  
Pada kata-kata
  Yusuf (as)  
  
﴿وَاتَّبَعْتُ مِلَّةَ آبَائي إِبْرَاهِيمَ
  وَإِسْحَاقَ وَيَعْقُوبَ مَا كَانَ لَنَا أَنْ نُشْرِكَ بِاللَّهِ مِنْ شَيْءٍ
  ذَلِكَ مِنْ فَضْلِ اللَّهِ عَلَيْنَا وَعَلَى النَّاسِ وَلَكِنَّ أَكْثَرَ
  النَّاسِ لا يَشْكُرُونَ﴾ 
  
Dan aku pengikut agama bapa-bapaku Ibrahim, Ishak dan
  Ya'qub. Tiadalah patut bagi kami mempersekutukan sesuatu apapun dengan Allah.
  Yang demikian itu adalah dari kurnia Allah kepada kami dan kepada manusia
  (seluruhnya); tetapi kebanyakan manusia tidak mensyukuri (Nya). [174],
   
  
Yusuf, (as)
  mengesahkan hubungan beliau kepada para nabi dan yang merupakan Barisan Semulajadi
  untuk meneruskan dakwah mereka. 
  
2- Ilmu: 
  
Pada
  FirmanNya:  
  
﴿قَالَ لا يَأْتِيكُمَا طَعَامٌ
  تُرْزَقَانِهِ إِلَّا نَبَّأْتُكُمَا بِتَأْوِيلِهِ قَبْلَ أَنْ يَأْتِيَكُمَا
  ذَلِكُمَا مِمَّا عَلَّمَنِي رَبِّي إِنِّي تَرَكْتُ مِلَّةَ قَوْمٍ لا
  يُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ وَهُمْ بِالْآخِرَةِ هُمْ كَافِرُونَ﴾ 
  
Yusuf berkata: "Tidak disampaikan kepada kamu
  berdua makanan yang akan diberikan kepadamu melainkan aku telah dapat
  menerangkan jenis makanan itu, sebelum makanan itu sampai kepadamu. Yang
  demikian itu adalah sebagian dari apa yang diajarkan kepadaku oleh Tuhanku.
  Sesungguhnya aku telah meninggalkan agama orang-orang yang tidak beriman
  kepada Allah, sedang mereka ingkar kepada hari akhirat. [175]. 
  
Pada
  FirmanNya: 
  
﴿... تَزْرَعُونَ سَبْعَ سِنِينَ دَأَباً
  فَمَا حَصَدْتُمْ فَذَرُوهُ فِي سُنْبُلِهِ إِلَّا قَلِيلاً مِمَّا تَأْكُلُونَ
  @ ثُمَّ يَأْتِي مِنْ بَعْدِ ذَلِكَ سَبْعٌ شِدَادٌ يَأْكُلْنَ مَا قَدَّمْتُمْ
  لَهُنَّ إِلَّا قَلِيلاً مِمَّا تُحْصِنُونَ @ ثُمَّ يَأْتِي مِنْ بَعْدِ ذَلِكَ
  عَامٌ فِيهِ يُغَاثُ النَّاسُ وَفِيهِ يَعْصِرُونَ﴾ 
  
 ..."Supaya
  kamu bertanam tujuh tahun (lamanya) sebagaimana biasa; maka apa yang kamu
  tuai hendaklah kamu biarkan dibulirnya kecuali sedikit untuk kamu makan.* Kemudian
  sesudah itu akan datang tujuh tahun yang amat sulit, yang menghabiskan apa
  yang kamu simpan untuk menghadapinya (tahun sulit), kecuali sedikit dari (benih
  gandum) yang kamu simpan.* Kemudian setelah itu akan datang tahun yang
  padanya manusia diberi hujan (dengan cukup) dan dimasa itu mereka memerah
  anggur". [176]. 
  
Dan Pada
  FirmanNya:  
  
﴿قَالَ اجْعَلْنِي عَلَى خَزَائِنِ
  الْأَرْضِ إِنِّي حَفِيظٌ عَلِيمٌ﴾ 
  
Berkata Yusuf: "Jadikanlah aku bendaharawan
  negara (Mesir); sesungguhnya aku adalah orang yang pandai menjaga, lagi
  berpengetahuan". [177]. 
  
3 – Bai3atu Lillah -
  kesetiaan kepada Allah 
: 
Pada
  FirmanNya:  
  
﴿يَا صَاحِبَيِ السِّجْنِ أَأَرْبَابٌ
  مُتَفَرِّقُونَ خَيْرٌ أَمِ اللَّهُ الْوَاحِدُ الْقَهَّارُ @ مَا تَعْبُدُونَ
  مِنْ دُونِهِ إِلَّا أَسْمَاءً سَمَّيْتُمُوهَا أَنْتُمْ وَآبَاؤُكُمْ مَا
  أَنْزَلَ اللَّهُ بِهَا مِنْ سُلْطَانٍ إِنِ الْحُكْمُ إِلَّا لِلَّهِ أَمَرَ
  أَلَّا تَعْبُُوا إِلَّا إِيَّاهُ ذَلِكَ الدِّينُ الْقَيِّمُ وَلَكِنَّ
  أَكْثَرَ النَّاسِ لا يَعْلَمُونَ﴾ 
  
Hai kedua penghuni penjara, manakah yang baik,
  tuhan-tuhan yang bermacam-macam itu ataukah Allah Yang Maha Esa lagi Maha
  Perkasa? * Kamu tidak menyembah yang selain Allah kecuali hanya (menyembah)
  nama-nama yang kamu dan nenek moyangmu membuat-buatnya. Allah tidak
  menurunkan suatu keteranganpun tentang nama-nama itu. Keputusan itu hanyalah
  kepunyaan Allah. Dia telah memerintahkan agar kamu tidak menyembah selain
  Dia. Itulah agama yang lurus, tetapi kebanyakan manusia tidak
  mengetahui". [178],  
  
akhir perkataan
  Ahmad Al Hassan. 
  
 |